Sunday, November 13, 2016

Jiwa dalam rindu.


Terasa seolah-olah masih berada di bumi Kiwi, biarpun sudah 8 bulan berlalu.
Empat musim di sana, cukup indah.
Mampu mengubah persepsi dan membuka mata dan minda diri ini.
Melihat dunia dari sudut pandang yang berbeza, dan dari sisi yang berlawanan.
Sungguh, aku rindu bau alam bumi Maori.
Aku rindu jalan-jalan yang selalu aku susuri.
Aku rindu laut, langit, angin dan tanah,
Rindu nikmat hidup merantau di negeri awan putih panjang ini.

New Zealand, aku ingin kembali!
Dan aku pasti akan kembali,
Sampai kembali menjadi pulang.


Tiap pagi, tiap hari...dari ruang tingkap ini aku lihat dunia!


Thursday, January 14, 2016



Kadang kala aku berasa termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi...
Bila peluang yang Allah beri aku hanya memandang sepi...


-St. Pauls, Auckland-

Friday, June 26, 2015

Memakna erti rindu


Kadang kala aku buntu
Dalam memakna erti rindu
Yang tiba-tiba datang bertamu
Walau jauh beribu batu
Walau bertahun masa berlalu
Tak pernah luput dari kalbu
Menggamit hati rasa sayu

Dan memori lalu...
Apakah waktu yang membeku
atau yang hidup dalam aku
dan muncul walau tak diseru?


by:
Af @ JalanKlasik
Auckland 26062015







Monday, June 22, 2015

Ramadhan Pertama di New Zealand

Alhamdulillah sedar tak sedar dah lebih dua bulan saya kat Auckland. Dan Ramadhan akhirnya disambut di sini, Syawal juga mungkin begitu. Dalam dua bulan di sini macam-macam perkara dah berlaku, banyak pengalaman baru dah ditempuhi, mengajar saya dan suami jadi lebih berdikari dan bergantung hanya pada Allah di bumi asing ini.

Walaupun jauh dari keluarga, walaupun di sini muslim minoriti, namun sahabat-sahabat seMalaysia di sini sudah seperti keluarga, akrab walau pertama kali bertemu, mudah membantu di kala susah dan sakit, tumpang gembira di kala senang...tak keterlaluan jika saya katakan suasana ukhuwah seperti ini tak mudah ditemui di Malaysia. Ya, bila menjadi golongan minoriti, bila keluarga jauh dari sisi, iman yang menyatukan kami.

Sedar tak sedar rupa-rupanya inilah kali pertama saya dan suami dapat berpuasa bersama sejak bernikah! Ya, dua kali Ramadhan sebelum ini kami tinggal berjauhan, hanya seminggu sekali bertemu, hanya beberapa kali bersahur dan berbuka bersama. Alhamdulillah Ramadhan kali ini kami diberi kesempatan bersahur, iftar dan sahur bersama setiap hari.

1 Ramadhan di sini disambut lewat sehari dari Malaysia, pada hari Jumaat 19 Jun 2015 sebab anak bulan tak kelihatan. Jadi The Federation of Islamic Association of New Zealand (FIANZ) (macam JAKIM kat Malaysia) telah mengishtiharkan 1 Ramadhan jatuh pada hari Jumaat 19 Jun, dan hari Khamis 18 Jun 2015 ialah 30 Syaban. Jenuh juga tunggu pengishtiharan puasa hari Rabu malam tu, ye lah kalau esoknya puasa kena solat terawihla malam tu.

Kat sini, yang tinggal dekat dengan universiti kami katakan tinggal di city, yang jauh sedikit dari universiti yang kena naik bas nak ke campus kami panggil tinggal di mount. Dan hari pertama puasa saya join iftar dengan usrahmates saya dan sahabat2 lain, suami pula buka puasa sesama para suami yang lain kat rumah Tok Penghulu City. Puasa kali ni dalam musim sejuk, jadi tempoh puasa seharian dalam lebih kurang 11 jam 30 minit saja, singkat kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. Tapi bila musim sejuk macam ni cabarannya nak menahan kesejukan bangun sahur pagi hari, dan aktiviti-aktiviti lain dalam kesejukan.

