Thursday, August 07, 2014

Salam Syawal

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah sempurna sudah Ramadhan kita dan Syawal yg menjelma disambut gembira. Terasa sayu juga hati bila mengenagkan bulan Ramadhan yg penuh berkat akhirnya berlalu pergi. Smg segala ibadah kita diterima Allah dan semoga Allah mendengardan memakbulkan setiap rayuan dan doa hambaNya...amiinnn.

Bertuah rasanya Ramadhan yg lepas sbb saya berpeluang bertemu dan berbuka puasa dgn sahabat baik saya Siti Fatimah Zakaria yg kini melanjutkan pengajian PhD beliau di UK, juga bersama ex-housemate saya Siti Zainab dan berkesempatan berbuka di masjid bersama suami tercinta. Dah lama saya berharap dapat berbuka puasa di masjid bersama suami setiap kali Ramadhan. Kalau di bandar2 sekitar KL/Selangor ni masjidnya meriah dan diimarahkan bukan sj dengan solat berjemaah tapi banyak aktiviti2 lain tak kira di bulan Ramadhan atau tak. Perasaan gembira berbuka puasa beramai2 di masjid mmg tak dapat saya nak ceritakan, perlu alami sendiri.

Dalam sedar tak sedar dh masuk bulan Ogos 2014 dah kita. Sungguh cepat masa berlalu. Mungkin masih ramai yg dlm mood hari raya selagi masih di bulan Syawal ni. Rata2nya mungkin ini minggu pertama kembali bekerja setelah bercuti raya sakan seminggu, termasuklah saya. Jenuh juga nk membina mood workaholic bila cuti lama sgt. Hati asyik duk teringat kt kampung je, kat mak ayah, adik2 dan kaum keluarga. Tak puas rasanya bertemu. Bukan kita je, mak ayah pn sebenarnya terasa kesunyian dan kerinduan yg amat sgt bila sorang2 anak2 dia harus kembali semula bekerja. Tak puas bermanja dgn anak cucu yg balik kg sekali sekala. Bila berjauhan begini saya hanya mampu titipkan doa moga Allah lindungi mereka dari segala musibah dan bahagiakan hati mereka.

Bulan ini dan bulan2 seterusnya pasti mencabar bg saya. Hati dh mula runsing mengenangkan tugasan hakiki kn sambung belajar yg masih belum ada khabar berita, tentang lanjutan kontrak yg dh nk habis, juga PJJ yg dh lebih setahun...hati dah tak tahan hidup berjauhan mcm ni. Apapun kena kuatkan semangat.




Thursday, May 29, 2014

It's Amazing


Bismillahirrahmanirrahim..

Astaghfirullah hal 'azim... kadang2 serabutnya rasa hati dan minda ni bila fikir pasal PhD. Masih belum dapat tempat untuk sambung belajar. Kontak yang diberi dh nk habis, nk renew berkali-kali dah segan rasa. Perjalanan PhD org kata tak mudah, dari awal nk pilih bidang, dapatkan tempat dan supervisor pun dah mencabar. Perlu kuatkan semangat. 

Impian saya nak sambung belajar di luar negara. Nak dapatkan pengalaman yang tak mungkin ada di negara sendiri. Bukan universiti kita tak ada expertise, ramai saja professor2 hebat dalam Malaysia ni cuma keinginan untuk mencari pengalaman dan meneroka bumi Tuhan tak pernah padam dalam diri, sentiasa membara. Mungkin dengan berpeluang belajar di negara orang, pengalaman dan ilmu itu dapat saya kutip dan sampaikan pula utk anak bangsa. 

Insyaallah...akan ada rezeki bahagian masing2. Merancang dan memohon petunjuk dari Allah, sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.



Do it now
You know who you are
You feel it in your heart 
And you're burning and wishing 

At first, wait, won't get it on a plate 
You're gonna to work for it harder and harder 
And I know 'cause I've been there before 
Knocking on the doors with rejection (rejection) 
And you'll see 'cause if it's meant to be 
Nothing can compare to deserving your dream 

It's amazing, it's amazing all that you can do 
It's amazing, makes my heart sing 
Now it's up to you 

Patience, now, frustration's in the air 
And people who don't care 
Well it's gonna get you down 
And you'll fall (fall) 
Yes you will hit a wall 
But get back on your feet 
And you'll be stronger and smarter 

And I know 'cause I've been there before 
Knocking down the doors, won't take "No" for an answer
And you'll see 'cause if it's meant to be 
Nothing can compare to deserving your dream 

It's amazing, it's amazing all that you can do 
It's amazing, makes my heart sing 
Now it's up to you...



