Friday, December 05, 2014

Khabar gembira

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum...



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terima kasih ya Allah! Ya hanya pada Allah saya panjatkan kesyukuran ini andai ini ketentuanNya.

Memang menjadi impian saya sejak dari zaman sekolah lagi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dan alhamdulillah, jalan itu kini dibentangkan di hadapan saya. Setelah lebih setahun mencari akhirnya Allah bukakan ruang dan peluang untuk saya merantau mencari ilmu.
Alhamdulillah, akhirnya hari ini surat tawaran melanjutkan pengajian Doktor Falsafah ke University of Auckland, New Zealand saya terima melalui emel.Alhamdulillah.
Sekadar berkongsi kegembiraan.



Thursday, December 04, 2014

Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara

Assalamualaikum WBWT.

Alhamdulillah pada 17-21 November 2014 yang lepas bertempat di Akademi Kenegaraan Jalan Bellamy Kuala Lumpur, selesai sudah Program Transformasi Pelajar Ke Luar Negara atau selalunya dipanggil Kursus BTN. Penyertaan kali ini adalah seramai 60 orang terdiri daripada 33 orang perempuan dan 27 orang lelaki. Dan saya salah seorang peserta program tersebut.

Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara (PTPKLN) atau sjuga dikenali sebagai Kursus BTN ialah salah satu program anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri yang diwajibkan bagi pegawai yang akan melanjutkan pengajian Master/PhD atau membuat subkepakaran di luar negara. Kursus ni biasanya diadakan setiap bulan.

Cerita tentang program ni, hari pertama adalah pendaftaran dari jam 2.30pm - 4.30pm. Kalau lewat memang tak dibenarkan daftar dan join program ni, jadi tepatilah masa. Saya drive Akademi Kenegaraan sbb dh tahu tempatnya, kt belakang istana. Parking memang disediakan. Tapi ramai juga yang dihantar atau naik teksi. Masa pendaftaran kita diberi kunci bilik, tag nama, file dan beberapa material lain. Kalau nk senang bawa la woven/nonwoven bag atau handbag besar skt utk letak benda2 tu semua sebab beg memang tak diberi.


Yang bestnya kt Akademi Kenegaraan ni kami diberi satu apartment, setiap apartment ada 3 bilik, 2 bilik air dan 2 tandas. Setiap bilik termasuk ruang depan ada aircond. Saya dapat seorang roomate je sbb satu lg bilik aircondnya rosak so tak digunakan. Saterika juga disediakan tapi saya dh siap2 iron baju dari rumah.



 Ruang dalam apartment

Program sebenar bermula lepas minum petang. Jam 5.00pm semua berkumpul dalam dewan dan diberi taklimat. Penghulu, penghulunita, ajk makanan, dan pembaca doa akan dilantik, juga seorang emcee utk setiap slot wacana minda, samaada secara sukarela atau paksa rela. Kebanyakan pegawai sangat sporting, ada yang sukarela terutamanya penghulunita dan emcee.

Hari pertama dan kedua dipenuhi dengan slot wacana minda. Masa slot wacana minda kita akan dengar talk daripada invited speaker. Kebanyakannya berkisar tentang Gagasan 1Malaysia, keselamatan negara, perlembagaan, NKRA, sejarah dan topik2 pasal Malaysia. Hari ketiga dan keempat barulah bemulanya sesi diskusi. Input2 yang kita dapat semasa wacana minda akan dibincangkan juga dalam sesi diskusi bersama seorang fasilitator dalam setiap kumpulan. Dan hari terakhir adanya ujian, jawab 60 soalan dalam masa 1 jam 30 minit.

Selain itu, pegawai yang beragama Islam diwajibkan untuk solat Maghrib, Isyak dan Subuh secara berjemaah. Setiap pagi akan ada perbarisan, selalunya terus pakaian formal. Dan setiap petang ada riadah, berpakaian sport attire. Slot waktu malam dibenarkan berpakaian kasual tapi baju mesti berkolar, berkasut, tidak dibenarkan sandal atau selipar.

Yang menariknya lagi, kebetulan pada malam hari pertama ada rancangan Majalah 3, "Romeo November Delta" berkenaan pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di TV3, maka slot pada malam tersebut menayangkan secara langusng rancangan berkenaan. Juga ada slot yang menayangkan cerita "Hati Malaya" dan pada malam terakhir ada sesi santai dengan bermain bowling!

