Garlic Bread & Mushroom Soup.
Alhamdulillah…menjadi juga buat garlic bread dan mushroom soup biarpun baru pertama kali buat. Resepinya google saja, selalunya saya akan tengok beberapa resepi kemudian sesuaikan dengan kuantiti yang diinginkan, bahan yang ada, dan rasa yang kita mahu. Gunakan pengalaman, sense, dan logik dan ubah suai mana yang perlu. Setiap orang itu berbeza citarasa, kadang2 pengalaman dan situasi yang membezakan resepi yang dikongsi. Walau apapun saya amat meraikan mereka yang berkongsi resepi di internet, sangat membantu dalam menyediakan sendiri hidangan buat kali pertama.
Jadi saya juga ingin berkongsi resepi garlic bread dan sup cendawan yang telah saya sediakan untuk makan malam bersama suami tadi. Walaupun en.suami kurang gemarkan western food kecuali steak, tapi garlic bread & mushroom soup yang saya masak buat pertama kalinya berjaya membuka selera western beliau! Ingatkan beliau tak suka maka saya masak sedikit saja, tak sangka minta tambah pula. Nasib baik cukup.
Resepinya seperti di bawah, hidangan ini untuk 2 orang makan;
Bahan-bahan (Garlic Bread);
- 1 roll roti perancis
- 3 s/b marjerin
- 2 ulas bawang putih
Cara-cara;
1. Cincang halus bawang putih dan gaulkan bersama marjerin.
2. Potong roti dan sapukan campuran marjerin dan bawang putih tadi di atas roti dan bakar hingga keperangan. Saya hanya bakar di atas non-stick pan (ketiadaan oven).
Bahan-bahan (Mushroom Soup):
- 2 s/b marjerin
- 2-5 ketul cendawan butang dipotong dadu kecil
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1/2 ulas bawang besar dicincang dadu
- 250ml susu kotak/susu segar (saya gunakan susu kotak Dutch Lady 250ml (kotak kecil))
- 1 cawan air
- 1 1/2 s/b tepung gandum dibancuh sedikit air
- 1/2 kiub ayam
- secubit garam
- secubit serbuk lada hitam
Cara-cara;
1. Panaskan merjerin dan masukan cendawan butang yang dipotong dadu. Saya gunakan cendawan kering. Boleh juga gunakan cendawan butang dalam tin. Masak sekejap.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dicincang. Masak hingga bawang besar kelihatan layu.
3. Masukkan air, susu segar dan bancuhan tepung. Saya gunakan susu kotak Dutch Lady 250ml dan tepung dibancuh dengan air terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan sedikit garam dan biarkan mendidih dan masak hingga sedikit pekat. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air.
5. Kemudian kisar kasar mushroom soup yang telah siap tadi dengan menggunakan blender. Pastikan cendawan tidak terlalu hancur untuk mendapatkan rasa dan tekstur cendawan dalam sup.
6. Siap untuk dihidang. Sesuaikan dengan rasa yang diinginkan.
Selamat mencuba
-Batu Pahat, Mar 31, 2013 @ 22:41
No comments:
Post a Comment