Wednesday, October 23, 2013

IIUM saya datang lagi

Minggu lepas saya berpeluang menjejakkan kaki ke IIUM Kuantan (17-10-2013) sejak graduated dlm perjalanan pulang dr kampung ke Batu Pahat bersama suami dan anak buah beliau. Saya grad dr UIA tahun 2010 dan sejak tu tak pernah ada kesempatan nk singgah UIA Kuantan walaupun tiap kali blk kg akan lalu Kuantan. Alhamdulillah balik raya tempoh hari akhirnya tercapai jgk hasrat nk tgk UIA memandangkan saya singgah UIA utk hantar anak buah suami yg belajar kt sana. Subhanallah tak dapat digambarkan betapa gembira dan excitednya sy bl tgk UIA yg sekarang, memang maju lah! Dengan bangunan2nya yg dh banyak siap, binaannya yg megah, masjidnya yang tenang mata memandang membuatkan sy kagum yg amat. Tahun 2010 dulu masa zaman sy belajar bangunan2 kuliyyah farmasi, dentistry, allied health science, bngunan admin, library, serta masjid sedang dalam pembinaan lagi. Mahallah (hostel) pn tak bina lg yg baru, sport complex pn under construction lg masa tu, 2010. Selepas 3 tahun masyaallah, kawasan yg dulunya semak dan gersang dh ada bangunan tinggi dan cantek, pokok2 yg dulunya kurus sebatang skrg dh rimbun daunnya. Untung student2 UIA skrg. Sampai saya pn rasa nk study or keje kt UIA je...hee

Berada di UIA Kuantan mengingatkan sy banyak kenangan manis masa bergelar IIUM student dulu. Di sini lah sy kenal erti persahabatn. Adanya sahabat2 Belahan Jiwa (BJ) yg 7; Afzan, Aini, Asma’, Ifat, Rukiah, Sulha, dan Yati yg sentiasa berkongsi suka duka dan selalu ada masa bila saling memerlukan, semua rakan2 yg satu batch CTS dgn saya, yang walaupun berbeza “geng” tp tetap rapat antara satu sama lain dan sentiasa membantu dikala susah atau senang.

Di sini jg en.suami bertemu saya buat pertama kalinya lantas kami berjodoh bersama. Cerita tentang jodoh saya dan suami, anak buah suami yg baru masuk UIA ni asyik bertanya macamana Pak andak dan Mak Andak (saya dan suami le tu) bertemu jodoh sedangkan dia tahu suami saya bukannya pelajar UIA. Well, cerita en.suami, masa tu dia tgh buat attachment MARA kt UIA slma 3 bulan, jaga projek UIA ni la yg tgh bina masa tu (2009). On his last day in Kuantan, dia mkn tghr dgn kwn2nya kt cafe student kt Mahallah, and unexpectedly he saw a girl (student) who he thought he have seen before yet barely known (saya la tu). And guess what, rupa2nya this girl junior satu sekolah rendah dgn dia dulu! Tapi this girl tak cam pn dia even dia ketua pengawas sekolah rendah dulu. Heh..Macamana saya dan suami mula2 kenal...through FRIENDSTER (ms tu belum ada lg facebook). Tak sangka plk jodoh kami berdua. Bertunang, bernikah, bercinta. Habis cerita. Sambung makan dgn suami dan ank buah kt cafe Mahallah ni. Dah cantik cafe ni.

Kat bangunan ni la cafe Mahallah, memori manis ni kat sini ;)

Lepas mkn kami sempat solat kt masjid UIA ni, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Subhanallah, cantik sungguh masjid ni! Designnya sebijik sama dgn masjid UIA campus Gombak. Ruang solat wanita kt tgkt atas, siling, tiang, dinding semua warna putih sejuk mata memandang. Sebahagian masjid ni dibina ats tasik, jd macam masjid terapung pn ada. Aaahhhh...bestnya UIA ni! Saya banyak snap gambar masjid ni, jom tengok.

Ruang solat wanita wing kanan, mengadap ke wing kiri di hujung sana tu.

Ruang solat wanita wing kanan pandangan dari depan melihat ke belakang.

Siling masjid, ada logo UIA tuu.

Pandangan dari atas, mengadap ke arah mimbar masjid.

Ruang tengah masjid dan mimbar.

Pandangan dari atas, mengadap ke wing kanan, tingkat ats tu ruang solat utk wanita.