Secara keseluruhannya program ini sangat bagus dan menyeronokkan. Saya dapat kenal ramai pegawai yang hebat2, yang akan smbung master dan PhD, ramai doktor, guru, serta pensyarah yang akan membuat subkepakaran di luar negara, sangat banyak input daripada mereka yang berpengalaman dan hebat2 ini. Pengisian programnya juga padat tetapi santai, berinput, membina jati diri dan semangat patriotik sebagai rakyat Malaysia. Lebih2 lagi bila membincangkan berkenaan Perlembagaan Malaysia kebanyakan pegawai bersetuju bahkan mencadangkan agar Perlembagaan dijadikan sebagai salah satu subjek wajib mungkin di IPT. Ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya tidak jelas dengan Perlembagaan Malaysia justeru menimbulkan isu yang bisa menggugat keharmonian kaum di negara kita. Sedangkan ada isu2 tersebut yang telah jelas dalam Perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan. Bila dibahaskan atau disebarkan di intenet secara meluas mungkin boleh menimbulkan perpecahan kaum pula. Oppss bersemangat patriotik pulak saya..hee..Apapun saya mahu cari satu buku Perlembagaan di mana2 kedai buku untuk dibaca, pasti ada jual.

 Kuliah disampaikan oleh ustaz jemputan. 

 Sesi santai...main bowling...best!

Hari terakhir selepas test ada sesi bersama penaja bagi pegawai di bawah tajaan Kementeriaan Pendidikan Malaysia (KPM). Ada sedikit taklimat berkenaan tanggungjawab pegawai.


Ini secebis kisah dari pengalaman saya ke Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara (PTPKLN) a.k.a Kursus BTN. Harapan saya semoga saya lulus program ini. Amiiinnn ;)



Thursday, November 06, 2014

Happy Together (Entry untuk En. Suami)


My dear husband,

Congratulations on your graduation! Be proud of this moment, you deserve it for all the effort and passion you invested. Looking back, it was all worth it. Semoga segala cabaran dan ujian dalam perjalanan hidup ini mampu kita hadapi dengan penuh sabar. 

I love you and we all love you! :)
-Your lovely wife-


Imagine me and you, I do
I think about you day and night, it's only right
To think about the girl you love
And hold her tight, so happy together

If I should call you up, invest a dime
And you say you belong to me and ease my mind
Imagine how the world could be, so very fine
So happy together

I can't see me loving nobody
But you for all my life
When you're with me, baby
The skies will be blue for all my life

Me and you and you and me
No matter how they tossed the dice, it had to be
The only one for me is you and you for me
So happy together

I can't see me loving nobody
But you for all my life
When you're with me, baby
The skies will be blue for all my life

Me and you and you and me
No matter how they tossed the dice, it had to be
The only one for me is you and you for me
So happy together

How is the weather
So happy together
We're happy together
So happy together


-The Turtles, 1967-

p/s: entry feeling2 pulak..hihiii..apapun tahniah buat en.suami tersayang kerana berjaya menamatkan pengajian master beliau.


Friday, October 31, 2014

Musim Konvokesyen IPT 2014

Melihat gelagat pelajar2 mengambil jubah konvo dan bergambar pre-konvo bersama kawan mengingtkan saya pada zaman dulu-dulu masa bergelar graduan. Seronoknya tak terhingga bila berjaya menamatkan pengajian. Bila tengok gelagat adik2 graduan yang sangat2 happy saya tahu betapa excitednya mereka sekarang, sebab saya pn pernah berada di tempat mereka.

Dua minggu lepas saya ke UIAM, ke majlis konvokesyen adik saya. Alhamdulillah, akhirnya tamat juga pengajian sarjana muda beliau selama tiga tahun setengah di UIA. Sesungguhnya segala suka duka sewaktu saya juga bergelar pelajar UIA menggamit kenangan. Teringat memori bersama teman2 sepengajian dan para pensyarah pendidik, aduhai rindunya.

Bagi saya zaman bergelar pelajar universiti adalah masa yang paling mencabar namun juga merupakan zaman yang paling indah, masa kita membentuk jatidiri dan peribadi sebagai manusia, masa kita merancang masa depan sendiri dan mula berdikari, masa kita mengenal erti persahabatan dan mulai matang. Zaman keterujaan untuk meneroka segala ilmu dan isi dunia jika boleh. Darah muda, semuanya hendak dicuba. Bagus sebenarnya jika betul salurannya.

