Wednesday, August 28, 2013

How to customized Gadget or Widget title attributes for Blogspot


What you are going to do is just playing with the codes in the brackets of .sidebar h2 { }

You can change the font size, font color, font style, or background color of your gadgets/widgets title by following these simple steps.
  1. Sign in to your Blogger account
  2. Select the blog you want to customize
  3. Go to Template > Customized > Advanced > Add CSS
  4. Copy these simple codes on your preferences
(a) To align the widget title in the center (right/left)
.sidebar h2 {
text-align:center;
(b) To change the background color of widget title
.sidebar h2 {
text-align:center;
background-color:#999999
}
(c) To change the font color, font size, font style of widget title

          .sidebar h2 {
          text-align:center;
          background-color:#999999;
          color: #000000;
          font-family:Verdana;
          font-weight:bold;
          font-style:italic;
          font-size:150%;
          text-transform:uppercase;
          }

Finally click "Apply to Blog" to save your codes.

Simple je kan! Selamat belajar! (^_^)



Friday, August 23, 2013

Ulangtahun Pertama 2013



Alhamdulillah..hari ini genap 366 hr bersama, ulangtahun pertama pernikahan kami suami isteri.
Setinggi-tinggi rasa syukur kupanjatkan pada Illahi atas nikmat kebahagiaan dan kegembiraan hidup yang diberi, rahmat dan kasih sayangNya yang sentiasa melimpah, serta setiap ujian yang mendidik jiwa ini.

Buat suamiku yang tercinta, ketahuilah hanya dirimu yang bertakhta di hati ini. Setiap saat yang hadir tidak berlalu begitu sahaja tanpa rasa rindu yang sentiasa membara pada dirimu. Akanku cuba menjadi isteri yang solehah buatmu, insyaallah.

Semoga pernikahan kami ini kekal bahagia hingga ke syurgaMu ya Allah. Amiinnn.

Tuesday, August 20, 2013

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan 1434h

Tinggal hanya seminggu lagi madrasah Ramadhan kali ini. Mohon diringankan hati, minda, dan anggota badan ini untuk melakukan ibadah kepadaNya dengan penuh ikhlas. Sedih andai Ramadhan ini bukan yang terbaik dari sebelumnya, dan bertambah sedih andai tiada usaha untuk memperbaik amalan.

Wednesday, July 24, 2013

Aturan Tuhan

Hidup ini perjalanan yang sangat indah. Setiap yang berlaku adalah aturan Tuhan yang cukup sempurna. Ketidaksempurnaan hanya pada kaca mata manusia. Dia yang mengatur hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Wednesday, April 03, 2013

Apa khabar projek master..



Dihubungi supervisor master projek saya siang tadi setelah sekian lama menyepi tanpa progress sedikit sebanyak memberi momentum untuk saya fokus kembali pada kajian. Kerisauan kerana menyepi tanpa berita akhirnya hilang namun diganti kerisauan pada penilaian projek yang hanya bergerak sedikit dalam tempoh masa yang saya kira agak lama. Apa kata SV nanti? Alahai wanita…terlalu memikirkan sesuatu yang belum pasti, suka membuat andaian yang bermacam. Takes all comments and critics in a positive way, pesan untuk diri sendiri. 

Perlukan semangt yang kental dan momentum yang tinggi dan berterusan menyiapkan projek ini. Supaya master projek ini khabarnya baik, bagus dan hebat sekali. Usaha, doa, tawakkal…semoga dipermudahkan semuanya. Aamiinnnn.

-Batu Pahat, Apr 3, 2013 @ 00:05

Monday, April 01, 2013

Garlic Bread & Mushroom Soup


Garlic Bread & Mushroom Soup.

Alhamdulillah…menjadi juga buat garlic bread dan mushroom soup biarpun baru pertama kali buat. Resepinya google saja, selalunya saya akan tengok beberapa resepi kemudian sesuaikan dengan kuantiti yang diinginkan, bahan yang ada, dan rasa yang kita mahu. Gunakan pengalaman, sense, dan logik dan ubah suai mana yang perlu. Setiap orang itu berbeza citarasa, kadang2 pengalaman dan situasi yang membezakan resepi yang dikongsi. Walau apapun saya amat meraikan mereka yang berkongsi resepi di internet, sangat membantu dalam menyediakan sendiri hidangan buat kali pertama.

Jadi saya juga ingin berkongsi resepi garlic bread dan sup cendawan yang telah saya sediakan untuk makan malam bersama suami tadi. Walaupun en.suami kurang gemarkan western food kecuali steak, tapi garlic bread & mushroom soup yang saya masak buat pertama kalinya berjaya membuka selera western beliau! Ingatkan beliau tak suka maka saya masak sedikit saja, tak sangka minta tambah pula. Nasib baik cukup.

Resepinya seperti di bawah, hidangan ini untuk 2 orang makan;

Bahan-bahan (Garlic Bread);

- 1 roll roti perancis
- 3 s/b marjerin
- 2 ulas bawang putih

Cara-cara;

1. Cincang halus bawang putih dan gaulkan bersama marjerin.
2. Potong roti dan sapukan campuran marjerin dan bawang putih tadi di atas roti dan bakar hingga keperangan. Saya hanya bakar di atas non-stick pan (ketiadaan oven).

Bahan-bahan (Mushroom Soup):

- 2 s/b marjerin
- 2-5 ketul cendawan butang dipotong dadu kecil
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1/2 ulas bawang besar dicincang dadu
- 250ml susu kotak/susu segar (saya gunakan susu kotak Dutch Lady 250ml (kotak kecil))
- 1 cawan air
- 1 1/2 s/b tepung gandum dibancuh sedikit air
- 1/2 kiub ayam
- secubit garam
- secubit serbuk lada hitam

Cara-cara;

1. Panaskan merjerin dan masukan cendawan butang yang dipotong dadu. Saya gunakan cendawan kering. Boleh juga gunakan cendawan butang dalam tin. Masak sekejap.
2. Masukkan bawang putih dan bawang besar yang dicincang. Masak hingga bawang besar kelihatan layu.
3. Masukkan air, susu segar dan bancuhan tepung. Saya gunakan susu kotak Dutch Lady 250ml dan tepung dibancuh dengan air terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan sedikit garam dan biarkan mendidih dan masak hingga sedikit pekat. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air.
5. Kemudian kisar kasar mushroom soup yang telah siap tadi dengan menggunakan blender. Pastikan cendawan tidak terlalu hancur untuk mendapatkan rasa dan tekstur cendawan dalam sup.
6. Siap untuk dihidang. Sesuaikan dengan rasa yang diinginkan.



Selamat mencuba



-Batu Pahat, Mar 31, 2013 @ 22:41