Pandangan dari atas mengadap ke wing kiri.

Ruang tengah tempat solat wanita

Kalau kt Gombak during weekdays biasanya ruang2 ni akan dipenuhi dgn pelajar yg berehat sementara tunggu next class sambil2 study.

Pintu masuk ke ruang solat wanita. Besar pintu ni sama macam kt Gombak.

Pintu depan masjid. Tersegam indah nama masjid.

Selamat datang ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah

Dari satu sudut sisi masjid.

Lawa kan UIA! hehe

Friday, October 11, 2013

Balik Kampung


Tak sabarnya nk blk kg jmpa family. Lagi 3 hari nk raya haji. Minggu depan sy dh amk cuti seminggu, masa utk spend ruang dan waktu bersama yg tersayang. Lamanya cuti kn, maksudnya kn siapkan kerja utk sminggu cuti tu sebelum start cuti!


Moh siapkan tutorial 4 dan 5 hr ni jgk, esk nk blk kg cuti dh.

Bagi sesiapa yg nk balik kg, yg jauh perjalanannya, semoga selamat sampai ke destinasi masing2. Berhati2 memandu, jgn lupa banyakkan berdoa jg sbb waktu bermusafir itu doannya mustajab! Semoga selamat semua, dan selamat hari raya :)


p/s: Terasa kosong jiwa tanpa pengisian ilmu berkenaan ibadah korban, aidiladha, pengorbanan, serta tentang zulhijjah. Muhasabah diri sendiri. 


Thursday, October 10, 2013

Jadi invigilator test 1 statistik bagi sains gunaan

Assalamualaikum...selamat pagi and good morning.

Hari ni kn jaga test undergrad student. Dr. B mtk saya jagakn test utk student dia sbb dia ada seminar. Student Dr student saya jgk, hehehe. Dulu masa mula2 sy jd postgrad student kt sini sy igtkan test tu mcm quiz je, blh relax2 santai2...sekali bl test 1 rupa2nya test ni mcm midterm exam. Suasana amk test tu mcm nk exam, masuk dewan tak blh bawa barang2 kt tmpat duduk, kertas soalan format mcm final exam, student study bkn main hard lg, etc. Suasana mcm ni then menerveskan sy. Rupa2nya kt sini ada test 1, test 2 and terus final exam, xdak midterm Test tu dh mcm exam. Kalau kt IIUM dulu zaman saya ada quizzes, midterm and final exam. Quiz ni xdela formal sgt mcm exam. Sbb tu sy igt test kt sini lbh kurang quiz je, tapi sebenarnya tak sama pn.

Silent please, jangan meniru.

Masing-masing khusyuk ja jawab. 

Apapun good luck utk semua student saya, harap depa blh la jawab sume soalan tu, nampak mcm senang je soalan, sure blh score lah.


Thursday, October 03, 2013

Servis JKL: tukar minyak hitam

Alhamdulillah...nasib baik sempat punch in 7:59 am, satu minit sblm kol 8am pagi ni. Pheww...kalau tak dah tanda merah attendance hari ni. Walaupun sbenarnya masa kerja saya fleksibel tapi kalau masuk lps jam 8am mmg akn merah la, tak lawa la plk nt attendance sy bln ni. Pagi ni terlebih rajin buat breakfast dulu sblm p keja. Pagi2 dh ketung-ketang masak cucur bilis, bahannya dah sedia dr malam tadi tgl bancuh dgn tepung ja. Tp alahai tengok2 tepung tinggal 1 cawan je lg. Nak tak nak masak je la dapatla dalam 20 ketul, xsempat nk mkn kt rmh amk la dlm 7 biji buat bekal g ofis, yg selebihnya tinggalkan kt 3 org hosmet, errrr ((20-7)/3=...).
Smpai kt ofis plk Dr. B bawa nasi lemak, wife dia buat. Kenduri nasi lemak la pagi ni, alhamdulillah rezeki. Tengahari tgk kt pantry ada lg nasi lemak, blh lunch free lg ni. Balik2 rumah hosmet msk nasi lemak, maka dinner saya hr ni pn nasi lemak lagiiii. Phewww... breakfast, lunch, dinner dgn nasi lemak...tak mampu nk tolak sbb lapar..hee (#_#)