Teringat tahun pertama saya bergelar pelajar undergraduate UIAM, pada musim konvo tahun tersebut 2006 seingat saya, saya membantu sepupu saya menjual  bunga. Biasalah para graduan nak dihadiahkan jambangan bunga, kalau xdpt bunga rasa tak syok la konvo, betul tak? Nak dijadikan cerita saya ajak sekali seorang teman rapat saya tolong sama, jadi sama2 akan dapt komisyen. Igtkan tolong jual dan jaga stall bunga sepupu saya ni, rupa2nya menjual secara illegal! Sepupu saya rupanya tak sewa tapak untuk berniaga pn, jadi terpaksalah berniaga secara illegal sebab takda permit. Huhuhu... Nak tak nak sebab dh setuju jadi saya go on saja, janji dapat komisyen. Heh.

Maka ke hulu ke hilirlah kami bawa bunga sambil approach orang untuk jual bunga2 tu. Bukannya bawa dalam troli atau bekas, pegang dengan tangan saja. Jadi sekali bawa cuma dapat pegang dua, Dah terjual pi amk yang baru pula kat kereta sepupu. Begitulah rutin dua hari saya masa pesta konvo tahun tersebut. Dua hari saja sebab hari kedua dh kena warning dgn pak guard sebab berniaga takda permit, hihihi. Jadi hari ketiga dh tak berani nak menjual, plus saya dan teman saya nak enjoy jalan2 kat pesta konvo pulak. hehehe.

Dan sebenarnya dua hari itu jugalah yang banyak membina skill komunikasi saya, menjadikan diri saya berani dan tak malu mencuba. Kalau diikutkan saya memang pemalu, nak bertanya benda yang tak tahu pn malu, segan tak bertempat kata orang. Dan mengetahui kelemahan diri sebenarnya akan memotivasikan kita untuk mengatasi kelemahan tersebut dan memperbaik diri. Itulah yang saya lakukan, itulah pengalaman yang dapat saya ambil sebagai gadis (masa tu masih bujang) penjual bunga masa konvo tu. Bukan saja pengalaman yang saya dapat, komisyen jual bunga yang saya dapat pn banyak!Hihihi...

Kepada adik2 yang masih belajar, ambillah peluang ini untuk mencedok sebanyak mana ilmu dan pengalaman untuk perjalanan hidup yang masih panjang lagi. Jadikan bekalan untuk akhirat juga.
Buat para graduan yang akan konvo, tahniah diucapkan kerana berjaya menamatkan program pengajian, namun proses menuntut ilmu tidak terhenti setakat itu saja. Semoga kita semua berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat.



Memory 2010


Memory 2013


p/s: mode sambung belajar...

Thursday, September 11, 2014

Panduan menaiki pesawat domestik di KLIA2

Bismillahirrahmanirrahim

Entry kali ni sekadar panduan bagi yg first time nk travel naik plane atau yang tak biasa naik kapal terbang di KLIA2 bagi perjalanan domestic atau bagi sesiapa saja yg memerlukan panduan ni.  Masa first time nak naik kapal terbang di KLIA2 ni saya pn cuak jgk, almaklum xpernah sampai KLIA2 ni, siap google panduan kt internet lg. Sebelum ni naik di LCCT. Jadi bila dh ada pengalaman di KLIA2 ni bolehla saya kongsi kt sini.

Untuk ke KLIA2 cara yg paling pantas, mudah, jimat wang, tenaga dan paling penting jimat masa ialah dengan menaiki ERL. Ada dua pilihan samada menaiki  KLIA Express atau KLIA Transit. Kedua-duanya menghubungkan KL Sental ke KLIA2. Bezanya KLIA Express ialah direct train dari KL Sentral terus ke KLIA/KLIA2 tanpe berhenti di mana2 stesen lain justeru hanya mengambil masa selama 28 minit. Manakala KLIA Transit pula akan berhenti di stesen Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, dan Salak Tinggi sebelum ke KLIA/KLIA2 dan mengambil masa lebih kurang 38 minit. So tambangnya juga berbeza.

