Dua minggu lepas saya ke UIAM, ke majlis konvokesyen adik saya. Alhamdulillah, akhirnya tamat juga pengajian sarjana muda beliau selama tiga tahun setengah di UIA. Sesungguhnya segala suka duka sewaktu saya juga bergelar pelajar UIA menggamit kenangan. Teringat memori bersama teman2 sepengajian dan para pensyarah pendidik, aduhai rindunya.
Bagi saya zaman bergelar pelajar universiti adalah masa yang paling mencabar namun juga merupakan zaman yang paling indah, masa kita membentuk jatidiri dan peribadi sebagai manusia, masa kita merancang masa depan sendiri dan mula berdikari, masa kita mengenal erti persahabatan dan mulai matang. Zaman keterujaan untuk meneroka segala ilmu dan isi dunia jika boleh. Darah muda, semuanya hendak dicuba. Bagus sebenarnya jika betul salurannya.
Teringat tahun pertama saya bergelar pelajar undergraduate UIAM, pada musim konvo tahun tersebut 2006 seingat saya, saya membantu sepupu saya menjual bunga. Biasalah para graduan nak dihadiahkan jambangan bunga, kalau xdpt bunga rasa tak syok la konvo, betul tak? Nak dijadikan cerita saya ajak sekali seorang teman rapat saya tolong sama, jadi sama2 akan dapt komisyen. Igtkan tolong jual dan jaga stall bunga sepupu saya ni, rupa2nya menjual secara illegal! Sepupu saya rupanya tak sewa tapak untuk berniaga pn, jadi terpaksalah berniaga secara illegal sebab takda permit. Huhuhu... Nak tak nak sebab dh setuju jadi saya go on saja, janji dapat komisyen. Heh.
Maka ke hulu ke hilirlah kami bawa bunga sambil approach orang untuk jual bunga2 tu. Bukannya bawa dalam troli atau bekas, pegang dengan tangan saja. Jadi sekali bawa cuma dapat pegang dua, Dah terjual pi amk yang baru pula kat kereta sepupu. Begitulah rutin dua hari saya masa pesta konvo tahun tersebut. Dua hari saja sebab hari kedua dh kena warning dgn pak guard sebab berniaga takda permit, hihihi. Jadi hari ketiga dh tak berani nak menjual, plus saya dan teman saya nak enjoy jalan2 kat pesta konvo pulak. hehehe.
Dan sebenarnya dua hari itu jugalah yang banyak membina skill komunikasi saya, menjadikan diri saya berani dan tak malu mencuba. Kalau diikutkan saya memang pemalu, nak bertanya benda yang tak tahu pn malu, segan tak bertempat kata orang. Dan mengetahui kelemahan diri sebenarnya akan memotivasikan kita untuk mengatasi kelemahan tersebut dan memperbaik diri. Itulah yang saya lakukan, itulah pengalaman yang dapat saya ambil sebagai gadis (masa tu masih bujang) penjual bunga masa konvo tu. Bukan saja pengalaman yang saya dapat, komisyen jual bunga yang saya dapat pn banyak!Hihihi...
Kepada adik2 yang masih belajar, ambillah peluang ini untuk mencedok sebanyak mana ilmu dan pengalaman untuk perjalanan hidup yang masih panjang lagi. Jadikan bekalan untuk akhirat juga.
Buat para graduan yang akan konvo, tahniah diucapkan kerana berjaya menamatkan program pengajian, namun proses menuntut ilmu tidak terhenti setakat itu saja. Semoga kita semua berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat.
Memory 2010
Memory 2013
No comments:
Post a Comment