Showing posts with label Panduan belajar ke luar negara. Show all posts
Showing posts with label Panduan belajar ke luar negara. Show all posts

Monday, January 19, 2015

#1. Panduan belajar di luar negara (Master/PhD): Mencari SV dan Universiti

Belajar di luar negara menjadi impian saya sejak zaman sekolah lagi. Alhamdulillah bila nk sambung PhD ni baru ada peluang utk mohon belajar di luar negara. Kawan2 pun ramai duk tnya2 saya macamana nk sambung belajar oversea. Jadi saya nak share serba sedikit sedikit panduan yang saya guna untuk sesiapa yg nak sambung belajar di luar negara, khasnya Master dan PhD.

1. Bidang kajian
Bagi yang dh ada topik utk kajian atau proposal lagi mudah nk cari SV. Bagi yg masih belum ada anda perlulah tentukan dahulu bidang kajian apa yang anda minat dan kecilkan skop bidang kajian tu. Boleh mula dengan bertanya pensyarah2, tengok pembentangan pelajar2 postgraduate, attend conference ke, atau join apa2 forum akademik. Dah ada idea bolehla sambil2 tu banyakkan pembacaan.
Bagi yg masih takdak idea nk buat apa, atau idea dh ada tapi focus tajuk xda...boleh cuba tanya potential supervisor yg kita approach tu kalau dia blh suggest apa2 tajuk atau research yg berkaitan.

2. Penyelia atau Supervisor (SV)
Lepas dah ada idea nk buat kajian pasal apa dan bidang mana then bolehla cari supervisor dalam bidang yg kita minat tu. Dapatkan senarai universiti dan pergi ke laman web jabatan/fakulti/school berkenaan dan cari senarai nama kakitangan akademik jabatan berkenaan. Biasanya detail berkenaan academician tersebut akan dipaparkan jadi kita boleh tahu skop kajian mereka. Jadi kita pilihla bakal SV yg buat bidang yg sama dgn kita. Approach SV melalui email. Masa approach SV ni bgtau terus kt depa kalau kita ada dapat sponsorship dari mana2 atau loan mana2, bonus utk kita dh tu. Proses ni mungkin memakan masa. Ada juga bakal SV yang nk skype interview sebelum setuju nk amk kita jadi student dia.
So approach ja seberapa ramai potential SV, keep contact, kalo depa tak nak amk student cari org lain. Mintak juga suggestion drp pensyarah2 yg kita kenal yg ada contact dr luar negara.

So keep searching, it may takes time but don't give up.
Saya pun hampir setahun setengah jugaklah dok cari SV ni. Berpuluh2 email hantar approach potential SV, ada yg terima tapi reject lps Skype interview, dan ada yg tak nak terima sbb berbagai alasan. Dan banyak kali jgk la tukar2 bidang research yg nk dibuat. Hingga akhirnya ada yg sudi terima tapi kn tukar tajuk pulak...apapun pray for the best. Insyaallah Allah will show the way. :)


3. Universiti
Kalau bercadang nk mohon biasiswa, tengok dulu apa syarat kelayakan university yang disapprove oleh bakal sponshorship tu. Selalunya and kebanyakannya kalo nk mohon biasiswa KPT mcm SLAB/SLAI antara syarat utamanya ialah university yang kita nk mohon tu mesti tersenarai dalam Top 200 Times Higher Education in that particular year. Ataupun Top 100 dalam QS World Raking. Ya, terbatas sedikit la nk cari universiti, nak pulak yang top2, alahai...Check balik kalau2 syarat2 ni dah berubah. Lps tu buat carian hanya focus pada university yang tersenarai saja.Approach la SV yg kat university tu. Kalau tak bercadang nk mohon biasiswa then lg luas scope carian universiti, bebas nk pilih nak pi mana.


Well, itulah antara cara yg saya buat utk sambung belajar luar negara. Salah satu sebab sy nk sgt sambung belajar luar negara ialah sebab education system. Saya nk sgt tau mcmn education depa, nk timba pengalaman system pendidikan luar negara dan merasa pengalaman hidup kt negara orang. Insyaallah, usaha dan tawakkal smg Allah permudahkan urusan kita. :)



Thursday, December 04, 2014

Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara

Assalamualaikum WBWT.

Alhamdulillah pada 17-21 November 2014 yang lepas bertempat di Akademi Kenegaraan Jalan Bellamy Kuala Lumpur, selesai sudah Program Transformasi Pelajar Ke Luar Negara atau selalunya dipanggil Kursus BTN. Penyertaan kali ini adalah seramai 60 orang terdiri daripada 33 orang perempuan dan 27 orang lelaki. Dan saya salah seorang peserta program tersebut.

Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara (PTPKLN) atau sjuga dikenali sebagai Kursus BTN ialah salah satu program anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri yang diwajibkan bagi pegawai yang akan melanjutkan pengajian Master/PhD atau membuat subkepakaran di luar negara. Kursus ni biasanya diadakan setiap bulan.

Cerita tentang program ni, hari pertama adalah pendaftaran dari jam 2.30pm - 4.30pm. Kalau lewat memang tak dibenarkan daftar dan join program ni, jadi tepatilah masa. Saya drive Akademi Kenegaraan sbb dh tahu tempatnya, kt belakang istana. Parking memang disediakan. Tapi ramai juga yang dihantar atau naik teksi. Masa pendaftaran kita diberi kunci bilik, tag nama, file dan beberapa material lain. Kalau nk senang bawa la woven/nonwoven bag atau handbag besar skt utk letak benda2 tu semua sebab beg memang tak diberi.


Yang bestnya kt Akademi Kenegaraan ni kami diberi satu apartment, setiap apartment ada 3 bilik, 2 bilik air dan 2 tandas. Setiap bilik termasuk ruang depan ada aircond. Saya dapat seorang roomate je sbb satu lg bilik aircondnya rosak so tak digunakan. Saterika juga disediakan tapi saya dh siap2 iron baju dari rumah.



 Ruang dalam apartment

Program sebenar bermula lepas minum petang. Jam 5.00pm semua berkumpul dalam dewan dan diberi taklimat. Penghulu, penghulunita, ajk makanan, dan pembaca doa akan dilantik, juga seorang emcee utk setiap slot wacana minda, samaada secara sukarela atau paksa rela. Kebanyakan pegawai sangat sporting, ada yang sukarela terutamanya penghulunita dan emcee.

Hari pertama dan kedua dipenuhi dengan slot wacana minda. Masa slot wacana minda kita akan dengar talk daripada invited speaker. Kebanyakannya berkisar tentang Gagasan 1Malaysia, keselamatan negara, perlembagaan, NKRA, sejarah dan topik2 pasal Malaysia. Hari ketiga dan keempat barulah bemulanya sesi diskusi. Input2 yang kita dapat semasa wacana minda akan dibincangkan juga dalam sesi diskusi bersama seorang fasilitator dalam setiap kumpulan. Dan hari terakhir adanya ujian, jawab 60 soalan dalam masa 1 jam 30 minit.

Selain itu, pegawai yang beragama Islam diwajibkan untuk solat Maghrib, Isyak dan Subuh secara berjemaah. Setiap pagi akan ada perbarisan, selalunya terus pakaian formal. Dan setiap petang ada riadah, berpakaian sport attire. Slot waktu malam dibenarkan berpakaian kasual tapi baju mesti berkolar, berkasut, tidak dibenarkan sandal atau selipar.

Yang menariknya lagi, kebetulan pada malam hari pertama ada rancangan Majalah 3, "Romeo November Delta" berkenaan pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di TV3, maka slot pada malam tersebut menayangkan secara langusng rancangan berkenaan. Juga ada slot yang menayangkan cerita "Hati Malaya" dan pada malam terakhir ada sesi santai dengan bermain bowling!

Secara keseluruhannya program ini sangat bagus dan menyeronokkan. Saya dapat kenal ramai pegawai yang hebat2, yang akan smbung master dan PhD, ramai doktor, guru, serta pensyarah yang akan membuat subkepakaran di luar negara, sangat banyak input daripada mereka yang berpengalaman dan hebat2 ini. Pengisian programnya juga padat tetapi santai, berinput, membina jati diri dan semangat patriotik sebagai rakyat Malaysia. Lebih2 lagi bila membincangkan berkenaan Perlembagaan Malaysia kebanyakan pegawai bersetuju bahkan mencadangkan agar Perlembagaan dijadikan sebagai salah satu subjek wajib mungkin di IPT. Ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya tidak jelas dengan Perlembagaan Malaysia justeru menimbulkan isu yang bisa menggugat keharmonian kaum di negara kita. Sedangkan ada isu2 tersebut yang telah jelas dalam Perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan. Bila dibahaskan atau disebarkan di intenet secara meluas mungkin boleh menimbulkan perpecahan kaum pula. Oppss bersemangat patriotik pulak saya..hee..Apapun saya mahu cari satu buku Perlembagaan di mana2 kedai buku untuk dibaca, pasti ada jual.

 Kuliah disampaikan oleh ustaz jemputan. 

 Sesi santai...main bowling...best!

Hari terakhir selepas test ada sesi bersama penaja bagi pegawai di bawah tajaan Kementeriaan Pendidikan Malaysia (KPM). Ada sedikit taklimat berkenaan tanggungjawab pegawai.


Ini secebis kisah dari pengalaman saya ke Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara (PTPKLN) a.k.a Kursus BTN. Harapan saya semoga saya lulus program ini. Amiiinnn ;)