Teruskan berusaha dan berdoa, selebihnya serahkan pada Dia.



Wednesday, May 28, 2014

Bercuti ke Cameron Highlands

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebut sahaja nama Cameron Highlands pasti terbayang ladang2 teh yang menghijau, suhunya yang sejuk, sayur dan buah-buahannya yang segar, strawberrynya, bunga2 dan macam2 lagi. Itulah suasana Cameron Highlands bg saya. Dari kecil lg mmg sy teringin sgt nk ke sini, dan alhamdulillah impian saya tercapai jgk akhirnya bila dh kahwin dan berhoneymoon di Cameron Highlands tahun 2012. Hee...

Kali ni saya ke Cameron Highlands lg, bulan mac 2014 yg lepas because one of my classmate masa master degree dulu kahwin and she live in Brinchang, Cameron Highland, so alang2 tu saya amk kesempatan tu utk bercuti berehat dari kesibukan kerja yang memang tak pernah habis! Tambahan plk time tu tgh jerebu, dan IPU di kebanyakan tempat mcm KL, Putrajaya, Kelang dll sangat tinggi, cuaca pn panas, so mmg perfect time utk bercuti bersama suami la!

Tghr Jumaat 14/3/14 saya dan suami bersama dua org lg adik saya bertolak ke Cameron Highlands dari Setiawangsa menggunakan laluan exit Jalan Duta-Simpang Pulai (more preferable than exit Tapah) dgn kadar tolnya RM24.80. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4jam. Backpackers je kot sbb tak book hotel ke ape ke, main redah g je.

Kalau bercuti ke Cameron Highlands, the most preferable place to stay bagi sy ialah kt Brinchang instead of kt Tanah Rata, Kea Farm, or Ringlet. Kt Brinchang ni banyak hotel2 murah, dekat dgn pasar malam dan tempat2 best mostly kt area sini. So sampai2 je kt sana, kami cari hotel tempat nk bermalam. Dua tiga hotel kami survey (budget below RM100 utk satu blk), lastly Hotel Remix jadi pilihan, dapat la RM89 (without window) dan RM99 (with window), bilik utk double. Ni harga bukan musim cuti, kalau cuti sekolah ke, public holiday ke, harga hotel2 kt sini lain skt. Hotel ni dekat dgn pasar malam Brichang, just jalan kaki je.

Tak nk cerita panjang2, alang2 sampai Cameron Highlands apa yang menariknya:

(1) Pasar malam Brinchang

- Mmg salah satu tmpt tumpuan di Cameron ni, macam2 ada. Nak jimat budget saya, suami dan adik2 beli makanan kt psr malam je, nasi, keledek rebus, jagung rebus, asparagus goreng, pastu mkn kt bilik hotel. Sy perhati ramai jgk cina berniaga, jd kalo nk beli makanan tu kami was2 skt, so gerai melayu jadi pilihan. Yang best kt pasar malam ni ada jual makanan, buah2an, sayur, fresh flower, teh, etc. yang mmg jd trademark Cameron.


Masa ni hujan skt...nasib baik tak lebat dan sekejap je hujan.


(2) Big Red Strawberry Farm

- Mmg banyk ladang strawbery kt sini. Salah satu yg bestnya Big Red Strawberry Farm. Bukan strawberry je yg ada kt sini, bunga, salad, kaktus, pokok2 hiasan semua ada. Kt sini siap ada cafe tempat mkn2 dan shop tempat jual hasil dari farm dan barang2 souvenier. Saya beli salad 3 jenis RM5, sangatlah murah dan fresh dari ladang! Dan sempat lg beli sebatang pokok hiasan mcm pokok krismas tu RM8 satu pasu, pokok lada benggala (capsicum) yg berbuah lebat RM13.



Big Red Strawberry Farm



Time ni mmg musim strawberry (strawberry ada musim ke). Buah besar2, banyak dan manis2 plk tu.



Salad segar yang menghijau.







 Berehat sebentar sambil makan2. Salad sayuran tu mmg fresh!


