Wednesday, September 11, 2013

Review Homestay Sri Warisan Bangi

Hujung minggu waktu bersama suami tercinta. Beginilah rutin hujung minggu saya skrg ni. Sama ada saya pulang ke Batu Pahat ataupun suami datang ke Serdang. Kerana tugas terpaksa berjauhan buat sementara waktu. Julai 2013 bermula PJJ kami.

Jadi bila suami datang ke mari, maka kenalah cari tempat penginapan. Selalunya kami tumpang bermalam di rumah abang ipar dan kakak ipar saya. Tapi kalau selalu segan la jgk, tambah2 mungkin menggangu waktu rehat hujung minggu mereka, masa bersama keluarga, privasi mereka. Jadi kami cari homestay.

Kat Bangi tak susah nk cari hotel atau homestay, tapi saya lebih prefer homestay sbb sewa hotel bajet dan homestay pn lebih kurang sama tapi di homestay kita blh gunakan pantry dan ruang tamu, dh nama pun homestay. Kadang2 sewa pn lebih murah dan fasiliti yang ada sama macam hotel. Lagipn kalau hotel bajet pn minimun dh RM80 semalam, itupun mana tau kalau org "salah guna". Huhu.

Jadinya minggu lepas saya dan suami stay di Homestay Sri Warisan instead of sewa hotel. Homestay ni senang saja nk cari, masuk saja exit to Bangi, jumpa roundabout, ambil pukul 3, terus saja hingga jumpa KKTM Bangi, jumpa simpang tiga, amk kiri dan tak sampai 500m akan jumpa simpang kanan. Kt simpang tu ada signboard Homestay Sri Warisan . Homestay tu kt hujung lorong tu je.

 Peta ni saya amk dari website Homestay Sri Warisan

Homestay Sri Warisan

Actually homestay ni dibina style bertingkat. Ada banyak lagi homestay yg dekat2 kawasan tu, tapi saya rs yang ni plng murah (based on research saya kt banyak2 website homestay sekitar Bangi), dan selesa.

Saya amk pakej bilik double, tgk dlm website RM65 je satu malam. Bagi saya harga tu memang murah sbb rata-rata homestay/hotel yg saya cari paling murah RM75 satu malam. Lagipn memang selesa, ada wifi, biliknya ada aircond & kipas, disediakan almari baju, meja solek, toiletnya ada water heater, ada TV dan katil saiz queen utk pakej double ni. Di pantry ada disediakan peti ais, microvawe, kettle, pinggan mangkuk semua, dan ruang tamu lengkap dgn sofa.

Dalam satu rumah tu ada lagi 3-4 bilik jadi kita sebenarnya berkongsi pantry dan ruang tamu dgn penghuni bilik lain. Tapi selalunya semua org lebih suka berada dalam bilik. Bagi yang bermusafir saya memang recommend homestay ni sbb sewanya berpatutan. Jom tengok gambar plk.

 Ruang tamu

 Pantry, lengkap dgn sinki, peti ais, microwave, kettle, pinggan mangkuk.

 Pantry

 Pakej bilik double. Queen size bed.

Ada TV, almari baju, etc.

Memang puas hati sbb murah. Owner dia pn peramah dan baik. Lain kali kalau husband dtg hjg minggu mungkin kami akn menginap di sini lagi, murah pn murah. Bila PJJ macam ni terpaksalah berjimat cermat sbb kn tampung kos travel every week, kos makan lagi. Harap2 kalau selalu dtg dapatlah diskaun. Huhu


No comments:

Post a Comment