Entry kali ni sekadar panduan bagi yg first time nk travel naik plane atau yang tak biasa naik kapal terbang di KLIA2 bagi perjalanan domestic atau bagi sesiapa saja yg memerlukan panduan ni. Masa first time nak naik kapal terbang di KLIA2 ni saya pn cuak jgk, almaklum xpernah sampai KLIA2 ni, siap google panduan kt internet lg. Sebelum ni naik di LCCT. Jadi bila dh ada pengalaman di KLIA2 ni bolehla saya kongsi kt sini.
Untuk ke KLIA2 cara yg paling pantas, mudah, jimat wang, tenaga dan paling penting jimat masa ialah dengan menaiki ERL. Ada dua pilihan samada menaiki KLIA Express atau KLIA Transit. Kedua-duanya menghubungkan KL Sental ke KLIA2. Bezanya KLIA Express ialah direct train dari KL Sentral terus ke KLIA/KLIA2 tanpe berhenti di mana2 stesen lain justeru hanya mengambil masa selama 28 minit. Manakala KLIA Transit pula akan berhenti di stesen Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, dan Salak Tinggi sebelum ke KLIA/KLIA2 dan mengambil masa lebih kurang 38 minit. So tambangnya juga berbeza.
Anda boleh rujuk jadual perkhidmatan KLIA Express di sini atau KLIA Transit di sini. Dan boleh rujuk kadar tambang kedua-dua tren ni di sini. Harga berbeza bagi dewasa dan kanak-kanak.
Bagi pelajar yg ada kad siswa, anda boleh dapatkan diskaun untuk tambang ERL ni! Wahhh bertuahnya! Perlu tunjuk MyKad skali. Saya naik KLIA Transit dari Stesen Putrajaya & Cyberjaya ke KLIA2, tambang untuk dewasa RM6.20, dengan kad siswa saya cuma perlu bayar RM4.30 sahaja. Tapi kn cepat2 slot masuk sbb kad ni hanya valid dalam masa 5 minit saja, so jgn nk merayau2 dulu nt dah tak boleh masuk kn beli tiket lain pula.
Dengan kad siswa anda akan dapat diskaun tambang perjalanan dgn ERL.
Tiket KLIA Transit.
Di KLIA2, kedua2 ERL ni akan berhenti dalam KLIA2. So keluar saja dari
train kita mmg dh berada dalam KLIA2. Stesen ERL ni kt bawah tanah so kn la
naik escalator ke aras atas barulah nampak keadaan sekeliling dalam KLIA2 ni.
Slot keluar saja dari stesen ERL tu anda akan nmpak kaunter pembelian tiket ERL
di sebelah kiri. Untu lebih mudah, anda ke kanan saja dan follow signboard ke
Balai Pelepasan atau symbol kapal terbang nk depart. Mmg banyak signboardnya.
Anda kn naik satu lg escalator dan kemudian akan melepasi ruang mcm dlm gambar kt bawah ni. Ada nampak takdlm gambar ni kat hujung ruang tu ada pintu kaca, so keluar ikut pintu tu terus masuk ke bangunan KLIA2 yg satu lg. Kalau besarkan gambar ni nampak tulisan “welcome to klia2”
Jalan terus follow sign pesawat nk berlepas (warna hijau) kt atas tu.
Welcome to KLIA2
Bila dah masuk sini anda akan nampak ruang legar/lobi yg luas, kiri kanan ada deretan kaunter utk check in luggage. Kt tengah2 ruang legar tu ada skrin besar yg menunjukkan masa dan nombor penerbangan anda, kaunter untuk check in luggage (A to Z), gate yang anda akan masuk utk menaiki pesawat, serta status semasa. So rujuklah boarding pass anda, lihat nombor penerbangan anda dan pastikan gate mana yg anda akan masuk. Jgn lupa check in!
Skrin besar untuk panduan.
Follow saja tunjuk arah.
Nak masuk gate kena melalui pemeriksaan. Petugas2 ni ada check boarding pass dan ID (MyKad) kita.
Kalau nk confirmkan lg penerbangan sebelum masuk gate anda boleh cek kt skrin ni, memang bnyk skrin ni kat sini.
Dah lepas masuk sini kena scan bag dan badan pula. Bila dah lepas, then carilah gate mana penerbangan anda. Saya punya gate J10, jenuh juga nk berjalan utk sampai adalah dalam 5minit. Kalau dapat gate yg dekat2 tu senanglah. Dah sampai ke gate yg dituju anda bolehla menunggu panggilan penerbangan di ruang menunggu yg disediakan. Di KLIA2 ini disediakan free wifi, so sementara nk tunggu dipanggil masuk ke pesawat bolehla layari intenet. Anda juga boleh membeli belah dan makan2 di premis2 yang ada dlm kawasan ni. Bagi yg ingin solat, ada banyak surau si sini. Bahkan sebelum melepasi pemeriksaan petugas di gate tadi pn ada bnyk kemudahan surau disediakan.
Nasib baik ada escalator ni..(escalator?)
Flight yang ditunggu dah tiba. (Maaf gambar ini bukan di KLIA2 tp di airport lain)
Akhir kata, selamat menikmati penerbangan anda. May you have a safe journey :)
Sekian...
walaupun nampak simple, tapi bagi info yang berguna untuk orang yang tak biasa naik flight. good job!
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteTQ,.. GOOD INFO... NANTI XDER LA NAK TERKIAL2 KAT SANA.. DAH LA LUAS..
ReplyDeleteBagus info ni..kalau org yg tak biasa dtg klia2, eloklah rujuk panduan ni
ReplyDeleteAslmkm. :) klu dari klia ke klia2 mcm mne pula ye kalau byk brg?bleh bw masuk troli ke..first time pula nie xtau mcm mn nk bwk luggage byk
ReplyDeleteWsalam. Dari KLIA ke KLIA2 boleh terus naik ERL juga. Tapi kalau barang banyak sangat sampai tak boleh nak bawa semua sendiri boleh naik airport taxi je. Semoga membantu :)
Deleteboleh je kalau byk barang pun check in kt KL SENTRAL
Delete