Tadaaa! Ini hasil sekembalinya dari Cameron Highlands, housemates saya buat fish and chips. Just beli fish tempura kt Jusco, sos blackpepper homemade, and plating dgn salad, tomato cherry dan baby potato dari Cameron Highlands! Sedap!

(3) Cameron Valley Tea House

- Boleh la kalau merasa minum teh sambil tgk ladang teh yg menghijau, nak beli teh pn ada jual, boleh jalan2 kt ladang teh, tapi awas tak dibenarkan petik daun teh. Saya beli berkotak teh Cameron Valley tp dari segi harga lg murah sedikit kalau beli je kt pasar malam.



Saujana mata memandang.



(4) Kea Farm

- Sebenarnya sy xtau betul ke tak tempat ni namanya Kea Farm. Saya maksudkan kpd satu kawasan yang menuruni bukit, kt situ ada bnyk gerai jual macam2, sayur, buah, bunga, baju etc. Mostly kenderaan parking tepi2 jalan tu je. Haa, shoping kt sini mmg happening. Saya beli banyak strawberry dan sayur2, kt sini lebih murah.



Tepi2 jalan ni dkt lereng bukit ada gerai2 jual macam2.










Strawberry ni satu bekas biru ni cuma RM20-RM25 je!



Dan saya beli yang ni, 3 bekas besar mcm ni+ 2 bekas kecil (xde dlm gmbar) cuma RM10! Kt pasaraya jgn harap nk dpt strawberry harga murah mcm ni. Memang shopping sakan la, borong habis strawberry sampai boleh buat jem! Hee..


Kaktus

Well, tu je tempat2 yg sempat kami p kt Cameron ni. Banyak lg tempat2 yg best mcm Lavender Farm, Strawberry Farm, etc. Saya rasa kalau nk g Cameron Highlands kn tgk musim jgk kot. Kebetulan ms saya g ni buah2 dan sayur2 dia mmg murah, musim menuai kot. Sebab bila housemate saya g dalam akhir bln 4 or awal bln 5 macam tu dia kata strawberry mahal, nk dapat 3 bekas tu dlm RM25. Mungkin masa tu dh habis musim jadi harga mahal skt.

Anyway, skrg dh start musim cuti sekolah. Bolehla mak ayah bawa anak2 g bercuti ke Cameron Highlands. Tapi better book bilik hotel dulu mana tahu musim cuti sekolah macam ni hotel penuh ke...anyway selamat bercuti! :)

Monday, April 07, 2014

Review Homestay Bangi Guest House

Assalamualaikum wbwt.

Kali ni saya buat review homestay "Bangi Guest House" pula. Bila PJJ macam saya ni, kadang kala tu kn sewa homestay, kewangan perlu diuruskan dgn bijak. Jadi sekadar utk bermalam, rehat dan tidur, saya dan suami akan cari tempat penginapan yg murah tapi selesa, kadar cukup keperluan yg penting dh kira ok. Pilihan kami kali ni ialah Bangi Guest House, itupn sbb Homestay Sri Warisan yg kami selalu sewa dh penuh. So kn cari alternatif lain.

Bangi Guest House ni ada dua cawangan, satu di Teras Jernang (dekat dgn Homestay Sri Warisan), kawasan yang sememangnya banyak homestay dan satu lagi di Bangi Lama (jauh ke dalam lagi dr Teras Jernang). Mula2 kami book yg dekat Bangi Lama sbb murah skt dari yg kt Teras Jernang tp rasa macam jauh plk jadi kami amk yg kt Teras Jernang.

Kami sewa satu bilik (Superior room nama DURIAN) utk 2 org utk semalaman dgn kadar harga RM80 semalaman. Kalau ikut kt website dia RM90/nite utk Durian Room, tp mgkin sbb kami check in dh malam, mtk kurang skt kt Tuan Haji pemilik homestay ni dapatlah kurang kot. Hee..Apapun homestay ni ok, dalam bilik ada TV, almari, iron, kettle dan toiletnya ada hot shower. Cuma sekadar bilik, tak ada ruang tamu atau dapur.
Apapun, hanya dua gambar ni je dapat saya sisipkan.




Utk keterangan lanjut boleh layari website Bangi Guest House.



