Belajar di luar negara menjadi impian saya sejak zaman sekolah lagi. Alhamdulillah bila nk sambung PhD ni baru ada peluang utk mohon belajar di luar negara. Kawan2 pun ramai duk tnya2 saya macamana nk sambung belajar oversea. Jadi saya nak share serba sedikit sedikit panduan yang saya guna untuk sesiapa yg nak sambung belajar di luar negara, khasnya Master dan PhD.
1. Bidang kajian
Bagi yang dh ada topik utk kajian atau proposal lagi mudah nk cari SV. Bagi yg masih belum ada anda perlulah tentukan dahulu bidang kajian apa yang anda minat dan kecilkan skop bidang kajian tu. Boleh mula dengan bertanya pensyarah2, tengok pembentangan pelajar2 postgraduate, attend conference ke, atau join apa2 forum akademik. Dah ada idea bolehla sambil2 tu banyakkan pembacaan.
Bagi yg masih takdak idea nk buat apa, atau idea dh ada tapi focus tajuk xda...boleh cuba tanya potential supervisor yg kita approach tu kalau dia blh suggest apa2 tajuk atau research yg berkaitan.
2. Penyelia atau Supervisor (SV)
Lepas dah ada idea nk buat kajian pasal apa dan bidang mana then bolehla cari supervisor dalam bidang yg kita minat tu. Dapatkan senarai universiti dan pergi ke laman web jabatan/fakulti/school berkenaan dan cari senarai nama kakitangan akademik jabatan berkenaan. Biasanya detail berkenaan academician tersebut akan dipaparkan jadi kita boleh tahu skop kajian mereka. Jadi kita pilihla bakal SV yg buat bidang yg sama dgn kita. Approach SV melalui email. Masa approach SV ni bgtau terus kt depa kalau kita ada dapat sponsorship dari mana2 atau loan mana2, bonus utk kita dh tu. Proses ni mungkin memakan masa. Ada juga bakal SV yang nk skype interview sebelum setuju nk amk kita jadi student dia.
So approach ja seberapa ramai potential SV, keep contact, kalo depa tak nak amk student cari org lain. Mintak juga suggestion drp pensyarah2 yg kita kenal yg ada contact dr luar negara.
So keep searching, it may takes time but don't give up.
Saya pun hampir setahun setengah jugaklah dok cari SV ni. Berpuluh2 email hantar approach potential SV, ada yg terima tapi reject lps Skype interview, dan ada yg tak nak terima sbb berbagai alasan. Dan banyak kali jgk la tukar2 bidang research yg nk dibuat. Hingga akhirnya ada yg sudi terima tapi kn tukar tajuk pulak...apapun pray for the best. Insyaallah Allah will show the way. :)
3. Universiti
Kalau bercadang nk mohon biasiswa, tengok dulu apa syarat kelayakan university yang disapprove oleh bakal sponshorship tu. Selalunya and kebanyakannya kalo nk mohon biasiswa KPT mcm SLAB/SLAI antara syarat utamanya ialah university yang kita nk mohon tu mesti tersenarai dalam Top 200 Times Higher Education in that particular year. Ataupun Top 100 dalam QS World Raking. Ya, terbatas sedikit la nk cari universiti, nak pulak yang top2, alahai...Check balik kalau2 syarat2 ni dah berubah. Lps tu buat carian hanya focus pada university yang tersenarai saja.Approach la SV yg kat university tu. Kalau tak bercadang nk mohon biasiswa then lg luas scope carian universiti, bebas nk pilih nak pi mana.
Well, itulah antara cara yg saya buat utk sambung belajar luar negara. Salah satu sebab sy nk sgt sambung belajar luar negara ialah sebab education system. Saya nk sgt tau mcmn education depa, nk timba pengalaman system pendidikan luar negara dan merasa pengalaman hidup kt negara orang. Insyaallah, usaha dan tawakkal smg Allah permudahkan urusan kita. :)