Anda boleh rujuk jadual perkhidmatan KLIA Express di sini atau KLIA Transit di sini. Dan boleh rujuk kadar tambang kedua-dua tren ni di sini. Harga berbeza bagi dewasa dan kanak-kanak.

Bagi pelajar yg ada kad siswa, anda boleh dapatkan diskaun untuk tambang ERL ni! Wahhh bertuahnya! Perlu tunjuk MyKad skali. Saya naik KLIA Transit dari Stesen Putrajaya & Cyberjaya ke KLIA2, tambang untuk dewasa RM6.20, dengan kad siswa saya cuma perlu bayar RM4.30 sahaja. Tapi kn cepat2 slot masuk sbb kad ni hanya valid dalam masa 5 minit saja, so jgn nk merayau2 dulu nt dah tak boleh masuk kn beli tiket lain pula.


Dengan kad siswa anda akan dapat diskaun tambang perjalanan dgn ERL.


Tiket KLIA Transit.

Di KLIA2, kedua2 ERL ni akan berhenti dalam KLIA2. So keluar saja dari train kita mmg dh berada dalam KLIA2. Stesen ERL ni kt bawah tanah so kn la naik escalator ke aras atas barulah nampak keadaan sekeliling dalam KLIA2 ni. Slot keluar saja dari stesen ERL tu anda akan nmpak kaunter pembelian tiket ERL di sebelah kiri. Untu lebih mudah, anda ke kanan saja dan follow signboard ke Balai Pelepasan atau symbol kapal terbang nk depart. Mmg banyak signboardnya.


Anda kn naik satu lg escalator  dan kemudian akan melepasi ruang mcm dlm gambar kt bawah ni. Ada nampak takdlm gambar ni kat hujung ruang tu ada pintu kaca, so keluar ikut pintu tu terus masuk ke bangunan KLIA2 yg satu lg. Kalau besarkan gambar ni nampak tulisan “welcome to klia2”


Jalan terus follow sign pesawat nk berlepas (warna hijau) kt atas tu.


Welcome to KLIA2

Bila dah masuk sini anda akan nampak ruang legar/lobi yg luas, kiri kanan ada deretan kaunter utk check in luggage. Kt tengah2 ruang legar tu ada skrin besar yg menunjukkan masa dan nombor penerbangan anda, kaunter untuk check in luggage (A to Z), gate yang anda akan masuk utk menaiki pesawat, serta status semasa. So rujuklah boarding pass anda, lihat nombor penerbangan anda dan pastikan gate mana yg anda akan masuk. Jgn lupa check in!


Skrin besar untuk panduan.

Saya dh cek in awal2 masa beli tiket online, based on skrin besar tu pesawat saya akan menanti di gate J10, so carilah direction nk ke gate J. kalau tak pasti boleh tanya petugas2 KLIA2 yg sentiasa ada di mana2 saja utk membantu anda. Almaklum KLIA2 ni luas, tapi kalau tersesat pn masih boleh sampai ke tmpat yg nk dituju.


Follow saja tunjuk arah.



Nak masuk gate kena melalui pemeriksaan. Petugas2 ni ada check boarding pass dan ID (MyKad) kita.



Perlu melepasi petugas yang berjaga di pintu.



Kalau nk confirmkan lg penerbangan sebelum masuk gate anda boleh cek kt skrin ni, memang bnyk skrin ni kat sini.

Dah lepas masuk sini kena scan bag dan badan pula. Bila dah lepas, then carilah gate mana penerbangan anda. Saya punya gate J10, jenuh juga nk berjalan utk sampai adalah dalam 5minit. Kalau dapat gate yg dekat2 tu senanglah. Dah sampai ke gate yg dituju anda bolehla menunggu panggilan penerbangan di ruang menunggu yg disediakan. Di KLIA2 ini disediakan free wifi, so sementara nk tunggu dipanggil masuk ke pesawat bolehla layari intenet. Anda juga boleh membeli belah dan makan2 di premis2 yang ada dlm kawasan ni. Bagi yg ingin solat, ada banyak surau si sini. Bahkan sebelum melepasi pemeriksaan petugas di gate tadi pn ada bnyk kemudahan surau disediakan. 



Kena turun.



Menuju ke gate J10, jenuh juga nk berjalan.


Nasib baik ada escalator ni..(escalator?)





Tu dia gate J10...dah sampai pn.



Ruang menunggu.



