Wednesday, December 18, 2013

Sarawak dan SORIC 2013

Welcome to SarawaK, the Land of Hornbills!



A couple of weeks ago was the first time I went to Borneo!

Alhamdulillah akhirnya dapat jgk peluang jejakkan kaki ke Sarawak bumi kenyalang buat pertama kalinya pd 3/12/13 sbb ada konferens statistik kt Kuching.

SORIC 2013- Statistics and Operational Research International Conference.
Konferens ni dianjurkan oleh INSPEM (Institut PenyelidikanMatematik) UPM dgn kerjasama badan2 lain (sy tak igt) bertempat di Riverside Majestic Hotel, Kuching Sarawak. Ada beberapa presenter dan participant dr luar negara yg join skali tp tak ramai sgt. Sy ke sana sbg peserta je, alhamdulillah dan terima kasih pd Dr. J yg bg sy pakai geran beliau. Siap bgtau blh ajak suami lg, tp dh Mr. Husband ada kursus kt Pahang sy p sorang je la ;p

Sarawak is a very nice place to spend ur holiday. Kalau nk duduk Sarawak lama2 tak la kot..hee. Sy terbang ke Kuching seawal jam 6.30am 3/12/13 bersama dua org teman. Sampai2 je airport amk cab dan terus ke hotel tempat konferens. Dari airport ke hotel cuma mengambil masa 15-20 minit, tambangnya RM26. Smpai sj di hotel dlm lebih kurang jam 9.15am terus masuk konferens sampai ptg. Malamnya xda program, apa lg sy amk peluang ni utk explore apa yg ada kt Kuching dgn kwn2, tp area yg dekat2 dgn hotel sj. Hotel tpt konferens ni mmg betul2 tepi sungai dan mmg kt sini pusat tumpuan pelancong. Banyak hotel kt riverside ni, dari satu hotel nk ke hotel yg lain cuma jalan kaki je.


Pandangan dari tingkap 12 Majestic Riverside hotel, betul2 tepi sungai.


Kata org tak sah if tak naik Sarawak Cruise kalo dtg Sarawak. Tapi takpela, sy naik sampan je, hee... Memang banyak sampan kt sini utk bawa sape2 yg nk ke seberang sungai. Tambangnya cuma 50sen je! Tp most people sy tengok tak sampai hati nk bg 50sen je kt pakcik2 yg bw smpan tu, at least depa bg RM1. Seberang sungai sana ada banyak tempat makan, tempat jual kek lapis dan ikan terubuk masin, the specialties of Sarawak. Memang pelancong2 yg dtg sini akan ke seberang sungai utk cari kek lapis dan ikan terubuk utk bw balik. Dan sy tak terkecuali! Dua kali p seberang sungai sbb syok naik sampan, tu je...sambil memborong kek lapis and ikan pekasam.


Ikan terubuk masin.

Hari kedua.

Hari kedua conference sy tgk makin ramai peserta amk masa terluang utk keluar jalan2 sekitar riverside. Sy dan one of my friend pn tak terkecuali. Sempat meronda smpai ke CityOne Mall (about 15min dr hotel naik teksi), Petangnya dlm kol 4pm kami p makan seafood kt satu tmpat ni namanya "Top Spot", belakang Majestic hotel ni je just jalan kaki. Perghhh! Memang terbaiklah makanan dia, sedap dan murah! Seafood dia plk besar2 dan segar! Tempat ni mmg famous, even pemandu teksi yg bw kami tu suggest mkn kt situ, mmg Top Spot tempat tumpuan org tempatan dan pelancong utk mkn seafood kt Kuching ni. Tempat ni dibuka dr kol 4pm smpai malam. Kt tempat ni ada banyak pilihan gerai yg serve seafood yg sedap2, antaranya gerai no. 25 (Bukit Mata seafood), ABC seafood, dan banyak lg la. Org kta gerai no.25 ni antara yg sedap and murah, so kami berdua terjah makan kt sini.


