Wednesday, April 03, 2013

Apa khabar projek master..



Dihubungi supervisor master projek saya siang tadi setelah sekian lama menyepi tanpa progress sedikit sebanyak memberi momentum untuk saya fokus kembali pada kajian. Kerisauan kerana menyepi tanpa berita akhirnya hilang namun diganti kerisauan pada penilaian projek yang hanya bergerak sedikit dalam tempoh masa yang saya kira agak lama. Apa kata SV nanti? Alahai wanita…terlalu memikirkan sesuatu yang belum pasti, suka membuat andaian yang bermacam. Takes all comments and critics in a positive way, pesan untuk diri sendiri. 

Perlukan semangt yang kental dan momentum yang tinggi dan berterusan menyiapkan projek ini. Supaya master projek ini khabarnya baik, bagus dan hebat sekali. Usaha, doa, tawakkal…semoga dipermudahkan semuanya. Aamiinnnn.

-Batu Pahat, Apr 3, 2013 @ 00:05

Monday, April 01, 2013

Garlic Bread & Mushroom Soup


Garlic Bread & Mushroom Soup.

Alhamdulillah…menjadi juga buat garlic bread dan mushroom soup biarpun baru pertama kali buat. Resepinya google saja, selalunya saya akan tengok beberapa resepi kemudian sesuaikan dengan kuantiti yang diinginkan, bahan yang ada, dan rasa yang kita mahu. Gunakan pengalaman, sense, dan logik dan ubah suai mana yang perlu. Setiap orang itu berbeza citarasa, kadang2 pengalaman dan situasi yang membezakan resepi yang dikongsi. Walau apapun saya amat meraikan mereka yang berkongsi resepi di internet, sangat membantu dalam menyediakan sendiri hidangan buat kali pertama.

Jadi saya juga ingin berkongsi resepi garlic bread dan sup cendawan yang telah saya sediakan untuk makan malam bersama suami tadi. Walaupun en.suami kurang gemarkan western food kecuali steak, tapi garlic bread & mushroom soup yang saya masak buat pertama kalinya berjaya membuka selera western beliau! Ingatkan beliau tak suka maka saya masak sedikit saja, tak sangka minta tambah pula. Nasib baik cukup.

Resepinya seperti di bawah, hidangan ini untuk 2 orang makan;

Bahan-bahan (Garlic Bread);

- 1 roll roti perancis
- 3 s/b marjerin
- 2 ulas bawang putih

Cara-cara;

1. Cincang halus bawang putih dan gaulkan bersama marjerin.
2. Potong roti dan sapukan campuran marjerin dan bawang putih tadi di atas roti dan bakar hingga keperangan. Saya hanya bakar di atas non-stick pan (ketiadaan oven).

Bahan-bahan (Mushroom Soup):

- 2 s/b marjerin
- 2-5 ketul cendawan butang dipotong dadu kecil
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1/2 ulas bawang besar dicincang dadu
- 250ml susu kotak/susu segar (saya gunakan susu kotak Dutch Lady 250ml (kotak kecil))
- 1 cawan air
- 1 1/2 s/b tepung gandum dibancuh sedikit air
- 1/2 kiub ayam
- secubit garam
- secubit serbuk lada hitam

Cara-cara;

1. Panaskan merjerin dan masukan cendawan butang yang dipotong dadu. Saya gunakan cendawan kering. Boleh juga gunakan cendawan butang dalam tin. Masak sekejap.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dicincang. Masak hingga bawang besar kelihatan layu.
3. Masukkan air, susu segar dan bancuhan tepung. Saya gunakan susu kotak Dutch Lady 250ml dan tepung dibancuh dengan air terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan sedikit garam dan biarkan mendidih dan masak hingga sedikit pekat. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air.
5. Kemudian kisar kasar mushroom soup yang telah siap tadi dengan menggunakan blender. Pastikan cendawan tidak terlalu hancur untuk mendapatkan rasa dan tekstur cendawan dalam sup.
6. Siap untuk dihidang. Sesuaikan dengan rasa yang diinginkan.



Selamat mencuba



-Batu Pahat, Mar 31, 2013 @ 22:41

Friday, March 22, 2013

Selamat pagi...dan tidur kembali?