Flight yang ditunggu dah tiba. (Maaf gambar ini bukan di KLIA2 tp di airport lain)

Akhir kata, selamat menikmati penerbangan anda. May you have a safe journey :)




Sekian...

Thursday, August 07, 2014

Salam Syawal

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah sempurna sudah Ramadhan kita dan Syawal yg menjelma disambut gembira. Terasa sayu juga hati bila mengenagkan bulan Ramadhan yg penuh berkat akhirnya berlalu pergi. Smg segala ibadah kita diterima Allah dan semoga Allah mendengardan memakbulkan setiap rayuan dan doa hambaNya...amiinnn.

Bertuah rasanya Ramadhan yg lepas sbb saya berpeluang bertemu dan berbuka puasa dgn sahabat baik saya Siti Fatimah Zakaria yg kini melanjutkan pengajian PhD beliau di UK, juga bersama ex-housemate saya Siti Zainab dan berkesempatan berbuka di masjid bersama suami tercinta. Dah lama saya berharap dapat berbuka puasa di masjid bersama suami setiap kali Ramadhan. Kalau di bandar2 sekitar KL/Selangor ni masjidnya meriah dan diimarahkan bukan sj dengan solat berjemaah tapi banyak aktiviti2 lain tak kira di bulan Ramadhan atau tak. Perasaan gembira berbuka puasa beramai2 di masjid mmg tak dapat saya nak ceritakan, perlu alami sendiri.

Dalam sedar tak sedar dh masuk bulan Ogos 2014 dah kita. Sungguh cepat masa berlalu. Mungkin masih ramai yg dlm mood hari raya selagi masih di bulan Syawal ni. Rata2nya mungkin ini minggu pertama kembali bekerja setelah bercuti raya sakan seminggu, termasuklah saya. Jenuh juga nk membina mood workaholic bila cuti lama sgt. Hati asyik duk teringat kt kampung je, kat mak ayah, adik2 dan kaum keluarga. Tak puas rasanya bertemu. Bukan kita je, mak ayah pn sebenarnya terasa kesunyian dan kerinduan yg amat sgt bila sorang2 anak2 dia harus kembali semula bekerja. Tak puas bermanja dgn anak cucu yg balik kg sekali sekala. Bila berjauhan begini saya hanya mampu titipkan doa moga Allah lindungi mereka dari segala musibah dan bahagiakan hati mereka.

Bulan ini dan bulan2 seterusnya pasti mencabar bg saya. Hati dh mula runsing mengenangkan tugasan hakiki kn sambung belajar yg masih belum ada khabar berita, tentang lanjutan kontrak yg dh nk habis, juga PJJ yg dh lebih setahun...hati dah tak tahan hidup berjauhan mcm ni. Apapun kena kuatkan semangat.




Thursday, May 29, 2014

It's Amazing


Bismillahirrahmanirrahim..

Astaghfirullah hal 'azim... kadang2 serabutnya rasa hati dan minda ni bila fikir pasal PhD. Masih belum dapat tempat untuk sambung belajar. Kontak yang diberi dh nk habis, nk renew berkali-kali dah segan rasa. Perjalanan PhD org kata tak mudah, dari awal nk pilih bidang, dapatkan tempat dan supervisor pun dah mencabar. Perlu kuatkan semangat. 

Impian saya nak sambung belajar di luar negara. Nak dapatkan pengalaman yang tak mungkin ada di negara sendiri. Bukan universiti kita tak ada expertise, ramai saja professor2 hebat dalam Malaysia ni cuma keinginan untuk mencari pengalaman dan meneroka bumi Tuhan tak pernah padam dalam diri, sentiasa membara. Mungkin dengan berpeluang belajar di negara orang, pengalaman dan ilmu itu dapat saya kutip dan sampaikan pula utk anak bangsa. 

Insyaallah...akan ada rezeki bahagian masing2. Merancang dan memohon petunjuk dari Allah, sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.



Do it now
You know who you are
You feel it in your heart 
And you're burning and wishing 

At first, wait, won't get it on a plate 
You're gonna to work for it harder and harder 
And I know 'cause I've been there before 
Knocking on the doors with rejection (rejection) 
And you'll see 'cause if it's meant to be 
Nothing can compare to deserving your dream 

It's amazing, it's amazing all that you can do 
It's amazing, makes my heart sing 
Now it's up to you 

Patience, now, frustration's in the air 
And people who don't care 
Well it's gonna get you down 
And you'll fall (fall) 
Yes you will hit a wall 
But get back on your feet 
And you'll be stronger and smarter 

And I know 'cause I've been there before 
Knocking down the doors, won't take "No" for an answer
And you'll see 'cause if it's meant to be 
Nothing can compare to deserving your dream 

It's amazing, it's amazing all that you can do 
It's amazing, makes my heart sing 
Now it's up to you...