Hari ketiga puasa, Ahad 21 Jun 2015, Malaysian Auckland Postgraduate Student Association (MAPSA) buat bazaar Ramadhan. Saya dan suami turut sama terlibat buka gerai untuk jualan di bazar, hehehe. Nak memeriahkan suasana dan cari pengalaman.

Apapun semoga Ramadhan kali ini lebih baik buat kita semua.

 Pokok-pokok cuma tinggal ranting tanpa daun di musim sejuk ni.


Thursday, May 07, 2015

Salam pertama dari bumi New Zealand

Alhamdulillah
Akhirnya ada jugak entry utk blog ni. Agaknya dah lama tak buka dah berhabuk blog ni, sampai tak nampak kewujudannya. Akhirnya saya ada juga masa dan kekuatan untuk menulis setelah lama menyepi. Semangat dan keinginan utk menulis tu selalu ada tapi idea ja yang tak mai. Bila ada idea pulak masa tengah makan, masa dalam bilik air, masa jalan2…mananya nk menulis dalam keadaan mcm tu kn..hii.
Entry kali ni adalah entry pertama saya dari bumi New Zealand. Ya, akhirnya saya sampai jugak kat luar negara! Alhamdulillah!

Tanggal 9 April 2015 saya dan suami selamat mendarat di Auckland Airport, jam 12.00pm waktu New Zealand. Masih dalam musim luruh, cuaca hari tersebut baru lepas hujan, namun sinar mentari tetap menembusi awan, indah dan damai.
Alhamdulillah saya diberi rezeki dapat peluang sambung blajar oversea. Memang impian saya nk pi oversea sejak dari sekolah lg. Nak pi oversea kena ada duit sebab tambang, makan minum dan penginapan nk pi negara orang mesti mahal. Nk pi saja2 melancong jujur saya bagitau memang saya tak mampu. Tapi masih nk pi oversea, nak pi negara org puteh. Jadi apa yang saya nampak ialah samada saya sambung belajaq luar negara, ataupun pi conference or present paper kt luar negara, atau suh husband sambung belajar luar negara dan saya benti keje (err…hii…mmg pernah terlintas dalam hati pn) atau masuk pertandingan yang hadiahnya tajaan percutian ke luar negara. All sounds possible naa, bukan ridiculous ya, even yg part masuk pertandingan tu.
Berbalik pada kisah macamana saya akhirnya sampai ke bumi kiwi ni…sebenarnya saya sampai ke Auckland ni utk sambung belajar. Ya, memikul tanggujawab sebagai seorang tutor yg diwajibkan sambung PhD, sebagai seorang rakyat yg ditaja dan seterusnya membawa pulang kepakaran dan berkhidmat kpd bangsa, agama dan negara, juga sbg hamba yg mendambakan ilmu. Perlu sentiasa remind diri sendiri akan amanah2 yg saya pikul ni, bukan ke sini utk berenjoy2.
Lama juga utk saya dapat tempat dan supervisor yg sudi nak terima sy jadi student dia. Cari punya cari sampai ke UK, Australia, New Zealand, Canada saya approach…US je saya tak cari, sbb mmg xmo pi US tak tau pasai apa..hee..and yes it takes time for me. Alhamdulillah Allah berikan saya peluang utk ke New Zealand.

Auckland Domain.
















Pemandangan dari dermaga, tepi laut.

Dan seperti yang dikhabarkan, bumi New Zealand mmg cantik dan indah! MasyaAllah tak tergambar dengan kata2 betapa indahnya alam ciptaan Tuhan ni bila sampai ke sini. Hari2 lihat laut, lihat pokok yg menghijau, lihat langit dan awan, mmg tak akan jemu!

Monday, January 19, 2015

#1. Panduan belajar di luar negara (Master/PhD): Mencari SV dan Universiti

Belajar di luar negara menjadi impian saya sejak zaman sekolah lagi. Alhamdulillah bila nk sambung PhD ni baru ada peluang utk mohon belajar di luar negara. Kawan2 pun ramai duk tnya2 saya macamana nk sambung belajar oversea. Jadi saya nak share serba sedikit sedikit panduan yang saya guna untuk sesiapa yg nak sambung belajar di luar negara, khasnya Master dan PhD.

