Wednesday, October 23, 2013

IIUM saya datang lagi

Minggu lepas saya berpeluang menjejakkan kaki ke IIUM Kuantan (17-10-2013) sejak graduated dlm perjalanan pulang dr kampung ke Batu Pahat bersama suami dan anak buah beliau. Saya grad dr UIA tahun 2010 dan sejak tu tak pernah ada kesempatan nk singgah UIA Kuantan walaupun tiap kali blk kg akan lalu Kuantan. Alhamdulillah balik raya tempoh hari akhirnya tercapai jgk hasrat nk tgk UIA memandangkan saya singgah UIA utk hantar anak buah suami yg belajar kt sana. Subhanallah tak dapat digambarkan betapa gembira dan excitednya sy bl tgk UIA yg sekarang, memang maju lah! Dengan bangunan2nya yg dh banyak siap, binaannya yg megah, masjidnya yang tenang mata memandang membuatkan sy kagum yg amat. Tahun 2010 dulu masa zaman sy belajar bangunan2 kuliyyah farmasi, dentistry, allied health science, bngunan admin, library, serta masjid sedang dalam pembinaan lagi. Mahallah (hostel) pn tak bina lg yg baru, sport complex pn under construction lg masa tu, 2010. Selepas 3 tahun masyaallah, kawasan yg dulunya semak dan gersang dh ada bangunan tinggi dan cantek, pokok2 yg dulunya kurus sebatang skrg dh rimbun daunnya. Untung student2 UIA skrg. Sampai saya pn rasa nk study or keje kt UIA je...hee

Berada di UIA Kuantan mengingatkan sy banyak kenangan manis masa bergelar IIUM student dulu. Di sini lah sy kenal erti persahabatn. Adanya sahabat2 Belahan Jiwa (BJ) yg 7; Afzan, Aini, Asma’, Ifat, Rukiah, Sulha, dan Yati yg sentiasa berkongsi suka duka dan selalu ada masa bila saling memerlukan, semua rakan2 yg satu batch CTS dgn saya, yang walaupun berbeza “geng” tp tetap rapat antara satu sama lain dan sentiasa membantu dikala susah atau senang.

Di sini jg en.suami bertemu saya buat pertama kalinya lantas kami berjodoh bersama. Cerita tentang jodoh saya dan suami, anak buah suami yg baru masuk UIA ni asyik bertanya macamana Pak andak dan Mak Andak (saya dan suami le tu) bertemu jodoh sedangkan dia tahu suami saya bukannya pelajar UIA. Well, cerita en.suami, masa tu dia tgh buat attachment MARA kt UIA slma 3 bulan, jaga projek UIA ni la yg tgh bina masa tu (2009). On his last day in Kuantan, dia mkn tghr dgn kwn2nya kt cafe student kt Mahallah, and unexpectedly he saw a girl (student) who he thought he have seen before yet barely known (saya la tu). And guess what, rupa2nya this girl junior satu sekolah rendah dgn dia dulu! Tapi this girl tak cam pn dia even dia ketua pengawas sekolah rendah dulu. Heh..Macamana saya dan suami mula2 kenal...through FRIENDSTER (ms tu belum ada lg facebook). Tak sangka plk jodoh kami berdua. Bertunang, bernikah, bercinta. Habis cerita. Sambung makan dgn suami dan ank buah kt cafe Mahallah ni. Dah cantik cafe ni.

Kat bangunan ni la cafe Mahallah, memori manis ni kat sini ;)

Lepas mkn kami sempat solat kt masjid UIA ni, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Subhanallah, cantik sungguh masjid ni! Designnya sebijik sama dgn masjid UIA campus Gombak. Ruang solat wanita kt tgkt atas, siling, tiang, dinding semua warna putih sejuk mata memandang. Sebahagian masjid ni dibina ats tasik, jd macam masjid terapung pn ada. Aaahhhh...bestnya UIA ni! Saya banyak snap gambar masjid ni, jom tengok.

Ruang solat wanita wing kanan, mengadap ke wing kiri di hujung sana tu.

Ruang solat wanita wing kanan pandangan dari depan melihat ke belakang.

Siling masjid, ada logo UIA tuu.

Pandangan dari atas, mengadap ke arah mimbar masjid.

Ruang tengah masjid dan mimbar.

Pandangan dari atas, mengadap ke wing kanan, tingkat ats tu ruang solat utk wanita.

Pandangan dari atas mengadap ke wing kiri.

Ruang tengah tempat solat wanita

Kalau kt Gombak during weekdays biasanya ruang2 ni akan dipenuhi dgn pelajar yg berehat sementara tunggu next class sambil2 study.

Pintu masuk ke ruang solat wanita. Besar pintu ni sama macam kt Gombak.

Pintu depan masjid. Tersegam indah nama masjid.

Selamat datang ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah

Dari satu sudut sisi masjid.

Lawa kan UIA! hehe

No comments:

Post a Comment