Wednesday, December 18, 2013

Sarawak dan SORIC 2013

Welcome to SarawaK, the Land of Hornbills!



A couple of weeks ago was the first time I went to Borneo!

Alhamdulillah akhirnya dapat jgk peluang jejakkan kaki ke Sarawak bumi kenyalang buat pertama kalinya pd 3/12/13 sbb ada konferens statistik kt Kuching.

SORIC 2013- Statistics and Operational Research International Conference.
Konferens ni dianjurkan oleh INSPEM (Institut PenyelidikanMatematik) UPM dgn kerjasama badan2 lain (sy tak igt) bertempat di Riverside Majestic Hotel, Kuching Sarawak. Ada beberapa presenter dan participant dr luar negara yg join skali tp tak ramai sgt. Sy ke sana sbg peserta je, alhamdulillah dan terima kasih pd Dr. J yg bg sy pakai geran beliau. Siap bgtau blh ajak suami lg, tp dh Mr. Husband ada kursus kt Pahang sy p sorang je la ;p

Sarawak is a very nice place to spend ur holiday. Kalau nk duduk Sarawak lama2 tak la kot..hee. Sy terbang ke Kuching seawal jam 6.30am 3/12/13 bersama dua org teman. Sampai2 je airport amk cab dan terus ke hotel tempat konferens. Dari airport ke hotel cuma mengambil masa 15-20 minit, tambangnya RM26. Smpai sj di hotel dlm lebih kurang jam 9.15am terus masuk konferens sampai ptg. Malamnya xda program, apa lg sy amk peluang ni utk explore apa yg ada kt Kuching dgn kwn2, tp area yg dekat2 dgn hotel sj. Hotel tpt konferens ni mmg betul2 tepi sungai dan mmg kt sini pusat tumpuan pelancong. Banyak hotel kt riverside ni, dari satu hotel nk ke hotel yg lain cuma jalan kaki je.


Pandangan dari tingkap 12 Majestic Riverside hotel, betul2 tepi sungai.


Kata org tak sah if tak naik Sarawak Cruise kalo dtg Sarawak. Tapi takpela, sy naik sampan je, hee... Memang banyak sampan kt sini utk bawa sape2 yg nk ke seberang sungai. Tambangnya cuma 50sen je! Tp most people sy tengok tak sampai hati nk bg 50sen je kt pakcik2 yg bw smpan tu, at least depa bg RM1. Seberang sungai sana ada banyak tempat makan, tempat jual kek lapis dan ikan terubuk masin, the specialties of Sarawak. Memang pelancong2 yg dtg sini akan ke seberang sungai utk cari kek lapis dan ikan terubuk utk bw balik. Dan sy tak terkecuali! Dua kali p seberang sungai sbb syok naik sampan, tu je...sambil memborong kek lapis and ikan pekasam.


Ikan terubuk masin.

Hari kedua.

Hari kedua conference sy tgk makin ramai peserta amk masa terluang utk keluar jalan2 sekitar riverside. Sy dan one of my friend pn tak terkecuali. Sempat meronda smpai ke CityOne Mall (about 15min dr hotel naik teksi), Petangnya dlm kol 4pm kami p makan seafood kt satu tmpat ni namanya "Top Spot", belakang Majestic hotel ni je just jalan kaki. Perghhh! Memang terbaiklah makanan dia, sedap dan murah! Seafood dia plk besar2 dan segar! Tempat ni mmg famous, even pemandu teksi yg bw kami tu suggest mkn kt situ, mmg Top Spot tempat tumpuan org tempatan dan pelancong utk mkn seafood kt Kuching ni. Tempat ni dibuka dr kol 4pm smpai malam. Kt tempat ni ada banyak pilihan gerai yg serve seafood yg sedap2, antaranya gerai no. 25 (Bukit Mata seafood), ABC seafood, dan banyak lg la. Org kta gerai no.25 ni antara yg sedap and murah, so kami berdua terjah makan kt sini.


Gerai no. 25, Bukit Mata seafood, insayallah halal..siap ada logo halal Jakim lg.


