Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

ayam goreng kunyit moist

Saya selalu perhatikan kalau order ayam goreng kunyit kt mana2 restoran atau kedai makan, biasanya ayan goreng kunyit tu kering. Ayamnya dipotong kecik2, dan digoreng kering. Saya jgk pernah perhatikan housemate sy masak ayam goreng kunyit ni. Ayamnya yg dh dipotong kecik2 digaul dahulu dgn serbuk kunyit dan sdkt garam kemudian digoreng dgn minyak yg sedikit,dan barulah ditumis bersama bawang.
Bagi saya cara msk mcm tu menyebabkan ayam goreng jadi kering, kalau dh sejuk jadi keras plk. Sbb tu bila msk ayam goreng kunyit saya suka masak ikut resepi yg mama sy ajar. Cara masaknya sama macam masak daging goreng, just ganti daging dgn ayam. Cara masak yg mcm ni buatkan ayam goreng kunyit lebih moist, isinya lebih lembut dan tentula rasanya lebih sedap.

Okay, kt bawah ni resepinya bagi yg rajin nk cuba masak.

Bahan-bahan:

-1/4 bahagian ayam (dipotong kecil)
-1 keping asam keping
-3 ulas bawang putih (dimayang)
-2 ulas bawang merah (dimayang)
-1/2 ulas bawang besar (dimayang)
-sebiji lada merah
-2 inci kunyit (ditumbuk hancur)
-1/2 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu kecil garam
-sedikit air

Cara-cara:

1. Gaulkan ayam yg dh dipotong dan dibersihkan bersama serbuk kunyit dan kunyit yg dh ditumbuk hancur. Kalau nak guna serbuk kunyit saja pn takpe, tp sy suka letak kunyit hidup jgk sbb rasanya lebih ori.
2. Masukkan ayam td ke dlm kuali bersama sedikit air, anggaran 2 sudu besar. Masukkan asam keping dan garam.
3. Masak hingga ayam empuk dan air sedikit kering. Sbb tu guna air sedikit je, just utk pastikan ayam empuk. Kalau air bnyak lambatlah air tu nk kering.
4. Bila air dh hampir kering, masukan sedikit minyak untuk menumis ke dalam kuali berisi ayam tadi.
5. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yg dh dimayang. Tumis bersama ayam tadi.
6. Masukkan lada merah yang dh dihiris dan bawang besar, jika suka boleh tambah carrot atau kacang panjang atau bunga kubis. Goreng bersama hingga masak. Siap.

 Ayam yg dh dipotong kecil dan dicuci bersih

 Masak (rebus) dgn sedikit air dan kunyit

Bila air sedikit kering masukkan minyak dan bawang utk menumis

 Penyedap rasa

Ni la rupanya, ayam goreng kunyit moist ;)

Selamat mencuba :)


Singgang Daging Kelantan

Ni antara fevret saya dan suami, singgang daging kelantan. Singgang daging ni tak macam sup daging, tak guna minyak, tak perlu tumis rempah2 tu semua. Nak masak pn senang je, makan dgn nasi sedap, nak hirup je pn sedap. Bagi yg nk cuba masak, boleh tengok resepi kt bwh ni.

Bahan-bahan:

-1/2 kg daging
-1 liter air
-3 inci lengkuas (diketuk)
-3 keping asam keping
-5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
-4 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
-4 tangkai cili kering (ditumbuk kasar atau dipotong besar)
-2 sudu besar ketumbar (ditumbuk kasar)
-2 biji ubi kentang (dibelah 4)
-1 tangkai lada hijau (dibelah 2)
-8 tangkai bendi

Cara-cara:

1. Masukkan daging yg telah dipotong ke dalam periuk bersama air, asam keping dan lengkuas. Biarkan mendidih.
2. Masukkan garam, bawang putih, bawang merah, cili kering dan ketumbar.
3. Masukkan ubi kentang. Bila kentang empuk masukkan lada hijau dan bendi.
4. Biarkan mendidih hingga daging empuk. Tambah air jika perlu. Siap.

Adjust rasa sendiri, kalo tawar tambah garam, kalau tak masam tambah lg asam keping.

 Daging yg dh dipotong dan dicuci bersih

  Lengkuas yg dh diketuk dan asam keping 

Bawang merah, bawang putih, cili kering dan ketumbar yg ditumbuk kasar

 Ubi kentang, bendi dan lada hijau penambah selera. Taknak masukkan pn xpe, nak masukkan mana yg ada pn boleh.

Singgang daging yg dh siap! Panas2 lagi ni!


Wednesday, September 11, 2013

puding triffle


Beginilah rupanya puding triffle tu.

Dessert ni senang je nk buat. Bahan pn tak bnyak. Kali pertama sy buat beberapa bulan lepas masa kt Batu Pahat. Resepinya masa tu google je. Kali pertama buat xsedap disebabkan rasa jelly cristal yg saya guna masa tu. Lupa brand ape tp jelly tu rasa mcm panadol pn ada.Spoil rasa. Igtkan blh la bagi kt jiran tapi...Huhuhu..