Dalam pd tu sempat p bengkel servis si JKL putih ni. Siyan kereta ni dh lama tak tukar minyak hitam, mileage dh nk lebih 2k dr yg sepatutnya baru tuannya ni bawa g bengkel. Bukannya sy malas nk servis, tapi ingat nk tunggu En. Hasben dtg sini baru nk g servis. Kalo sy bawa g servis takut kn tipu je, almaklum perempuan, biasanya org igt perempuan ni tak tau pasal kereta, jadi senang nk tipu2 harge ke. Bila pakai kereta ni kn la tau serba sedikit psl kereta, jgn tahu drive je especially kaum hawa. Saya dulu2 pn masa mula2 dapat kereta ni tak tahu sgt psl kereta. Bila satu hari tu kereta tak hidup baru nk risau, baru kelam kabut. Rupa2nya masalah bateri. Bila dh jadi macam tu barula nk belajar sikit2 pasal kereta ni. Barulah tahu bila nk tukar bateri , bateri apa nk pakai, bila nk tukar minyak hitam, minyak hitam jenis ape, apa tu overhaul, break pad tu kt mn, dan banyak lagi. Belajar sikit2, tanya kawan2, bila dh kawin tanya suami, sambil tunggu mekanik servis kereta kita tu tengok2 la apa dia buat, sembang2 la dgn depa, tanya itu ini pasal kereta. Jangan duduk tunggu saja, main2 hset, dh siap bayar je. Kena jgk amk tahu harga, servis dan khidmat yg kt bayar tu berbaloi ke x, nt xla senang2 kn tipu. Oppsss...bukan nak membebel. Heh.

Ok nampaknya JKL dh tukar minyak hitam, memandangkan JKL ni jalan dekat2 je, jarang2 jalan jauh maka minyak hitam semi sintetik pn dh ok, kalau selalu travel direkemenkan pakai yg fully sintetik. Selalunya kalau tukar myk hitam akan tukar dgn filter skali. Sementara mekanik duk servis kereta saya tinjau2 kawasan bengkel tu, tengok2 item yg dijual, tengok harga filter, viper, myk hitam, tayar etc. Baru sy tau rupa2nya lain jenis kereta lain filternya. Filter utk perodua tak sama dgn nissan, toyota, proton. Harga pn lain. Dh siap tukar myk hitam sy mtk mekanik tu cek minyak gear, minyak break, dan isi angin tayar skali. Servis depa nmpak bagus, siap cek sume. Minyak stereng and break pads perlu tukar nampaknya, tunggu bulan depan gaji lah... budget gaji bln ni utk tukar minyak hitam je...huhu.

Minyak hitam Shell semi sintetik: RM115.00
Filter : RM16.00
Workmanship : RM20.00
Service tax 6% : RM1.20
Diskaun : RM0.20 
Total : RM151.00 (Kt tempat lain macamana ya?)


Foto ihsan google

Dah setel sume blh balik ofis blk. Hari ni kt jabatan perabot baru masuk, so nt dh boleh pindah masuk bilik baru! Bilik kt ofis yg sy duduk skrg bilik Puan Iza, masa sy mula2 lapor diri bertugas dulu dia baru je fly smbung phd kt UK dan masa tu xdak  bilik kosong, jadi ketua jabatan suh saya duduk blk dia ni dulu. Sekarang dh ada blk kosong, dan perabot pn dh masuk, so bolehla sy pindah bilik saya sendiri! Lagipn Puan Iza akn balik hjg tahun ni dh hbs PhD beliau. Sedang2 elok ja :D


Thursday, September 26, 2013

Cara bayaran balik PTPTN secara lum sum di kaunter (insentif diskaun 20% sehingga 30/09/2013)

Alhamdulillah hari ni 26/09/2013 saya dh bebas hutang PTPTN! :)
Bagi yg nk dapatkan insentif diskaun 20% PTPTN boleh la buat bayaran secara lumsum sehingga 30 September 2013. Lps tarikh tu dh xde diskaun 20%.

Saya setelkan hutang PTPTN tu di kaunter PTPTN Putrajaya (one-stop center). Igtkan kt KL Central je yg ada one-stop center PTPTN rupanya kt Putrajaya pn ada, jadi dekatlah skt. One-stop center PTPTN Putrajaya ni terletak di bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebelum ni bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPM ni dekat ja dgn PICC.

