Friday, March 22, 2013

Selamat pagi...dan tidur kembali?

Selamat pagi! Alhamdulillah masih diberi pinjam nyawa utk bernafas di bumi Tuhan yang indah ini. Bangun tidur, bersihkan diri, solat subuh, baca quran. “Hmmm…masih awal lagi, sempat lagi kalau tidur sekejap ni..” Aduh! Inilah ungkapan yang akan merosakkan pagi kita…sambung kembali tidur selepas subuh…
Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah akan memberkati sesiapa yang berpagi hari, yang keluar bekerja selepas subuh, yang memulakan hari sebaik terbit fajar. Hadis riwayat Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya keluar pada pagi hari di jalan Allah atau pada siang hari adalah lebih baik dari dunia serta isinya.” (HR Muslim). Pagi hari, bermula waktu inilah rezeki dibahagi-bahagikan. Siapa cepat dia yang dapat.
Tidak rugi memulakan hari di awal pagi. Mengantuk tidak boleh dijadikan alasan utk menyambung kembali tidur selepas subuh. Rezeki sedang dibahagi-bahagikan, tidakkah kita mahu merebut peluang ini! Cari aktiviti yang boleh menghilangkan rasa mengantuk kita itu…jogging, baca al-quran, mengemas rumah, macam-macam lagi yang boleh dibuat. Hirup udara pagi, pasti rasa segar dan kita dapat mulakan hari dengan penuh semangat dan ceria! Insyaalah.. :D
- Batu Pahat, March 21, 2013 @ 9:17