Tuesday, January 28, 2014

Review 2013


Assalamualaikum wbwt.

Selamat tahun baru masihi 2014. Dah hampir sebulan masuk tahun 2014 br sempat nk update kt blog. Masih dalam bulan pertama tahun masihi, dan hampir sebualn tahun 2013 berlalu. Pastinya masing2 banyak kenangan sepanjang tahun 2013 yg masih tersimpan di memori. Sesungguhnya kenangan itu indah, yang pahit, yang manis, yang masam semuanya indah bila dikenang, itulah pengalaman hidup.

Sesungguhnya 2013 tahun yang indah dan mencabar. Antara memori terbaik saya:

Pengajian sarjana dan kembara hujung minggu
Feb-Jun 2013 semester terakhir sy sbg pelajar master di UPM, attend 1 class dan siapkan master projek. Pada setengah tahun pertama ni sy ulang alik dari Batu Pahat ke Serdang setiap hujung minggu memandangkan kelas sy pd hujung minggu. Setiap minggu hari cuti suami berkorban travel pergi balik BP-Serdang hantar dan tunggu saya ke kelas ataupn jumpa supervisor. Bila dikenang biarpun penat tapi sy dan suami dapat mengisi masa bersama, having a quality time together, bersembang, discussion, talking about future, dan memahami satu sama lain.

Master projek
Kenangan terbaik saya. Memang mencabar manyiapkan master projek, mencari LR, coding dan programming, juga writing. Tidur jam 2-3 pagi menjadi kebiasaan lebih2 lg bila dh last minute. Dan bila last minit mcm tu kdg2 nk mkn, nk bersembang pn xde selera sbb terlalu risau. Alhamdulillah siap jgk akhirnya!

Tamat pengajian dan konvo
Alhamdulillah, akhirnya dua tahun pengajian berjaya ditamatkan pd June 2013, seterusnya konvo pd Oktober tahun yg sama.

Bermula PJJ
Bila dh setel master sy dh kena lapor diri tamat cuti belajar seterusnya mula bertugas di UPM. Jadi Julai 2013 bermulalah PJJ saya dan suami. Saya di Serdang dan suami di Batu Pahat. Setiap hujung minggu lepas kerja sy terus blk BP, naik bas je...jimat masa, tenaga, wang.

Ulangtahun pertama pernikahan
Alhamdulillah, Syawal 1434/Ogos 2013, genap setahun pernikahan kami. Smg jodoh kami bersama kekal ke akhir hayat hingga syurga akhirat.Amiinnn.

My Sister's Wedding
Saya dapat adik ipar! Bertambah lagi sorang ahli keluarga saya. Semoga kak ngah dan suami bahagia ke akhir hayat.

Bebas hutang PTPTN
Alhamdulillah dapat setelkan semua tunggakan hutang PTPTN yg dapat masa first semester degree dulu. Mujur hanya utk satu semester je, kalo smpai habis degree pkai PTPTN takdenye hutang dapat langsai tahun ni.

International English Language Testing System (IELTS)
Kalau nk study oversea perlu lulus english test, sama juga kalau nk dapatkan cuti belajar utk sambung belajar dalam atau luar negara perlu juga lulus english test, samaada IELTS ataupun TOEFL. Alhamdulillah sy lulus, yg penting tak perlu repeat, selamat duit.

Sarawak here I come!
Pertama kali terbang ke Borneo! Kalau tak kerana attend conference in Dec 2013 tak tahu bila dapat jejak kaki di Sarawak. Good ending of 2013.

Dan January, I always love this month, a good starter of the year!
Selamat tahun baru 2014 :)





No comments:

Post a Comment