Ni la bangunan KPM. Nampak tak kt puncak atas tu ada tulis KPM. dari jauh dh blh nampak.

Cara nk buat pembayaran mudah ja, dan tak lama.

1.  Masuk2 ja bangunan KPM ni akan nampak kaunter pertanyaan dan kt situ jgk tmpat utk amk nombor giliran.

   
Nombor giliran saya. dan tempat menunggu. Kt dpn tu ada banyak kaunter.

2. Dapatkan borang pengesahan baki pinjaman bagi tujuan penyelesaian penuh 20% di kaunter sementara yg dibka berdekatan kaunter2 yg bernombor. Isi borang tersebut dan serahkan pd org yg jaga kaunter tu. Tak perlu amk nombor.

3. Kemudian tunggu nama kita dipanggil utk dapatkan salinan pengesahan jumlah bayaran.

Salinan pengesahan jumlah bayaran. Kt sini ada ditulis brapa jumlah hutang kita, brapa kn bayar slps diskaun.

4. Bila dh dapat salinan tu, tunggu no. giliran kita dipanggil (ms ni nombor giliran sy dh lepas, dan org xramai jd adik yg jg kaunter sementara tu suh sy terus ke kaunter PTPTN). Masa kt kaunter tu kita akan diberi slip bayaran balik pembiayaan pendidikan utk diisi.

Lengkapkan slip bayaran balik ni (yg warna merah ni salinan utk kita)

5. Lengkapkan slip bayaran balik pinjaman tu, bagi pd org yg jg kaunter tu berserta bayaran (sy buat bayaran tunai sbb xbnyak), dan dapatkan salinan slip tersebut beserta resit rasmi.

Resit rasmi ni penting.

6. Bila dh setel urusan kt kaunter, tunggu utk dapatkan surat pelepasan PTPTN. Nama kit akan dipanggil. Dh dpt surat tu maka selesailah urusan pembayaran PTPTN tu.

Surat pelepasan PTPTN. Yeayy dh takde hutang. Boleh tido lena.

Resit dan surat2 yg kita dpt tu semua kn simpan elok2, bukti yg kita dh setelkan PTPTN. Bg yg nk rebut insentif 20% tu mungkin masih sempat lg. Bayarn blh dibuat dalam apa cara/kaedah sekalipn samada cek, bank deraf, wang pos, perbankan internet, KWSP dll asalkan bayarn tersebut diterima selewat2nya 30 September 2013. Bagi peminjam yg buat bayaran balik melalui kaedah selain drp tunai dan perbankan internet, diskaun 20% adalah tertakluk kpd cek, bank deraf, atau wang pos yg berjaya ditunaikan. Kalau nk senang datang je kaunter dan selesaikan terus di kaunter berdekatan. Blh lihat senarai cawangan kaunter PTPTN di sini. Selamat membayar hutang.


Tuesday, September 24, 2013

Kelas tutorial pertama semester I 2013/2014


Hari ni dh mula mengajar kelas tutorial subjek Statistik Bagi Sains Gunaan. Kali pertama ajar tutorial masa sem II 2010/2011, so ni baru kali kedua je la. Subjek ni khas utk student selain dr student Jabatan Matematik, sebabnya ni subjek basic statistic and student Math/Stat dh blajar basic statistik ni dlm most of their silibus study. Bagi sesetengah fakulti subjek ni adalah subjek wajib for their students. Dan hari ni hari pertama kelas tutorial saya.

Group yg sy ajar ni ada 70 students, so sy bahagikan kps 3 kelas tutorial, satu jam je seminggu stp student kn attend. Smiggu sblm kelas sy dh jumpa bakal2 student ni masa kt lecture class discuss pasal masa dan hari utk buat kelas tutorial ni. Most of them are frm different faculties. Kali pertama jmpa depa dh ada problem psl subjk nni. Ada yg komplen subjek ni susah (apa taknye kebanyakan depa ni dr fakulti yg xdak kaitan langsung dgn math/stat ni), ada yg kata dh lama tinggal math/stat ni jd dh tak ingat apa, ada yg komplen kata mmg xda basic langsung stat ni, etc. Saya faham masalah depa, sbb saya pn pernah jd student (and still student). Sbb tu kelas tutorial utk subjek ni penting bg depa sbb ms tutorial ni la depa blh diskus apa yg tak faham masa kuliah, if ada problem nk jawab soalan tutorial boleh tnya tutor dlm kelas.

