Thursday, May 29, 2014

It's Amazing


Bismillahirrahmanirrahim..

Astaghfirullah hal 'azim... kadang2 serabutnya rasa hati dan minda ni bila fikir pasal PhD. Masih belum dapat tempat untuk sambung belajar. Kontak yang diberi dh nk habis, nk renew berkali-kali dah segan rasa. Perjalanan PhD org kata tak mudah, dari awal nk pilih bidang, dapatkan tempat dan supervisor pun dah mencabar. Perlu kuatkan semangat. 

Impian saya nak sambung belajar di luar negara. Nak dapatkan pengalaman yang tak mungkin ada di negara sendiri. Bukan universiti kita tak ada expertise, ramai saja professor2 hebat dalam Malaysia ni cuma keinginan untuk mencari pengalaman dan meneroka bumi Tuhan tak pernah padam dalam diri, sentiasa membara. Mungkin dengan berpeluang belajar di negara orang, pengalaman dan ilmu itu dapat saya kutip dan sampaikan pula utk anak bangsa. 

Insyaallah...akan ada rezeki bahagian masing2. Merancang dan memohon petunjuk dari Allah, sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.



Do it now
You know who you are
You feel it in your heart 
And you're burning and wishing 

At first, wait, won't get it on a plate 
You're gonna to work for it harder and harder 
And I know 'cause I've been there before 
Knocking on the doors with rejection (rejection) 
And you'll see 'cause if it's meant to be 
Nothing can compare to deserving your dream 

It's amazing, it's amazing all that you can do 
It's amazing, makes my heart sing 
Now it's up to you 

Patience, now, frustration's in the air 
And people who don't care 
Well it's gonna get you down 
And you'll fall (fall) 
Yes you will hit a wall 
But get back on your feet 
And you'll be stronger and smarter 

And I know 'cause I've been there before 
Knocking down the doors, won't take "No" for an answer
And you'll see 'cause if it's meant to be 
Nothing can compare to deserving your dream 

It's amazing, it's amazing all that you can do 
It's amazing, makes my heart sing 
Now it's up to you...



Teruskan berusaha dan berdoa, selebihnya serahkan pada Dia.



Wednesday, May 28, 2014

Bercuti ke Cameron Highlands

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebut sahaja nama Cameron Highlands pasti terbayang ladang2 teh yang menghijau, suhunya yang sejuk, sayur dan buah-buahannya yang segar, strawberrynya, bunga2 dan macam2 lagi. Itulah suasana Cameron Highlands bg saya. Dari kecil lg mmg sy teringin sgt nk ke sini, dan alhamdulillah impian saya tercapai jgk akhirnya bila dh kahwin dan berhoneymoon di Cameron Highlands tahun 2012. Hee...

Kali ni saya ke Cameron Highlands lg, bulan mac 2014 yg lepas because one of my classmate masa master degree dulu kahwin and she live in Brinchang, Cameron Highland, so alang2 tu saya amk kesempatan tu utk bercuti berehat dari kesibukan kerja yang memang tak pernah habis! Tambahan plk time tu tgh jerebu, dan IPU di kebanyakan tempat mcm KL, Putrajaya, Kelang dll sangat tinggi, cuaca pn panas, so mmg perfect time utk bercuti bersama suami la!

Tghr Jumaat 14/3/14 saya dan suami bersama dua org lg adik saya bertolak ke Cameron Highlands dari Setiawangsa menggunakan laluan exit Jalan Duta-Simpang Pulai (more preferable than exit Tapah) dgn kadar tolnya RM24.80. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4jam. Backpackers je kot sbb tak book hotel ke ape ke, main redah g je.

Kalau bercuti ke Cameron Highlands, the most preferable place to stay bagi sy ialah kt Brinchang instead of kt Tanah Rata, Kea Farm, or Ringlet. Kt Brinchang ni banyak hotel2 murah, dekat dgn pasar malam dan tempat2 best mostly kt area sini. So sampai2 je kt sana, kami cari hotel tempat nk bermalam. Dua tiga hotel kami survey (budget below RM100 utk satu blk), lastly Hotel Remix jadi pilihan, dapat la RM89 (without window) dan RM99 (with window), bilik utk double. Ni harga bukan musim cuti, kalau cuti sekolah ke, public holiday ke, harga hotel2 kt sini lain skt. Hotel ni dekat dgn pasar malam Brichang, just jalan kaki je.

