Wednesday, September 18, 2013

Singgang Daging Kelantan

Ni antara fevret saya dan suami, singgang daging kelantan. Singgang daging ni tak macam sup daging, tak guna minyak, tak perlu tumis rempah2 tu semua. Nak masak pn senang je, makan dgn nasi sedap, nak hirup je pn sedap. Bagi yg nk cuba masak, boleh tengok resepi kt bwh ni.

Bahan-bahan:

-1/2 kg daging
-1 liter air
-3 inci lengkuas (diketuk)
-3 keping asam keping
-5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
-4 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
-4 tangkai cili kering (ditumbuk kasar atau dipotong besar)
-2 sudu besar ketumbar (ditumbuk kasar)
-2 biji ubi kentang (dibelah 4)
-1 tangkai lada hijau (dibelah 2)
-8 tangkai bendi

Cara-cara:

1. Masukkan daging yg telah dipotong ke dalam periuk bersama air, asam keping dan lengkuas. Biarkan mendidih.
2. Masukkan garam, bawang putih, bawang merah, cili kering dan ketumbar.
3. Masukkan ubi kentang. Bila kentang empuk masukkan lada hijau dan bendi.
4. Biarkan mendidih hingga daging empuk. Tambah air jika perlu. Siap.

Adjust rasa sendiri, kalo tawar tambah garam, kalau tak masam tambah lg asam keping.

 Daging yg dh dipotong dan dicuci bersih

  Lengkuas yg dh diketuk dan asam keping 

Bawang merah, bawang putih, cili kering dan ketumbar yg ditumbuk kasar

 Ubi kentang, bendi dan lada hijau penambah selera. Taknak masukkan pn xpe, nak masukkan mana yg ada pn boleh.

Singgang daging yg dh siap! Panas2 lagi ni!


Wednesday, September 11, 2013

Review Homestay Sri Warisan Bangi

Hujung minggu waktu bersama suami tercinta. Beginilah rutin hujung minggu saya skrg ni. Sama ada saya pulang ke Batu Pahat ataupun suami datang ke Serdang. Kerana tugas terpaksa berjauhan buat sementara waktu. Julai 2013 bermula PJJ kami.

Jadi bila suami datang ke mari, maka kenalah cari tempat penginapan. Selalunya kami tumpang bermalam di rumah abang ipar dan kakak ipar saya. Tapi kalau selalu segan la jgk, tambah2 mungkin menggangu waktu rehat hujung minggu mereka, masa bersama keluarga, privasi mereka. Jadi kami cari homestay.

Kat Bangi tak susah nk cari hotel atau homestay, tapi saya lebih prefer homestay sbb sewa hotel bajet dan homestay pn lebih kurang sama tapi di homestay kita blh gunakan pantry dan ruang tamu, dh nama pun homestay. Kadang2 sewa pn lebih murah dan fasiliti yang ada sama macam hotel. Lagipn kalau hotel bajet pn minimun dh RM80 semalam, itupun mana tau kalau org "salah guna". Huhu.

Jadinya minggu lepas saya dan suami stay di Homestay Sri Warisan instead of sewa hotel. Homestay ni senang saja nk cari, masuk saja exit to Bangi, jumpa roundabout, ambil pukul 3, terus saja hingga jumpa KKTM Bangi, jumpa simpang tiga, amk kiri dan tak sampai 500m akan jumpa simpang kanan. Kt simpang tu ada signboard Homestay Sri Warisan . Homestay tu kt hujung lorong tu je.

 Peta ni saya amk dari website Homestay Sri Warisan

Homestay Sri Warisan

Actually homestay ni dibina style bertingkat. Ada banyak lagi homestay yg dekat2 kawasan tu, tapi saya rs yang ni plng murah (based on research saya kt banyak2 website homestay sekitar Bangi), dan selesa.

Saya amk pakej bilik double, tgk dlm website RM65 je satu malam. Bagi saya harga tu memang murah sbb rata-rata homestay/hotel yg saya cari paling murah RM75 satu malam. Lagipn memang selesa, ada wifi, biliknya ada aircond & kipas, disediakan almari baju, meja solek, toiletnya ada water heater, ada TV dan katil saiz queen utk pakej double ni. Di pantry ada disediakan peti ais, microvawe, kettle, pinggan mangkuk semua, dan ruang tamu lengkap dgn sofa.

