Topik Pagi di Warna Pagi (Isnin-Jumaat, 6-10pg) radio ikim.fm semalam amat menarik hati saya. Topiknya "Bagaimana mendidik anak-anak merasai kepayahan dan bersederhana". Dan saya amat bersetuju dengan komen/pandangan dari Ust. Pahrol Mohd Juoi. Kata beliau " Usah susah melihat anak2 susah. Rasulullah pun dididik dengan kesusahan. Menjadi anak yatim, mengembala kambing...Itukan kesusahan...Kemewahan dan kemanjaan akan membunuh jiwa perjuangan dan ketahanan jiwa anak2. Anak2 akan jadi umpama benih kecil yang kelebihan air..."
Realitinya mana ada ibu bapa yang sanggup lihat anak hidup susah. Kalau boleh segala keperluan anak ingin saja dipenuhi. Tak kisahlah yang kaya ataupun miskin, naluri keibubapaan memang begitu, naluri kasih sayang. Mana sanggup nk lihat orang yang kita sayang hidup susah. Tapi dalam pada memenuhi segala keperluan dan kehendak anak2 ada batasnya.
Pada pandangan saya, anak2 memang perlu dididik utk hidup bersederhana dan merasai kepayahan hidup. Anak2 yg dididik merasai hidup susah, walaupun dari keluarga senang, bila dewasa nanti dan hidup senang akan tahu erti susah, akan lebih menghargai hidup. Manakala anak2 yang hidupnya mewah, apa yang mereka mahu semua diperoleh, walaupun bukan dari keluarga yang senang, bila dewasa nt mungkin tak mengerti kepayahan hidup kerana tak pernah merasai, sekadar melihat kesusahan dari pengalaman org lain shj. Melihat dan merasai tidak sama.
Dari pengamatan saya pd org2 sekeliling saya dan kaum keluarga terdekat, sebenarnya saya amat kagum pada mereka yang struggle utk menyara keluarga, yang tak pernah putus asa hadapi kesusahan hidup. Anak2 tidak diajar meminta2, jauh sekali mohon dibantu kecuali jika terdesak, itupun bila dh hbs ikhtiar dan tenaga. Pendidikan diberi keutamaan, yakin dengan ilmu mampu mengubah nasib hidup. Bila anak2 ini besar, mereka jadi org berilmu tapi rendah hati, berjiwa kental, independent, dan tahu erti susah. Manakala yg mungkin senang hidupnya, mewah makan pakainya, kadangkala jiwanya lemah, mudah menyerah pada masalah hidup, malu jika buat kerja2 buruh, financially dependent pada ibu ayah. Tapi tak semua begitu, bergantung pada nilai hidup yang diterapkan oleh ibubapa msg2.
Macamana nk didik anak2 merasai kepayahan dan bersederhana? Saya bukan pakar dan tak ada pengalaman. tapi sekadar berkongsi pandangan. Ibu bapa sebenarnya perlu mendidik anak2 ini hidup bersederhana sejak dari kecil. Tak perlu setiap kehendak anak2 mahu dipenuhi. Apa yang anak2 mahu, mungkin boleh jadikan ia sebagai suatu ganjaran jika anak2 berjaya melakukan suatu tugasan. Dekatkan anak2 dgn nilai2 murni dan tunjukkan teladan yg baik. Yang senang bantulah yang susah, biar tahu dan lihat erti kepayahan. Yang susah janganlah meminta2, usaha selagi mampu.
Saya berpendapat "For what you want, you need to put your effort for it". Tak kira dalam apa jua yang dilakukan, kepayahan utk mendapat sesuatu akan mengajar kita erti manisnya usaha, mendidik kita berjiwa kental.
Break \\
No comments:
Post a Comment