Tak nk cerita panjang2, alang2 sampai Cameron Highlands apa yang menariknya:

(1) Pasar malam Brinchang

- Mmg salah satu tmpt tumpuan di Cameron ni, macam2 ada. Nak jimat budget saya, suami dan adik2 beli makanan kt psr malam je, nasi, keledek rebus, jagung rebus, asparagus goreng, pastu mkn kt bilik hotel. Sy perhati ramai jgk cina berniaga, jd kalo nk beli makanan tu kami was2 skt, so gerai melayu jadi pilihan. Yang best kt pasar malam ni ada jual makanan, buah2an, sayur, fresh flower, teh, etc. yang mmg jd trademark Cameron.


Masa ni hujan skt...nasib baik tak lebat dan sekejap je hujan.


(2) Big Red Strawberry Farm

- Mmg banyk ladang strawbery kt sini. Salah satu yg bestnya Big Red Strawberry Farm. Bukan strawberry je yg ada kt sini, bunga, salad, kaktus, pokok2 hiasan semua ada. Kt sini siap ada cafe tempat mkn2 dan shop tempat jual hasil dari farm dan barang2 souvenier. Saya beli salad 3 jenis RM5, sangatlah murah dan fresh dari ladang! Dan sempat lg beli sebatang pokok hiasan mcm pokok krismas tu RM8 satu pasu, pokok lada benggala (capsicum) yg berbuah lebat RM13.



Big Red Strawberry Farm



Time ni mmg musim strawberry (strawberry ada musim ke). Buah besar2, banyak dan manis2 plk tu.



Salad segar yang menghijau.







 Berehat sebentar sambil makan2. Salad sayuran tu mmg fresh!


Tadaaa! Ini hasil sekembalinya dari Cameron Highlands, housemates saya buat fish and chips. Just beli fish tempura kt Jusco, sos blackpepper homemade, and plating dgn salad, tomato cherry dan baby potato dari Cameron Highlands! Sedap!

(3) Cameron Valley Tea House

- Boleh la kalau merasa minum teh sambil tgk ladang teh yg menghijau, nak beli teh pn ada jual, boleh jalan2 kt ladang teh, tapi awas tak dibenarkan petik daun teh. Saya beli berkotak teh Cameron Valley tp dari segi harga lg murah sedikit kalau beli je kt pasar malam.



Saujana mata memandang.



(4) Kea Farm

- Sebenarnya sy xtau betul ke tak tempat ni namanya Kea Farm. Saya maksudkan kpd satu kawasan yang menuruni bukit, kt situ ada bnyk gerai jual macam2, sayur, buah, bunga, baju etc. Mostly kenderaan parking tepi2 jalan tu je. Haa, shoping kt sini mmg happening. Saya beli banyak strawberry dan sayur2, kt sini lebih murah.



Tepi2 jalan ni dkt lereng bukit ada gerai2 jual macam2.










Strawberry ni satu bekas biru ni cuma RM20-RM25 je!



Dan saya beli yang ni, 3 bekas besar mcm ni+ 2 bekas kecil (xde dlm gmbar) cuma RM10! Kt pasaraya jgn harap nk dpt strawberry harga murah mcm ni. Memang shopping sakan la, borong habis strawberry sampai boleh buat jem! Hee..


Kaktus

Well, tu je tempat2 yg sempat kami p kt Cameron ni. Banyak lg tempat2 yg best mcm Lavender Farm, Strawberry Farm, etc. Saya rasa kalau nk g Cameron Highlands kn tgk musim jgk kot. Kebetulan ms saya g ni buah2 dan sayur2 dia mmg murah, musim menuai kot. Sebab bila housemate saya g dalam akhir bln 4 or awal bln 5 macam tu dia kata strawberry mahal, nk dapat 3 bekas tu dlm RM25. Mungkin masa tu dh habis musim jadi harga mahal skt.

Anyway, skrg dh start musim cuti sekolah. Bolehla mak ayah bawa anak2 g bercuti ke Cameron Highlands. Tapi better book bilik hotel dulu mana tahu musim cuti sekolah macam ni hotel penuh ke...anyway selamat bercuti! :)