Baby kailan masak garlic.


Butter prawn


Ketam masak butter telur masin.

Tadaaa!


Ni makanan yg kami berdua order; butter prawn (minimum 300g), ketam masak butter telur masin (minimum 2 ekor), bamboo shell masak cili (minimum 300g), baby kailan garlic dan sepinggan nasi goreng seafood. Pergghhhh! Memang menjilat jari dan pinggan! Kenyang sangat smpai tak larat nk habiskan bamboo shell and butter prawn so bungkus bw blk hotel. Tu pn order minimum mmg cukup2 dua org mkn, tapi seafoodnya besar2 bayangkanla makan sikit pn dh boleh kenyang. Masa nk bayar duk kira2 mgkn RM100 kot tp bila dtg kira cuma RM60 je! Bagi saya murah la kalau nk compare dgn saiz hidangan, rasa, dan harga yg kami dpt kt sini dengan kt semenanjung.
Malamnya ada conference dinner plk. Sumbat lagi makanan sedap.

Hari terakhir SORIC.

Hari terakhir conference ada lps habis semua presentation ada social visit ke cultural village (kampung budaya). Kalau tak silap sy cultural village ni letaknya betul2 di kaki Gunung Santubong yang famous tu, dan tepi laut. Dr Kuching ke sini dlm 45minit. Kt cultural village ni kita blh tgk rumah2 setiap kaum yg ada di Sarawak ni, tgk binaan dan ciri2 rmh mereka, apa aktiviti mereka, ada persembahan kebudayaan tarian kaum etc. Kalau sesiapa yg pernah ke Taman Mini Malaysia kt Melaka maka konsep cultural village ni lebih kurang mcm Taman Mini Malaysia tu sebenarnya. Kita blh tgk rumah Melanau, Bidayuh, Orang Ulu, Iban, Melayu, Cina etc mengikut kaum.

Actually mostly kaum2 ni tinggal dlm hutan, or tepi laut which terdedah pd bahaya binatang buas dan jgk lanun. Dan org2 zamn dulu ni mostly menganut kepercayaan animisme. So utk protect diri, kaum dan tempat tinggal mrk dr ancaman2 bahaya ni mrk banyak menjalankan upacara pemujaan, dan ada antara rumah2 tu yg smpai sekarang masih diteruskan pemujaannya bila smpai waktunya utk mengelakkan berlakunya kejadian yg tak diingini. Itu mengikut kepercayaan mereka dan penerangan dr tourist guide kami. Seram jgk rs...heee.

Petangnya lps social visit kami blk ke hotel semula. Going back to KL tonight.

Gambar2 sekitar riverside:

 Pandangan dari seberang mengadap ke hotel pd waktu malam.

 The famous "Kuching" replica.

Naik sampan nk seberang sungai.

 Sampai seberang sungai cari kek lapis. Kek Lapis Dayang Salhah org kata sedap.

Pintu masuk ke kampung budaya. Nampak tak Gunung Santubong?

This is Gunung Santubong. Gambar diambil sewaktu melintasi sungai dlm pjalanan ke kampung budaya dr dalam bas.


 Cultural village ni betul2 di kaki Gunung Santubong. Tengah2 perkampungan ni ada tasik. Air dr tasik tu puncanya dari Gunung Santubong tu la.

Antara rumah suku kaum yg ada di Sarawak. (sy rs ini rumah org Iban kot...lupa..)

 Antara aktiviti dlm rmh Melayu ada dua org makcik ni tgh msk bahulu dan kuih kapit. Tak sempat beli dh habis.

 Aktiviti lain...menenun

 Kol 4pm ada persembahan budaya, semua tarian kaum dipersembah.

 Lemah gemalai

Sayonara Sarawak, the Land of Hornbills... semoga bertemu lg di lain waktu.

Balik dr conference esoknya kn keje. Pheww..

Wednesday, November 20, 2013

Close To You by The Carpenters



I love this song, i love the music.
Once I heard this song, it makes me feel like a flying bird...close your eyes and enjoy the music.