Teruskan berusaha dan berdoa, selebihnya serahkan pada Dia.



Wednesday, May 28, 2014

Bercuti ke Cameron Highlands

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebut sahaja nama Cameron Highlands pasti terbayang ladang2 teh yang menghijau, suhunya yang sejuk, sayur dan buah-buahannya yang segar, strawberrynya, bunga2 dan macam2 lagi. Itulah suasana Cameron Highlands bg saya. Dari kecil lg mmg sy teringin sgt nk ke sini, dan alhamdulillah impian saya tercapai jgk akhirnya bila dh kahwin dan berhoneymoon di Cameron Highlands tahun 2012. Hee...

Kali ni saya ke Cameron Highlands lg, bulan mac 2014 yg lepas because one of my classmate masa master degree dulu kahwin and she live in Brinchang, Cameron Highland, so alang2 tu saya amk kesempatan tu utk bercuti berehat dari kesibukan kerja yang memang tak pernah habis! Tambahan plk time tu tgh jerebu, dan IPU di kebanyakan tempat mcm KL, Putrajaya, Kelang dll sangat tinggi, cuaca pn panas, so mmg perfect time utk bercuti bersama suami la!

Tghr Jumaat 14/3/14 saya dan suami bersama dua org lg adik saya bertolak ke Cameron Highlands dari Setiawangsa menggunakan laluan exit Jalan Duta-Simpang Pulai (more preferable than exit Tapah) dgn kadar tolnya RM24.80. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4jam. Backpackers je kot sbb tak book hotel ke ape ke, main redah g je.

Kalau bercuti ke Cameron Highlands, the most preferable place to stay bagi sy ialah kt Brinchang instead of kt Tanah Rata, Kea Farm, or Ringlet. Kt Brinchang ni banyak hotel2 murah, dekat dgn pasar malam dan tempat2 best mostly kt area sini. So sampai2 je kt sana, kami cari hotel tempat nk bermalam. Dua tiga hotel kami survey (budget below RM100 utk satu blk), lastly Hotel Remix jadi pilihan, dapat la RM89 (without window) dan RM99 (with window), bilik utk double. Ni harga bukan musim cuti, kalau cuti sekolah ke, public holiday ke, harga hotel2 kt sini lain skt. Hotel ni dekat dgn pasar malam Brichang, just jalan kaki je.

Tak nk cerita panjang2, alang2 sampai Cameron Highlands apa yang menariknya:

(1) Pasar malam Brinchang

- Mmg salah satu tmpt tumpuan di Cameron ni, macam2 ada. Nak jimat budget saya, suami dan adik2 beli makanan kt psr malam je, nasi, keledek rebus, jagung rebus, asparagus goreng, pastu mkn kt bilik hotel. Sy perhati ramai jgk cina berniaga, jd kalo nk beli makanan tu kami was2 skt, so gerai melayu jadi pilihan. Yang best kt pasar malam ni ada jual makanan, buah2an, sayur, fresh flower, teh, etc. yang mmg jd trademark Cameron.


Masa ni hujan skt...nasib baik tak lebat dan sekejap je hujan.


(2) Big Red Strawberry Farm

- Mmg banyk ladang strawbery kt sini. Salah satu yg bestnya Big Red Strawberry Farm. Bukan strawberry je yg ada kt sini, bunga, salad, kaktus, pokok2 hiasan semua ada. Kt sini siap ada cafe tempat mkn2 dan shop tempat jual hasil dari farm dan barang2 souvenier. Saya beli salad 3 jenis RM5, sangatlah murah dan fresh dari ladang! Dan sempat lg beli sebatang pokok hiasan mcm pokok krismas tu RM8 satu pasu, pokok lada benggala (capsicum) yg berbuah lebat RM13.



Big Red Strawberry Farm



Time ni mmg musim strawberry (strawberry ada musim ke). Buah besar2, banyak dan manis2 plk tu.