Dlm group ni ada 2 org foreigner, sorg dr Bangladesh dan sorg lg sy xpasti dr mn, tgk rupa mcm org Iran. So kn la speaking kang ckp bahasa mlayu xpaham plk depa. Blh la anggap sy prektis speaking utk test IELTS nt, heh. Mengajar kelas tutorial ni kadang2 buat sy geram bl ada student yg tak buat soalan tutorial, pastu dtg kelas terkebil2, salin jawapn je tapi tak phm...bazirkan masa je, baik duk hostel baca buku sendiri. Tapi itulah sesetengah sikap student kita ni, pheww.. Tapi bukan semua mcm tu, ada yg rajin dan fokus, siapkan tugas yg diberi dan bila tak tahu tak malu bertanya. Hmmm sy kn fikirkan cara nk buat depa siapkan setiap tugasan yg diberi, mungkin bahagikan depa pd group2 kecil so biar depa sndiri agihkan tugasakn utk siapkan tutorial, create group kt fb ke supaya blh ada discussion...any other ideas?

Yang penting mengajar kn ikhlas, dan belajar pn kn ikhlas. Bila yg mengajar dan yg belajar ikhlas mudahlah ilmu disampaikan dan diterima, lapang hati dan dada, mudah faham, dan proses menuntut ilmu pn jadi seronok. Seorg rakan sekerja saya pernah bgtau saya, seeking knowledge is not a suffering but it is a blessing. Dan saya setuju dgn beliau.



Wednesday, September 18, 2013

ayam goreng kunyit moist

Saya selalu perhatikan kalau order ayam goreng kunyit kt mana2 restoran atau kedai makan, biasanya ayan goreng kunyit tu kering. Ayamnya dipotong kecik2, dan digoreng kering. Saya jgk pernah perhatikan housemate sy masak ayam goreng kunyit ni. Ayamnya yg dh dipotong kecik2 digaul dahulu dgn serbuk kunyit dan sdkt garam kemudian digoreng dgn minyak yg sedikit,dan barulah ditumis bersama bawang.
Bagi saya cara msk mcm tu menyebabkan ayam goreng jadi kering, kalau dh sejuk jadi keras plk. Sbb tu bila msk ayam goreng kunyit saya suka masak ikut resepi yg mama sy ajar. Cara masaknya sama macam masak daging goreng, just ganti daging dgn ayam. Cara masak yg mcm ni buatkan ayam goreng kunyit lebih moist, isinya lebih lembut dan tentula rasanya lebih sedap.

Okay, kt bawah ni resepinya bagi yg rajin nk cuba masak.

Bahan-bahan:

-1/4 bahagian ayam (dipotong kecil)
-1 keping asam keping
-3 ulas bawang putih (dimayang)
-2 ulas bawang merah (dimayang)
-1/2 ulas bawang besar (dimayang)
-sebiji lada merah
-2 inci kunyit (ditumbuk hancur)
-1/2 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu kecil garam
-sedikit air

Cara-cara:

1. Gaulkan ayam yg dh dipotong dan dibersihkan bersama serbuk kunyit dan kunyit yg dh ditumbuk hancur. Kalau nak guna serbuk kunyit saja pn takpe, tp sy suka letak kunyit hidup jgk sbb rasanya lebih ori.
2. Masukkan ayam td ke dlm kuali bersama sedikit air, anggaran 2 sudu besar. Masukkan asam keping dan garam.
3. Masak hingga ayam empuk dan air sedikit kering. Sbb tu guna air sedikit je, just utk pastikan ayam empuk. Kalau air bnyak lambatlah air tu nk kering.
4. Bila air dh hampir kering, masukan sedikit minyak untuk menumis ke dalam kuali berisi ayam tadi.
5. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yg dh dimayang. Tumis bersama ayam tadi.
6. Masukkan lada merah yang dh dihiris dan bawang besar, jika suka boleh tambah carrot atau kacang panjang atau bunga kubis. Goreng bersama hingga masak. Siap.

 Ayam yg dh dipotong kecil dan dicuci bersih

 Masak (rebus) dgn sedikit air dan kunyit

Bila air sedikit kering masukkan minyak dan bawang utk menumis

 Penyedap rasa

Ni la rupanya, ayam goreng kunyit moist ;)

Selamat mencuba :)