Gerai no. 25, Bukit Mata seafood, insayallah halal..siap ada logo halal Jakim lg.


Baby kailan masak garlic.


Butter prawn


Ketam masak butter telur masin.

Tadaaa!


Ni makanan yg kami berdua order; butter prawn (minimum 300g), ketam masak butter telur masin (minimum 2 ekor), bamboo shell masak cili (minimum 300g), baby kailan garlic dan sepinggan nasi goreng seafood. Pergghhhh! Memang menjilat jari dan pinggan! Kenyang sangat smpai tak larat nk habiskan bamboo shell and butter prawn so bungkus bw blk hotel. Tu pn order minimum mmg cukup2 dua org mkn, tapi seafoodnya besar2 bayangkanla makan sikit pn dh boleh kenyang. Masa nk bayar duk kira2 mgkn RM100 kot tp bila dtg kira cuma RM60 je! Bagi saya murah la kalau nk compare dgn saiz hidangan, rasa, dan harga yg kami dpt kt sini dengan kt semenanjung.
Malamnya ada conference dinner plk. Sumbat lagi makanan sedap.

Hari terakhir SORIC.

Hari terakhir conference ada lps habis semua presentation ada social visit ke cultural village (kampung budaya). Kalau tak silap sy cultural village ni letaknya betul2 di kaki Gunung Santubong yang famous tu, dan tepi laut. Dr Kuching ke sini dlm 45minit. Kt cultural village ni kita blh tgk rumah2 setiap kaum yg ada di Sarawak ni, tgk binaan dan ciri2 rmh mereka, apa aktiviti mereka, ada persembahan kebudayaan tarian kaum etc. Kalau sesiapa yg pernah ke Taman Mini Malaysia kt Melaka maka konsep cultural village ni lebih kurang mcm Taman Mini Malaysia tu sebenarnya. Kita blh tgk rumah Melanau, Bidayuh, Orang Ulu, Iban, Melayu, Cina etc mengikut kaum.

Actually mostly kaum2 ni tinggal dlm hutan, or tepi laut which terdedah pd bahaya binatang buas dan jgk lanun. Dan org2 zamn dulu ni mostly menganut kepercayaan animisme. So utk protect diri, kaum dan tempat tinggal mrk dr ancaman2 bahaya ni mrk banyak menjalankan upacara pemujaan, dan ada antara rumah2 tu yg smpai sekarang masih diteruskan pemujaannya bila smpai waktunya utk mengelakkan berlakunya kejadian yg tak diingini. Itu mengikut kepercayaan mereka dan penerangan dr tourist guide kami. Seram jgk rs...heee.

Petangnya lps social visit kami blk ke hotel semula. Going back to KL tonight.

Gambar2 sekitar riverside:

 Pandangan dari seberang mengadap ke hotel pd waktu malam.

 The famous "Kuching" replica.

Naik sampan nk seberang sungai.

 Sampai seberang sungai cari kek lapis. Kek Lapis Dayang Salhah org kata sedap.

Pintu masuk ke kampung budaya. Nampak tak Gunung Santubong?

This is Gunung Santubong. Gambar diambil sewaktu melintasi sungai dlm pjalanan ke kampung budaya dr dalam bas.


 Cultural village ni betul2 di kaki Gunung Santubong. Tengah2 perkampungan ni ada tasik. Air dr tasik tu puncanya dari Gunung Santubong tu la.

Antara rumah suku kaum yg ada di Sarawak. (sy rs ini rumah org Iban kot...lupa..)

 Antara aktiviti dlm rmh Melayu ada dua org makcik ni tgh msk bahulu dan kuih kapit. Tak sempat beli dh habis.

 Aktiviti lain...menenun

 Kol 4pm ada persembahan budaya, semua tarian kaum dipersembah.

 Lemah gemalai

Sayonara Sarawak, the Land of Hornbills... semoga bertemu lg di lain waktu.

Balik dr conference esoknya kn keje. Pheww..