Thursday, October 31, 2013

Convocation and Graduation Day



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran sy panjatkan pd Illahi ats segala nikmat yg diberi. Sesungguhnya begitu banyak nikmatMu yg Engkau berikan utk hambaMu ini ya Allah.

Tanggal petang Isnin 28 Oktober 2013 menjadi saat indah buat saya dan rakan2 graduan. Penganugerahan ijazah Master of Applied Statistics pd majlis konvokesyen UPM ke-37 yang berlangsung menjadi bukti usaha dan perjuangan kami selama dua tahun bergelar pelajar master, menempuh pengajian yg sgt mencabar tapi menyeronokkan dan mendewasakan kami. Alhamdulillah akhirnya kami juga berjaya menggengam segulung ijazah dan menamatkan program pengajian kami.

Mengenang kembali waktu mula2 bergelar postgraduate student, saya tak nafikan dalam keghairahan dan kegembiraan krn berjaya mendapatkan tempat utk menyambung pengajian, ada rasa risau dan takut memilih jalan ini. Risau andainya tak mampu menamatkan program master ni dan takut akan khabar2 yg didengar tentang program pengajian ni. Background saya dari matematik, bila smbung master sy ambil statistik dengan hanya berbekalkan sedikit pengetahuan asas ttg statistik. Jadi saya amk Master Statistik Gunaan by coursework, dgn harapan dapat membantu saya mendalami bidang statistik ni. Total credit requirements for graduation is 40, kelasnya hari sabtu dan ahad, for both fulltime and part time student.

Dalam kelas saya ada yg kerja sambil belajar, ada yg cuti belajar, ada yg baru grad, ada yg dh lama kerja baru nk smbung master, juga ada surirumah, dan macam2 background lagi. jadi range umur pn berbeza dari yg semuda 22-23 tahun hingga seusia 40++ mungkin. Saya sebenarnya sgt kagum dgn rakan2 sekelas sy. Betapa hebatnya mereka sbb sanggup korbankan hujung minggu sabtu & ahad utk dtg kelas menuntut ilmu, dari 9.00am sampai 5.30pm walaupun banyak tanggungjawab lain. Banyangkan isnin-jumaat kerja, sabtu ahad kelas, kt rumah uruskan suami/isteri dan anak2 lg, betapa hebatnya mrk uruskan masa utk kerja, belajar, dan falmily. Tu belum lgi yg ulang alik dtg kelas hujung minggu dari Kuantan, dari Johor, dari Melaka, dari Perak dll. Sanggup susah payah dtg jauh2 semata2 nk belajar. Habis duit, tenaga, dan masa demi ilmu. Kagumnya kan. Saya yg cuti belajar ni pn semput nk study padahal isnin-jumaat bukannya kerja pn.

Org kata kalo amk coursework ni senang nk hbs on time. Igt senang ke?huhu.. Semester 1 dan 2 sy amk 4 subjek setiap sem, 12 credit hours. Mak aiihhh, siang mlm ngadap buku, makan baca buku, tido pn kt meja study! Igtkan 12 credit hours tu skt la mcm degree dulu tp ini master! Workload dia banyakkk. Mmg sy struggle dua sem pertama ni, sy dh susun study plan sy sndri mcm tu supaya nt sem 3 dan 4 tak beban sgt ms buat master projek. Sabtu ahad  sy dh xleh kuar jalan2, shoping2, pergi kenduri kwn2 yg kahwin sbb ada cls unless cuti semester, or public holiday or ponteng kelas (sanggup ke..). Tapi sy igt lg ms sem 1 dulu kelas terakhir utk sem tu 25/12/11, hari ahad. Supposely  kalo ikutkan jadual mmg xda kelas hr tu sbb public holiday, Krismas dan sy dh ada plan yg sy dh rancang awl2 semester lg. Tapi tup2 lecturer sy terpaksa buat kelas sbb silibus tak hbs lg, so terpaksalah sy ponteng kelas hr ahad tu sbb nk balik kg, nak bertunang! hehehe...Snyap2 sy ponteng, lepas kelas hr sabtu ptg tu sy trus naik flight dgn bestfriend sy, Fatimah balik kg. Esoknya sy bertunang dan pagi tu mmg lecturer tu call sy tp sy tak berani nak jawab. Hehe...Selalunya lecturer tu akn call sy kalo ada apa2 nk bgtau, nak cancel kelas ke, kelas start lambat ke, mtk tlg setupkn computer ke, etc...tp kang sy jawab lain plk jadinya. Then sem 3 sy nikah, lps nikah kenalah ikut suami kn. Suami sy kerja di Batu Pahat, so every weekend pd dua semester terakhir tu kami akn travel dr BP ke Serdang, 3 jam perjalanan. Mujurlah ms tu subjek yg sy amk pn tak banyak dan dh start buat master projek. Cuma kesian pd suami, stp minggu kn drive ulang alik ke Serdang dr BP anta sy p kelas, tak sempat nk rehat lps penat kerja.

Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha dan penat lelah, doa dan sokongan kaum keluarga dan sahabat2 semua saya berjaya jg tamatkan program pengajian master ni. Sesungguhnya pembelajaran ni tak terhenti setakat ni, sebagaimana pepatah, "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Sesungguhnya kehidupan ni pn suatu proses pembelajaran yg panjang. Buat rakan2 yg dh konvo bersama, tahniah sy ucapkan pd semua. Buat mak ayah saya, dan mak ayah mertua, suami, adik2, ipar duai, kaum keluarga dan semua sahabat2 sy, setinggi2 penghargaan dan terima kasih sy ucapkan ats sokongan dan doa yg tak putus2. Semoga kalian semua berjaya dlam apa jua yg diceburi, dunia dan akhirat. May Allah bless you all. Insyaallah...

Graduan masuk ke dewan


Rancaknya ;p

 My classmates, now alumni of class 2013.


Hadiah dr suami tercinta, terima kasih abg! I love u <3

Bear coklat dr housemates RKSK, tq so much RKSKians :)

Sempena konvo mst ada pesta konvo. Kt UPM pesta konvo kt Bukit Expo. Hari pertama konvo, jumaat, sy kn jg booth fakulti sains utk pameran ni. 

Instrument dr jabatan kimia.


























Layan je lah.













 Kuda putih

 Arnab pn ada.

Thank you Allah, all praises to Allah :)

Wednesday, October 23, 2013

IIUM saya datang lagi

Minggu lepas saya berpeluang menjejakkan kaki ke IIUM Kuantan (17-10-2013) sejak graduated dlm perjalanan pulang dr kampung ke Batu Pahat bersama suami dan anak buah beliau. Saya grad dr UIA tahun 2010 dan sejak tu tak pernah ada kesempatan nk singgah UIA Kuantan walaupun tiap kali blk kg akan lalu Kuantan. Alhamdulillah balik raya tempoh hari akhirnya tercapai jgk hasrat nk tgk UIA memandangkan saya singgah UIA utk hantar anak buah suami yg belajar kt sana. Subhanallah tak dapat digambarkan betapa gembira dan excitednya sy bl tgk UIA yg sekarang, memang maju lah! Dengan bangunan2nya yg dh banyak siap, binaannya yg megah, masjidnya yang tenang mata memandang membuatkan sy kagum yg amat. Tahun 2010 dulu masa zaman sy belajar bangunan2 kuliyyah farmasi, dentistry, allied health science, bngunan admin, library, serta masjid sedang dalam pembinaan lagi. Mahallah (hostel) pn tak bina lg yg baru, sport complex pn under construction lg masa tu, 2010. Selepas 3 tahun masyaallah, kawasan yg dulunya semak dan gersang dh ada bangunan tinggi dan cantek, pokok2 yg dulunya kurus sebatang skrg dh rimbun daunnya. Untung student2 UIA skrg. Sampai saya pn rasa nk study or keje kt UIA je...hee

Berada di UIA Kuantan mengingatkan sy banyak kenangan manis masa bergelar IIUM student dulu. Di sini lah sy kenal erti persahabatn. Adanya sahabat2 Belahan Jiwa (BJ) yg 7; Afzan, Aini, Asma’, Ifat, Rukiah, Sulha, dan Yati yg sentiasa berkongsi suka duka dan selalu ada masa bila saling memerlukan, semua rakan2 yg satu batch CTS dgn saya, yang walaupun berbeza “geng” tp tetap rapat antara satu sama lain dan sentiasa membantu dikala susah atau senang.