Salad segar yang menghijau.







 Berehat sebentar sambil makan2. Salad sayuran tu mmg fresh!


Tadaaa! Ini hasil sekembalinya dari Cameron Highlands, housemates saya buat fish and chips. Just beli fish tempura kt Jusco, sos blackpepper homemade, and plating dgn salad, tomato cherry dan baby potato dari Cameron Highlands! Sedap!

(3) Cameron Valley Tea House

- Boleh la kalau merasa minum teh sambil tgk ladang teh yg menghijau, nak beli teh pn ada jual, boleh jalan2 kt ladang teh, tapi awas tak dibenarkan petik daun teh. Saya beli berkotak teh Cameron Valley tp dari segi harga lg murah sedikit kalau beli je kt pasar malam.



Saujana mata memandang.



(4) Kea Farm

- Sebenarnya sy xtau betul ke tak tempat ni namanya Kea Farm. Saya maksudkan kpd satu kawasan yang menuruni bukit, kt situ ada bnyk gerai jual macam2, sayur, buah, bunga, baju etc. Mostly kenderaan parking tepi2 jalan tu je. Haa, shoping kt sini mmg happening. Saya beli banyak strawberry dan sayur2, kt sini lebih murah.



Tepi2 jalan ni dkt lereng bukit ada gerai2 jual macam2.










Strawberry ni satu bekas biru ni cuma RM20-RM25 je!



Dan saya beli yang ni, 3 bekas besar mcm ni+ 2 bekas kecil (xde dlm gmbar) cuma RM10! Kt pasaraya jgn harap nk dpt strawberry harga murah mcm ni. Memang shopping sakan la, borong habis strawberry sampai boleh buat jem! Hee..


Kaktus

Well, tu je tempat2 yg sempat kami p kt Cameron ni. Banyak lg tempat2 yg best mcm Lavender Farm, Strawberry Farm, etc. Saya rasa kalau nk g Cameron Highlands kn tgk musim jgk kot. Kebetulan ms saya g ni buah2 dan sayur2 dia mmg murah, musim menuai kot. Sebab bila housemate saya g dalam akhir bln 4 or awal bln 5 macam tu dia kata strawberry mahal, nk dapat 3 bekas tu dlm RM25. Mungkin masa tu dh habis musim jadi harga mahal skt.

Anyway, skrg dh start musim cuti sekolah. Bolehla mak ayah bawa anak2 g bercuti ke Cameron Highlands. Tapi better book bilik hotel dulu mana tahu musim cuti sekolah macam ni hotel penuh ke...anyway selamat bercuti! :)

Monday, April 07, 2014

Review Homestay Bangi Guest House

Assalamualaikum wbwt.

Kali ni saya buat review homestay "Bangi Guest House" pula. Bila PJJ macam saya ni, kadang kala tu kn sewa homestay, kewangan perlu diuruskan dgn bijak. Jadi sekadar utk bermalam, rehat dan tidur, saya dan suami akan cari tempat penginapan yg murah tapi selesa, kadar cukup keperluan yg penting dh kira ok. Pilihan kami kali ni ialah Bangi Guest House, itupn sbb Homestay Sri Warisan yg kami selalu sewa dh penuh. So kn cari alternatif lain.

Bangi Guest House ni ada dua cawangan, satu di Teras Jernang (dekat dgn Homestay Sri Warisan), kawasan yang sememangnya banyak homestay dan satu lagi di Bangi Lama (jauh ke dalam lagi dr Teras Jernang). Mula2 kami book yg dekat Bangi Lama sbb murah skt dari yg kt Teras Jernang tp rasa macam jauh plk jadi kami amk yg kt Teras Jernang.

Kami sewa satu bilik (Superior room nama DURIAN) utk 2 org utk semalaman dgn kadar harga RM80 semalaman. Kalau ikut kt website dia RM90/nite utk Durian Room, tp mgkin sbb kami check in dh malam, mtk kurang skt kt Tuan Haji pemilik homestay ni dapatlah kurang kot. Hee..Apapun homestay ni ok, dalam bilik ada TV, almari, iron, kettle dan toiletnya ada hot shower. Cuma sekadar bilik, tak ada ruang tamu atau dapur.
Apapun, hanya dua gambar ni je dapat saya sisipkan.




Utk keterangan lanjut boleh layari website Bangi Guest House.