Smpai kt ofis plk Dr. B bawa nasi lemak, wife dia buat. Kenduri nasi lemak la pagi ni, alhamdulillah rezeki. Tengahari tgk kt pantry ada lg nasi lemak, blh lunch free lg ni. Balik2 rumah hosmet msk nasi lemak, maka dinner saya hr ni pn nasi lemak lagiiii. Phewww... breakfast, lunch, dinner dgn nasi lemak...tak mampu nk tolak sbb lapar..hee (#_#)
Dalam pd tu sempat p bengkel servis si JKL putih ni. Siyan kereta ni dh lama tak tukar minyak hitam, mileage dh nk lebih 2k dr yg sepatutnya baru tuannya ni bawa g bengkel. Bukannya sy malas nk servis, tapi ingat nk tunggu En. Hasben dtg sini baru nk g servis. Kalo sy bawa g servis takut kn tipu je, almaklum perempuan, biasanya org igt perempuan ni tak tau pasal kereta, jadi senang nk tipu2 harge ke. Bila pakai kereta ni kn la tau serba sedikit psl kereta, jgn tahu drive je especially kaum hawa. Saya dulu2 pn masa mula2 dapat kereta ni tak tahu sgt psl kereta. Bila satu hari tu kereta tak hidup baru nk risau, baru kelam kabut. Rupa2nya masalah bateri. Bila dh jadi macam tu barula nk belajar sikit2 pasal kereta ni. Barulah tahu bila nk tukar bateri , bateri apa nk pakai, bila nk tukar minyak hitam, minyak hitam jenis ape, apa tu overhaul, break pad tu kt mn, dan banyak lagi. Belajar sikit2, tanya kawan2, bila dh kawin tanya suami, sambil tunggu mekanik servis kereta kita tu tengok2 la apa dia buat, sembang2 la dgn depa, tanya itu ini pasal kereta. Jangan duduk tunggu saja, main2 hset, dh siap bayar je. Kena jgk amk tahu harga, servis dan khidmat yg kt bayar tu berbaloi ke x, nt xla senang2 kn tipu. Oppsss...bukan nak membebel. Heh.
Ok nampaknya JKL dh tukar minyak hitam, memandangkan JKL ni jalan dekat2 je, jarang2 jalan jauh maka minyak hitam semi sintetik pn dh ok, kalau selalu travel direkemenkan pakai yg fully sintetik. Selalunya kalau tukar myk hitam akan tukar dgn filter skali. Sementara mekanik duk servis kereta saya tinjau2 kawasan bengkel tu, tengok2 item yg dijual, tengok harga filter, viper, myk hitam, tayar etc. Baru sy tau rupa2nya lain jenis kereta lain filternya. Filter utk perodua tak sama dgn nissan, toyota, proton. Harga pn lain. Dh siap tukar myk hitam sy mtk mekanik tu cek minyak gear, minyak break, dan isi angin tayar skali. Servis depa nmpak bagus, siap cek sume. Minyak stereng and break pads perlu tukar nampaknya, tunggu bulan depan gaji lah... budget gaji bln ni utk tukar minyak hitam je...huhu.
Minyak hitam Shell semi sintetik: RM115.00
Filter : RM16.00
Workmanship : RM20.00
Service tax 6% : RM1.20
Diskaun : RM0.20
Total : RM151.00 (Kt tempat lain macamana ya?)
Foto ihsan google
Dah setel sume blh balik ofis blk. Hari ni kt jabatan perabot baru masuk, so nt dh boleh pindah masuk bilik baru! Bilik kt ofis yg sy duduk skrg bilik Puan Iza, masa sy mula2 lapor diri bertugas dulu dia baru je fly smbung phd kt UK dan masa tu xdak bilik kosong, jadi ketua jabatan suh saya duduk blk dia ni dulu. Sekarang dh ada blk kosong, dan perabot pn dh masuk, so bolehla sy pindah bilik saya sendiri! Lagipn Puan Iza akn balik hjg tahun ni dh hbs PhD beliau. Sedang2 elok ja :D
No comments:
Post a Comment