Di sini jg en.suami bertemu saya buat pertama kalinya lantas kami berjodoh bersama. Cerita tentang jodoh saya dan suami, anak buah suami yg baru masuk UIA ni asyik bertanya macamana Pak andak dan Mak Andak (saya dan suami le tu) bertemu jodoh sedangkan dia tahu suami saya bukannya pelajar UIA. Well, cerita en.suami, masa tu dia tgh buat attachment MARA kt UIA slma 3 bulan, jaga projek UIA ni la yg tgh bina masa tu (2009). On his last day in Kuantan, dia mkn tghr dgn kwn2nya kt cafe student kt Mahallah, and unexpectedly he saw a girl (student) who he thought he have seen before yet barely known (saya la tu). And guess what, rupa2nya this girl junior satu sekolah rendah dgn dia dulu! Tapi this girl tak cam pn dia even dia ketua pengawas sekolah rendah dulu. Heh..Macamana saya dan suami mula2 kenal...through FRIENDSTER (ms tu belum ada lg facebook). Tak sangka plk jodoh kami berdua. Bertunang, bernikah, bercinta. Habis cerita. Sambung makan dgn suami dan ank buah kt cafe Mahallah ni. Dah cantik cafe ni.

Kat bangunan ni la cafe Mahallah, memori manis ni kat sini ;)

Lepas mkn kami sempat solat kt masjid UIA ni, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Subhanallah, cantik sungguh masjid ni! Designnya sebijik sama dgn masjid UIA campus Gombak. Ruang solat wanita kt tgkt atas, siling, tiang, dinding semua warna putih sejuk mata memandang. Sebahagian masjid ni dibina ats tasik, jd macam masjid terapung pn ada. Aaahhhh...bestnya UIA ni! Saya banyak snap gambar masjid ni, jom tengok.

Ruang solat wanita wing kanan, mengadap ke wing kiri di hujung sana tu.

Ruang solat wanita wing kanan pandangan dari depan melihat ke belakang.

Siling masjid, ada logo UIA tuu.

Pandangan dari atas, mengadap ke arah mimbar masjid.

Ruang tengah masjid dan mimbar.

Pandangan dari atas, mengadap ke wing kanan, tingkat ats tu ruang solat utk wanita.

Pandangan dari atas mengadap ke wing kiri.

Ruang tengah tempat solat wanita

Kalau kt Gombak during weekdays biasanya ruang2 ni akan dipenuhi dgn pelajar yg berehat sementara tunggu next class sambil2 study.

Pintu masuk ke ruang solat wanita. Besar pintu ni sama macam kt Gombak.

Pintu depan masjid. Tersegam indah nama masjid.

Selamat datang ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah

Dari satu sudut sisi masjid.

Lawa kan UIA! hehe

Friday, October 11, 2013

Balik Kampung


Tak sabarnya nk blk kg jmpa family. Lagi 3 hari nk raya haji. Minggu depan sy dh amk cuti seminggu, masa utk spend ruang dan waktu bersama yg tersayang. Lamanya cuti kn, maksudnya kn siapkan kerja utk sminggu cuti tu sebelum start cuti!


Moh siapkan tutorial 4 dan 5 hr ni jgk, esk nk blk kg cuti dh.

Bagi sesiapa yg nk balik kg, yg jauh perjalanannya, semoga selamat sampai ke destinasi masing2. Berhati2 memandu, jgn lupa banyakkan berdoa jg sbb waktu bermusafir itu doannya mustajab! Semoga selamat semua, dan selamat hari raya :)


p/s: Terasa kosong jiwa tanpa pengisian ilmu berkenaan ibadah korban, aidiladha, pengorbanan, serta tentang zulhijjah. Muhasabah diri sendiri.