Wednesday, February 19, 2014

Topik Pagi di Warna Pagi 18/02/2014



Topik Pagi di Warna Pagi (Isnin-Jumaat, 6-10pg) radio ikim.fm semalam amat menarik hati saya. Topiknya "Bagaimana mendidik anak-anak merasai kepayahan dan bersederhana". Dan saya amat bersetuju dengan komen/pandangan dari Ust. Pahrol Mohd Juoi. Kata beliau " Usah susah melihat anak2 susah. Rasulullah pun dididik dengan kesusahan. Menjadi anak yatim, mengembala kambing...Itukan kesusahan...Kemewahan dan kemanjaan akan membunuh jiwa perjuangan dan ketahanan jiwa anak2. Anak2 akan jadi umpama benih kecil yang kelebihan air..."

Realitinya mana ada ibu bapa yang sanggup lihat anak hidup susah. Kalau boleh segala keperluan anak ingin saja dipenuhi. Tak kisahlah yang kaya ataupun miskin, naluri keibubapaan memang begitu, naluri kasih sayang. Mana sanggup nk lihat orang yang kita sayang hidup susah. Tapi dalam pada memenuhi segala keperluan dan kehendak anak2 ada batasnya.

Pada pandangan saya, anak2 memang perlu dididik utk hidup bersederhana dan merasai kepayahan hidup. Anak2 yg dididik merasai hidup susah, walaupun dari keluarga senang, bila dewasa nanti dan hidup senang akan tahu erti susah, akan lebih menghargai hidup. Manakala anak2 yang hidupnya mewah, apa yang mereka mahu semua diperoleh, walaupun bukan dari keluarga yang senang, bila dewasa nt mungkin tak mengerti kepayahan hidup kerana tak pernah merasai, sekadar melihat kesusahan dari pengalaman org lain shj. Melihat dan merasai tidak sama.

Dari pengamatan saya pd org2 sekeliling saya dan kaum keluarga terdekat, sebenarnya saya amat kagum pada mereka yang struggle utk menyara keluarga, yang tak pernah putus asa hadapi kesusahan hidup. Anak2 tidak diajar meminta2, jauh sekali mohon dibantu kecuali jika terdesak, itupun bila dh hbs ikhtiar dan tenaga. Pendidikan diberi keutamaan, yakin dengan ilmu mampu mengubah nasib hidup. Bila anak2 ini besar, mereka jadi org berilmu tapi rendah hati, berjiwa kental, independent, dan tahu erti susah. Manakala yg mungkin senang hidupnya, mewah makan pakainya, kadangkala jiwanya lemah, mudah menyerah pada masalah hidup, malu jika buat kerja2 buruh, financially dependent pada ibu ayah. Tapi tak semua begitu, bergantung pada nilai hidup yang diterapkan oleh ibubapa msg2.

Macamana nk didik anak2 merasai kepayahan dan bersederhana? Saya bukan pakar dan tak ada pengalaman. tapi sekadar berkongsi pandangan. Ibu bapa sebenarnya perlu mendidik anak2 ini hidup bersederhana sejak dari kecil. Tak perlu setiap kehendak anak2 mahu dipenuhi. Apa yang anak2 mahu, mungkin boleh jadikan ia sebagai suatu ganjaran jika anak2 berjaya melakukan suatu tugasan. Dekatkan anak2 dgn nilai2 murni dan tunjukkan teladan yg baik. Yang senang bantulah yang susah, biar tahu dan lihat erti kepayahan. Yang susah janganlah meminta2, usaha selagi mampu.

Saya berpendapat "For what you want, you need to put your effort for it". Tak kira dalam apa jua yang dilakukan, kepayahan utk mendapat sesuatu akan mengajar kita erti manisnya usaha, mendidik kita berjiwa kental.

Break \\


Friday, January 31, 2014

Birthday Celebration

January...is the month that I love the most. It's the first month of the year, the month of new dreams created, the month that I was born, the month that makes me ponder about my age, my times, my life...
And 16 January will be the best day ever!

16 Januari is my birthday. And this year, I got a really surprise birthday celebration from my lovely husband.

Tak dapat saya lupa bila en.suami bawa sy ke Secret Recipe, and belum pn sempat kami order apa2 datang staff Secret Recipe bawa kek ke meja kami dan sekuntum rose merah beserta hadiah dihulur oleh en. suami utk saya. Rupa2nya beliau dh prepare awal2 lg. Rasa terharu dan gembira sangat! Dahla masa tu sy baru sampai Batu Pahat dari KL, beliau ambil saya di stesen bas, solat magrib di masjid then terus ke Secret Recipe. What a surprise!


