Alhamdulillah sempurna sudah Ramadhan kita dan Syawal yg menjelma disambut gembira. Terasa sayu juga hati bila mengenagkan bulan Ramadhan yg penuh berkat akhirnya berlalu pergi. Smg segala ibadah kita diterima Allah dan semoga Allah mendengardan memakbulkan setiap rayuan dan doa hambaNya...amiinnn.
Dalam sedar tak sedar dh masuk bulan Ogos 2014 dah kita. Sungguh cepat masa berlalu. Mungkin masih ramai yg dlm mood hari raya selagi masih di bulan Syawal ni. Rata2nya mungkin ini minggu pertama kembali bekerja setelah bercuti raya sakan seminggu, termasuklah saya. Jenuh juga nk membina mood workaholic bila cuti lama sgt. Hati asyik duk teringat kt kampung je, kat mak ayah, adik2 dan kaum keluarga. Tak puas rasanya bertemu. Bukan kita je, mak ayah pn sebenarnya terasa kesunyian dan kerinduan yg amat sgt bila sorang2 anak2 dia harus kembali semula bekerja. Tak puas bermanja dgn anak cucu yg balik kg sekali sekala. Bila berjauhan begini saya hanya mampu titipkan doa moga Allah lindungi mereka dari segala musibah dan bahagiakan hati mereka.
Bulan ini dan bulan2 seterusnya pasti mencabar bg saya. Hati dh mula runsing mengenangkan tugasan hakiki kn sambung belajar yg masih belum ada khabar berita, tentang lanjutan kontrak yg dh nk habis, juga PJJ yg dh lebih setahun...hati dah tak tahan hidup berjauhan mcm ni. Apapun kena kuatkan semangat.
No comments:
Post a Comment