1. Bidang kajian
Bagi yang dh ada topik utk kajian atau proposal lagi mudah nk cari SV. Bagi yg masih belum ada anda perlulah tentukan dahulu bidang kajian apa yang anda minat dan kecilkan skop bidang kajian tu. Boleh mula dengan bertanya pensyarah2, tengok pembentangan pelajar2 postgraduate, attend conference ke, atau join apa2 forum akademik. Dah ada idea bolehla sambil2 tu banyakkan pembacaan.
Bagi yg masih takdak idea nk buat apa, atau idea dh ada tapi focus tajuk xda...boleh cuba tanya potential supervisor yg kita approach tu kalau dia blh suggest apa2 tajuk atau research yg berkaitan.

2. Penyelia atau Supervisor (SV)
Lepas dah ada idea nk buat kajian pasal apa dan bidang mana then bolehla cari supervisor dalam bidang yg kita minat tu. Dapatkan senarai universiti dan pergi ke laman web jabatan/fakulti/school berkenaan dan cari senarai nama kakitangan akademik jabatan berkenaan. Biasanya detail berkenaan academician tersebut akan dipaparkan jadi kita boleh tahu skop kajian mereka. Jadi kita pilihla bakal SV yg buat bidang yg sama dgn kita. Approach SV melalui email. Masa approach SV ni bgtau terus kt depa kalau kita ada dapat sponsorship dari mana2 atau loan mana2, bonus utk kita dh tu. Proses ni mungkin memakan masa. Ada juga bakal SV yang nk skype interview sebelum setuju nk amk kita jadi student dia.
So approach ja seberapa ramai potential SV, keep contact, kalo depa tak nak amk student cari org lain. Mintak juga suggestion drp pensyarah2 yg kita kenal yg ada contact dr luar negara.

So keep searching, it may takes time but don't give up.
Saya pun hampir setahun setengah jugaklah dok cari SV ni. Berpuluh2 email hantar approach potential SV, ada yg terima tapi reject lps Skype interview, dan ada yg tak nak terima sbb berbagai alasan. Dan banyak kali jgk la tukar2 bidang research yg nk dibuat. Hingga akhirnya ada yg sudi terima tapi kn tukar tajuk pulak...apapun pray for the best. Insyaallah Allah will show the way. :)


3. Universiti
Kalau bercadang nk mohon biasiswa, tengok dulu apa syarat kelayakan university yang disapprove oleh bakal sponshorship tu. Selalunya and kebanyakannya kalo nk mohon biasiswa KPT mcm SLAB/SLAI antara syarat utamanya ialah university yang kita nk mohon tu mesti tersenarai dalam Top 200 Times Higher Education in that particular year. Ataupun Top 100 dalam QS World Raking. Ya, terbatas sedikit la nk cari universiti, nak pulak yang top2, alahai...Check balik kalau2 syarat2 ni dah berubah. Lps tu buat carian hanya focus pada university yang tersenarai saja.Approach la SV yg kat university tu. Kalau tak bercadang nk mohon biasiswa then lg luas scope carian universiti, bebas nk pilih nak pi mana.


Well, itulah antara cara yg saya buat utk sambung belajar luar negara. Salah satu sebab sy nk sgt sambung belajar luar negara ialah sebab education system. Saya nk sgt tau mcmn education depa, nk timba pengalaman system pendidikan luar negara dan merasa pengalaman hidup kt negara orang. Insyaallah, usaha dan tawakkal smg Allah permudahkan urusan kita. :)



Friday, December 05, 2014

Khabar gembira

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum...



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah! Ya hanya pada Allah saya panjatkan kesyukuran ini andai ini ketentuanNya.

Memang menjadi impian saya sejak dari zaman sekolah lagi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dan alhamdulillah, jalan itu kini dibentangkan di hadapan saya. Setelah lebih setahun mencari akhirnya Allah bukakan ruang dan peluang untuk saya merantau mencari ilmu.
Alhamdulillah, akhirnya hari ini surat tawaran melanjutkan pengajian Doktor Falsafah ke University of Auckland, New Zealand saya terima melalui emel.Alhamdulillah.
Sekadar berkongsi kegembiraan.