Anyway thank you so much my dear for this lovely birthday celebration...you make my day.
I love you...forever  ~<@

Tak lupa jgk housemate2 saya pn buat surprise! Depa beli kek then senyap2...tadaaaa! Surprise cake for me and the other two yg lahir bulan Januari dan February. Thank you so much dearies <3


Dan juga every month birthday celebration kt ofis. Kali ni utk January staff.


Alhamdulillah...this month full of cakes, sweet and  Heee ;)



Tuesday, January 28, 2014

Review 2013


Assalamualaikum wbwt.

Selamat tahun baru masihi 2014. Dah hampir sebulan masuk tahun 2014 br sempat nk update kt blog. Masih dalam bulan pertama tahun masihi, dan hampir sebualn tahun 2013 berlalu. Pastinya masing2 banyak kenangan sepanjang tahun 2013 yg masih tersimpan di memori. Sesungguhnya kenangan itu indah, yang pahit, yang manis, yang masam semuanya indah bila dikenang, itulah pengalaman hidup.

Sesungguhnya 2013 tahun yang indah dan mencabar. Antara memori terbaik saya:

Pengajian sarjana dan kembara hujung minggu
Feb-Jun 2013 semester terakhir sy sbg pelajar master di UPM, attend 1 class dan siapkan master projek. Pada setengah tahun pertama ni sy ulang alik dari Batu Pahat ke Serdang setiap hujung minggu memandangkan kelas sy pd hujung minggu. Setiap minggu hari cuti suami berkorban travel pergi balik BP-Serdang hantar dan tunggu saya ke kelas ataupn jumpa supervisor. Bila dikenang biarpun penat tapi sy dan suami dapat mengisi masa bersama, having a quality time together, bersembang, discussion, talking about future, dan memahami satu sama lain.

Master projek
Kenangan terbaik saya. Memang mencabar manyiapkan master projek, mencari LR, coding dan programming, juga writing. Tidur jam 2-3 pagi menjadi kebiasaan lebih2 lg bila dh last minute. Dan bila last minit mcm tu kdg2 nk mkn, nk bersembang pn xde selera sbb terlalu risau. Alhamdulillah siap jgk akhirnya!

Tamat pengajian dan konvo
Alhamdulillah, akhirnya dua tahun pengajian berjaya ditamatkan pd June 2013, seterusnya konvo pd Oktober tahun yg sama.

Bermula PJJ
Bila dh setel master sy dh kena lapor diri tamat cuti belajar seterusnya mula bertugas di UPM. Jadi Julai 2013 bermulalah PJJ saya dan suami. Saya di Serdang dan suami di Batu Pahat. Setiap hujung minggu lepas kerja sy terus blk BP, naik bas je...jimat masa, tenaga, wang.

Ulangtahun pertama pernikahan
Alhamdulillah, Syawal 1434/Ogos 2013, genap setahun pernikahan kami. Smg jodoh kami bersama kekal ke akhir hayat hingga syurga akhirat.Amiinnn.

My Sister's Wedding
Saya dapat adik ipar! Bertambah lagi sorang ahli keluarga saya. Semoga kak ngah dan suami bahagia ke akhir hayat.

Bebas hutang PTPTN
Alhamdulillah dapat setelkan semua tunggakan hutang PTPTN yg dapat masa first semester degree dulu. Mujur hanya utk satu semester je, kalo smpai habis degree pkai PTPTN takdenye hutang dapat langsai tahun ni.

International English Language Testing System (IELTS)
Kalau nk study oversea perlu lulus english test, sama juga kalau nk dapatkan cuti belajar utk sambung belajar dalam atau luar negara perlu juga lulus english test, samaada IELTS ataupun TOEFL. Alhamdulillah sy lulus, yg penting tak perlu repeat, selamat duit.

Sarawak here I come!
Pertama kali terbang ke Borneo! Kalau tak kerana attend conference in Dec 2013 tak tahu bila dapat jejak kaki di Sarawak. Good ending of 2013.

Dan January, I always love this month, a good starter of the year!
Selamat tahun baru 2014 :)