Selamat pagi! Alhamdulillah masih diberi pinjam nyawa utk bernafas di bumi Tuhan yang indah ini. Bangun tidur, bersihkan diri, solat subuh, baca quran. “Hmmm…masih awal lagi, sempat lagi kalau tidur sekejap ni..” Aduh! Inilah ungkapan yang akan merosakkan pagi kita…sambung kembali tidur selepas subuh…
Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah akan memberkati sesiapa yang berpagi hari, yang keluar bekerja selepas subuh, yang memulakan hari sebaik terbit fajar. Hadis riwayat Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya keluar pada pagi hari di jalan Allah atau pada siang hari adalah lebih baik dari dunia serta isinya.” (HR Muslim). Pagi hari, bermula waktu inilah rezeki dibahagi-bahagikan. Siapa cepat dia yang dapat.
Tidak rugi memulakan hari di awal pagi. Mengantuk tidak boleh dijadikan alasan utk menyambung kembali tidur selepas subuh. Rezeki sedang dibahagi-bahagikan, tidakkah kita mahu merebut peluang ini! Cari aktiviti yang boleh menghilangkan rasa mengantuk kita itu…jogging, baca al-quran, mengemas rumah, macam-macam lagi yang boleh dibuat. Hirup udara pagi, pasti rasa segar dan kita dapat mulakan hari dengan penuh semangat dan ceria! Insyaalah.. :D
- Batu Pahat, March 21, 2013 @ 9:17

Saturday, February 23, 2013

Bekerja sambil belajar dan keberkata waktu

Semester baru, sem II 2012/2013 sudah pun bermula 18-02-2013 yang lepas. Dan ini minggu pertama semester, maka bermulalah hujung minggu saya dengan menghadiri kelas master. Alhamdulillah, semester ini hanya perlu menyiapkan projek master dan mengambil satu subjek sahaja lagi. Maka hanya perlu hadir satu kelas untuk 3 jam kredit. Tidak seperti dua semester pertama yang lepas, dengan 4 subjek yang diambil, saya menghabiskan pagi hingga petang hujung minggu saya di kelas. Tidak ke mana-mana cuma sesekali, itupun jika ada kelas yang cancel. Juga berbeza kerana dulu masih bujang tapi sekarang sudah berkeluarga.
Sejak masuk kelas master saya sebenarnya kagum dengan teman-teman sekelas yang bergelar isteri, ibu, dan pada waktu yang sama bekerja sambil belajar. Sedangkan saya diberi cuti belajar, Isnin- Jumaat tidak perlu ke ofis, kelas pula hanya pada hujung minggu, betapa andai dihitung banyak masa yang saya ada untuk menuntut ilmu dan bersama keluarga. Betapa beruntung andai dibandingkan dengan mereka yang bekerja, Isnin hingga Jumaat masa dihabiskan di pejabat dan hujung minggu Sabtu dan Ahad pula menghadiri kelas. Bahkan sebagai wanita, isteri dan ibu, pada waktu yang sama tugas-tugas memasak, mengemas rumah, menjaga anak-anak, membasuh pakaian dan segala macam lagi tanggungjawab di rumah semuanya mampu dilakukan! Saya sangat kagum!  tetanya-tanya bilakah waktu mereka belajar, menyiapkan assignment dan tugasan kelas? Bagaimanakah mereka menguruskan masa 24jam sehari yang ada? Bagaimana mereka yang punyai tugas dan tanggungjawab yang lebih banyak punyai kualiti masa yang sama seperti mereka yang punyai kuantiti masa yang lebih banyak dari tanggungjawab. Namun satu perkara yang saya pasti, KEBERKATAN WAKTU!
Apabila waktu kita diberkati Allah maka segala macam kerja dapat dilakukan dalam tempoh masa yang ada. Alangkah bertuah andai Allah merahmati dan memberkati waktu yang kita ada, maka 24jam sehari yang kita lalui akan terasa cukup, dan bermanfaat. Namun alangkah ruginya andai 24jam itu berlalu tanpa pengisian yang berfaedah, dihiasi perkara yang sia-sia sedangkan kita tahu ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bila hilangnya keberkatan waktu maka dirasa 24jam sehari tidak cukup, tugasan tidak sempat disempurnakan, dan kita mengeluh cepatnya masa berlalu.
Alangkah nikmatnya bila dikurniakan keberkatan waktu dan umur.  Kata Imam Hassan Al Banna, kita sebenarnya punyai tanggungjawab melebihi masa yang kita ada. Jadi jangan sia-siakan waktu.
Semoga Allah memberkati setiap ilmu yang dipelajari dan setiap saat yang kita ada. Amiinnn.
-Batu Pahat, Feb 22, 2013 @ 18:48