Kali kedua saya buat untuk jamuan hari raya jabatan matematik 2013 baru2 ni. Disebabkan jamuan raya ni potluck, jadi masing2 kn bawa makanan. Kali kedua buat ni ada masalah dgn jelly cristal jgk. Habis kedai saya cari di sekitar Serdang tp xjumpa, yg ada serbuk agar2 je. Nak tak nak terpaksa beli sbb hari dh petang dan jamuanya esok hari. Bezanya bila guna agar2, lapisan agar2 tu mudah pecah-pecah bila potong jadi nampak tak lawa. Lapisan kastard plk pekat sgt. Tapi apapun rasa tetap sedap.

Dan ni kali ketiga saya buat. Alhamdulillah menjadi, lapisan kastard tak keras dan tak cair sangat, combinasi rasa jelly dan lapisan kek serasi (perisa strawberry) dan totally lazat. Resepinya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

-1 tin susu cair
-1 tin buah-buahan campuran
-1 cawan air masak
-4 sudu besar tepung kastard
-3 susu besar gula
-1 kotak serbuk cristal jelly NONA (perisa strawberry)
-1 gulung kek swiss roll (strawberry)

Cara-cara:

1. Potong kek swiss roll setebal 1cm dan susunkan dalam bekas.
2. Keluarkan buah-buahan campuran dari dalam tin dan toskan. Ambil airnya. 
3. Masukkan tepung kastard, susu cair, air yang ditoskan dari buah-buahan campuran tadi, air masak dan gula ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. 
4. Panaskan sambil mengacau campuran kastard td di atas dapur menggunakan api yang paling perlahan sehingga sedikit pekat.
5. Tutup api, dan tuangkan ke dalam bekas berisi lapisan kek tadi.
6. Biarkan seketika sehingga sejuk. Bila lapisan kastard tadi telah sejuk, letakkan dengan buah-buahan capuran tadi di atas lapisan kastard tersebut.
7. Masukkan serbuk cristal jelly dan 4 cawan air ke dalam periuk dan panaskan higga menggelegak.
8. Kemudian tuang ke atas lapisan buah-buahan campuran td. Sejukkan dalam peti sejuk. Done!


Finally, inilah hasilnya.

Selamat mencuba! :)

Monday, April 01, 2013

Garlic Bread & Mushroom Soup


Garlic Bread & Mushroom Soup.

Alhamdulillah…menjadi juga buat garlic bread dan mushroom soup biarpun baru pertama kali buat. Resepinya google saja, selalunya saya akan tengok beberapa resepi kemudian sesuaikan dengan kuantiti yang diinginkan, bahan yang ada, dan rasa yang kita mahu. Gunakan pengalaman, sense, dan logik dan ubah suai mana yang perlu. Setiap orang itu berbeza citarasa, kadang2 pengalaman dan situasi yang membezakan resepi yang dikongsi. Walau apapun saya amat meraikan mereka yang berkongsi resepi di internet, sangat membantu dalam menyediakan sendiri hidangan buat kali pertama.

Jadi saya juga ingin berkongsi resepi garlic bread dan sup cendawan yang telah saya sediakan untuk makan malam bersama suami tadi. Walaupun en.suami kurang gemarkan western food kecuali steak, tapi garlic bread & mushroom soup yang saya masak buat pertama kalinya berjaya membuka selera western beliau! Ingatkan beliau tak suka maka saya masak sedikit saja, tak sangka minta tambah pula. Nasib baik cukup.

Resepinya seperti di bawah, hidangan ini untuk 2 orang makan;

Bahan-bahan (Garlic Bread);

- 1 roll roti perancis
- 3 s/b marjerin
- 2 ulas bawang putih

Cara-cara;

1. Cincang halus bawang putih dan gaulkan bersama marjerin.
2. Potong roti dan sapukan campuran marjerin dan bawang putih tadi di atas roti dan bakar hingga keperangan. Saya hanya bakar di atas non-stick pan (ketiadaan oven).

Bahan-bahan (Mushroom Soup):

- 2 s/b marjerin
- 2-5 ketul cendawan butang dipotong dadu kecil
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1/2 ulas bawang besar dicincang dadu
- 250ml susu kotak/susu segar (saya gunakan susu kotak Dutch Lady 250ml (kotak kecil))
- 1 cawan air
- 1 1/2 s/b tepung gandum dibancuh sedikit air
- 1/2 kiub ayam
- secubit garam
- secubit serbuk lada hitam

Cara-cara;

1. Panaskan merjerin dan masukan cendawan butang yang dipotong dadu. Saya gunakan cendawan kering. Boleh juga gunakan cendawan butang dalam tin. Masak sekejap.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dicincang. Masak hingga bawang besar kelihatan layu.
3. Masukkan air, susu segar dan bancuhan tepung. Saya gunakan susu kotak Dutch Lady 250ml dan tepung dibancuh dengan air terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan sedikit garam dan biarkan mendidih dan masak hingga sedikit pekat. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air.
5. Kemudian kisar kasar mushroom soup yang telah siap tadi dengan menggunakan blender. Pastikan cendawan tidak terlalu hancur untuk mendapatkan rasa dan tekstur cendawan dalam sup.
6. Siap untuk dihidang. Sesuaikan dengan rasa yang diinginkan.



Selamat mencuba



-Batu Pahat, Mar 31, 2013 @ 22:41