Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran sy panjatkan pd Illahi ats segala nikmat yg diberi. Sesungguhnya begitu banyak nikmatMu yg Engkau berikan utk hambaMu ini ya Allah.
Tanggal petang Isnin 28 Oktober 2013 menjadi saat indah buat saya dan rakan2 graduan. Penganugerahan ijazah Master of Applied Statistics pd majlis konvokesyen UPM ke-37 yang berlangsung menjadi bukti usaha dan perjuangan kami selama dua tahun bergelar pelajar master, menempuh pengajian yg sgt mencabar tapi menyeronokkan dan mendewasakan kami. Alhamdulillah akhirnya kami juga berjaya menggengam segulung ijazah dan menamatkan program pengajian kami.
Mengenang kembali waktu mula2 bergelar postgraduate student, saya tak nafikan dalam keghairahan dan kegembiraan krn berjaya mendapatkan tempat utk menyambung pengajian, ada rasa risau dan takut memilih jalan ini. Risau andainya tak mampu menamatkan program master ni dan takut akan khabar2 yg didengar tentang program pengajian ni. Background saya dari matematik, bila smbung master sy ambil statistik dengan hanya berbekalkan sedikit pengetahuan asas ttg statistik. Jadi saya amk Master Statistik Gunaan by coursework, dgn harapan dapat membantu saya mendalami bidang statistik ni. Total credit requirements for graduation is 40, kelasnya hari sabtu dan ahad, for both fulltime and part time student.
Dalam kelas saya ada yg kerja sambil belajar, ada yg cuti belajar, ada yg baru grad, ada yg dh lama kerja baru nk smbung master, juga ada surirumah, dan macam2 background lagi. jadi range umur pn berbeza dari yg semuda 22-23 tahun hingga seusia 40++ mungkin. Saya sebenarnya sgt kagum dgn rakan2 sekelas sy. Betapa hebatnya mereka sbb sanggup korbankan hujung minggu sabtu & ahad utk dtg kelas menuntut ilmu, dari 9.00am sampai 5.30pm walaupun banyak tanggungjawab lain. Banyangkan isnin-jumaat kerja, sabtu ahad kelas, kt rumah uruskan suami/isteri dan anak2 lg, betapa hebatnya mrk uruskan masa utk kerja, belajar, dan falmily. Tu belum lgi yg ulang alik dtg kelas hujung minggu dari Kuantan, dari Johor, dari Melaka, dari Perak dll. Sanggup susah payah dtg jauh2 semata2 nk belajar. Habis duit, tenaga, dan masa demi ilmu. Kagumnya kan. Saya yg cuti belajar ni pn semput nk study padahal isnin-jumaat bukannya kerja pn.
Org kata kalo amk coursework ni senang nk hbs on time. Igt senang ke?huhu.. Semester 1 dan 2 sy amk 4 subjek setiap sem, 12 credit hours. Mak aiihhh, siang mlm ngadap buku, makan baca buku, tido pn kt meja study! Igtkan 12 credit hours tu skt la mcm degree dulu tp ini master! Workload dia banyakkk. Mmg sy struggle dua sem pertama ni, sy dh susun study plan sy sndri mcm tu supaya nt sem 3 dan 4 tak beban sgt ms buat master projek. Sabtu ahad sy dh xleh kuar jalan2, shoping2, pergi kenduri kwn2 yg kahwin sbb ada cls unless cuti semester, or public holiday or ponteng kelas (sanggup ke..). Tapi sy igt lg ms sem 1 dulu kelas terakhir utk sem tu 25/12/11, hari ahad. Supposely kalo ikutkan jadual mmg xda kelas hr tu sbb public holiday, Krismas dan sy dh ada plan yg sy dh rancang awl2 semester lg. Tapi tup2 lecturer sy terpaksa buat kelas sbb silibus tak hbs lg, so terpaksalah sy ponteng kelas hr ahad tu sbb nk balik kg, nak bertunang! hehehe...Snyap2 sy ponteng, lepas kelas hr sabtu ptg tu sy trus naik flight dgn bestfriend sy, Fatimah balik kg. Esoknya sy bertunang dan pagi tu mmg lecturer tu call sy tp sy tak berani nak jawab. Hehe...Selalunya lecturer tu akn call sy kalo ada apa2 nk bgtau, nak cancel kelas ke, kelas start lambat ke, mtk tlg setupkn computer ke, etc...tp kang sy jawab lain plk jadinya. Then sem 3 sy nikah, lps nikah kenalah ikut suami kn. Suami sy kerja di Batu Pahat, so every weekend pd dua semester terakhir tu kami akn travel dr BP ke Serdang, 3 jam perjalanan. Mujurlah ms tu subjek yg sy amk pn tak banyak dan dh start buat master projek. Cuma kesian pd suami, stp minggu kn drive ulang alik ke Serdang dr BP anta sy p kelas, tak sempat nk rehat lps penat kerja.
Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha dan penat lelah, doa dan sokongan kaum keluarga dan sahabat2 semua saya berjaya jg tamatkan program pengajian master ni. Sesungguhnya pembelajaran ni tak terhenti setakat ni, sebagaimana pepatah, "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Sesungguhnya kehidupan ni pn suatu proses pembelajaran yg panjang. Buat rakan2 yg dh konvo bersama, tahniah sy ucapkan pd semua. Buat mak ayah saya, dan mak ayah mertua, suami, adik2, ipar duai, kaum keluarga dan semua sahabat2 sy, setinggi2 penghargaan dan terima kasih sy ucapkan ats sokongan dan doa yg tak putus2. Semoga kalian semua berjaya dlam apa jua yg diceburi, dunia dan akhirat. May Allah bless you all. Insyaallah...
Graduan masuk ke dewan
Rancaknya ;p
My classmates, now alumni of class 2013.
Hadiah dr suami tercinta, terima kasih abg! I love u <3
Bear coklat dr housemates RKSK, tq so much RKSKians :)
Sempena konvo mst ada pesta konvo. Kt UPM pesta konvo kt Bukit Expo. Hari pertama konvo, jumaat, sy kn jg booth fakulti sains utk pameran ni.
Instrument dr jabatan kimia.
Layan je lah.
Kuda putih
Arnab pn ada.
Thank you Allah, all praises to Allah :)