Friday, February 22, 2013

Less and More

Less is less, more is more…but sometimes less is more and more is less.
For less is more, you will be very thankful and grateful.
For less is more, you will feel very rich.
For more is less, you will be very dissatisfied.
For more is less, you will never feel enough.

-Batu Pahat, Feb 21, 2013 @ 15:05

Tuesday, February 14, 2012

Sabar

Perjalanan saya dari rumah ke ofis cuma mengambil masa 10 minit. Itupn mungkin tak sampai. Dalam 10 minit tersebut macam2 yang mungkin saya peroleh; ilmu, dosa, pahala, lapar, bahagia dan semacamnya.
Dan semalam, saya dapat belajar sesuatu. Sebelum ke ofis saya sempat menonton rancangan Adik dan Al-Quran bersama Ust. Zamri di TV9. Kupasannya tentang SABAR, salah satu sifat mukmin yg dituntut. Ustaz jelaskan sabar itu bukan hnya bila marah, bila ditimpa kesusahan, bila kehilangan org tersayang dan sepertinya, tapi konteks sabar itu lebih luas.
Disebutkan 3 konteks sabar;
1. Sabar dalam ketaatan.
Ya, untuk taat, untuk berbuat baik, perlukan kesabaran. Solat, puasa, zakat, sedekah, berbakti pd ibu bapa dan lain2. Bukankah solat itu yg paling berat untuk dikerjakan? Ramai orang malas & susah untuk solat, sedangkan solat yg lima waktu itu wajib. Aplagi untuk kerjakan yang sunat andai yg wajib pun tidak terjaga. Kerana itu sebagai muslim kita harus sabar, solatlah dgn sempurna walau di mana jua, puasalah di bulan Ramadhan sebagaimana yg diwajibkan walau dahaga sekalipun dek panas mentari, berbaktilah kpd ibu bapa walaupn sesibuk mana pn kita, sabarlah dalam melakukan kebaikan.
2. Sabar dalam meninggalkan perkara maksiat.
Kadang2 kita sedar mengumpat, makan rasuah, mencuri, itu semua berdosa. Kalau tidak mengambil rasuah dirasa tidak cukup rezeki, kalau tidak mengumpat takut dianggap kolot, alahai susahnya untuk tinggalkan semua tu. Kerana itulah perlunya sabar dalam meninggalkan perkara2 maksiat tersebut. Bukan senang kn bagi yang tidak tahan dan tak sabar dengan nafsu yang selalu menggoda.
3. Sabar bila ditimpa musibah dan bala kesusahan.
Sebagai seorang Muslim kita harus sedar setiap apa yang berlaku pada diri kita itulah Qada’ dan Qadar Allah dan Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Dan setiap kesusahan yg ditimpakan pd kita adalah ujian dariNya tanda kasih sayang Tuhan pada hambaNya. Allah ingin menguji sejauh mana pergantungan kita dan keyakinan kita pada Dia saat ditimpa musibah, adakah sabar dan redha, atau menyalahkan takdir.
Dan dalam perjalanan ke tempat kerja semalami, 10 minit sudah cukup untuk saya memerhati dan menilai tahap kesabaran yang ada pada diri dan mereka yang saya temui; pemandu kenderaan, pejalan kaki, pengawal keselamatan, tukang sapu. Mengimbas kembali ilmu yang peroleh dari rancangan tv di pagi hari semalam.
-Serdang, Feb 14, 2012 @ 05:31

Tuesday, December 06, 2011

Catatan pertama

Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Mulanya bicara dari pena.
Catatan kehidupan yang dipandu akal dan hati mengikut aturan Tuhan.
-Serdang, Dec 5, 2011 @ 08:24-