Dalam satu rumah tu ada lagi 3-4 bilik jadi kita sebenarnya berkongsi pantry dan ruang tamu dgn penghuni bilik lain. Tapi selalunya semua org lebih suka berada dalam bilik. Bagi yang bermusafir saya memang recommend homestay ni sbb sewanya berpatutan. Jom tengok gambar plk.

 Ruang tamu

 Pantry, lengkap dgn sinki, peti ais, microwave, kettle, pinggan mangkuk.

 Pantry

 Pakej bilik double. Queen size bed.

Ada TV, almari baju, etc.

Memang puas hati sbb murah. Owner dia pn peramah dan baik. Lain kali kalau husband dtg hjg minggu mungkin kami akn menginap di sini lagi, murah pn murah. Bila PJJ macam ni terpaksalah berjimat cermat sbb kn tampung kos travel every week, kos makan lagi. Harap2 kalau selalu dtg dapatlah diskaun. Huhu


puding triffle


Beginilah rupanya puding triffle tu.

Dessert ni senang je nk buat. Bahan pn tak bnyak. Kali pertama sy buat beberapa bulan lepas masa kt Batu Pahat. Resepinya masa tu google je. Kali pertama buat xsedap disebabkan rasa jelly cristal yg saya guna masa tu. Lupa brand ape tp jelly tu rasa mcm panadol pn ada.Spoil rasa. Igtkan blh la bagi kt jiran tapi...Huhuhu..

Kali kedua saya buat untuk jamuan hari raya jabatan matematik 2013 baru2 ni. Disebabkan jamuan raya ni potluck, jadi masing2 kn bawa makanan. Kali kedua buat ni ada masalah dgn jelly cristal jgk. Habis kedai saya cari di sekitar Serdang tp xjumpa, yg ada serbuk agar2 je. Nak tak nak terpaksa beli sbb hari dh petang dan jamuanya esok hari. Bezanya bila guna agar2, lapisan agar2 tu mudah pecah-pecah bila potong jadi nampak tak lawa. Lapisan kastard plk pekat sgt. Tapi apapun rasa tetap sedap.

Dan ni kali ketiga saya buat. Alhamdulillah menjadi, lapisan kastard tak keras dan tak cair sangat, combinasi rasa jelly dan lapisan kek serasi (perisa strawberry) dan totally lazat. Resepinya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

-1 tin susu cair
-1 tin buah-buahan campuran
-1 cawan air masak
-4 sudu besar tepung kastard
-3 susu besar gula
-1 kotak serbuk cristal jelly NONA (perisa strawberry)
-1 gulung kek swiss roll (strawberry)

Cara-cara:

1. Potong kek swiss roll setebal 1cm dan susunkan dalam bekas.
2. Keluarkan buah-buahan campuran dari dalam tin dan toskan. Ambil airnya. 
3. Masukkan tepung kastard, susu cair, air yang ditoskan dari buah-buahan campuran tadi, air masak dan gula ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. 
4. Panaskan sambil mengacau campuran kastard td di atas dapur menggunakan api yang paling perlahan sehingga sedikit pekat.
5. Tutup api, dan tuangkan ke dalam bekas berisi lapisan kek tadi.
6. Biarkan seketika sehingga sejuk. Bila lapisan kastard tadi telah sejuk, letakkan dengan buah-buahan capuran tadi di atas lapisan kastard tersebut.
7. Masukkan serbuk cristal jelly dan 4 cawan air ke dalam periuk dan panaskan higga menggelegak.
8. Kemudian tuang ke atas lapisan buah-buahan campuran td. Sejukkan dalam peti sejuk. Done!


Finally, inilah hasilnya.

Selamat mencuba! :)

Wednesday, August 28, 2013

How to customized Gadget or Widget title attributes for Blogspot


What you are going to do is just playing with the codes in the brackets of .sidebar h2 { }

You can change the font size, font color, font style, or background color of your gadgets/widgets title by following these simple steps.
  1. Sign in to your Blogger account
  2. Select the blog you want to customize
  3. Go to Template > Customized > Advanced > Add CSS
  4. Copy these simple codes on your preferences
(a) To align the widget title in the center (right/left)
.sidebar h2 {
text-align:center;
(b) To change the background color of widget title
.sidebar h2 {
text-align:center;
background-color:#999999
}
(c) To change the font color, font size, font style of widget title

          .sidebar h2 {
          text-align:center;
          background-color:#999999;
          color: #000000;
          font-family:Verdana;
          font-weight:bold;
          font-style:italic;
          font-size:150%;
          text-transform:uppercase;
          }

Finally click "Apply to Blog" to save your codes.

Simple je kan! Selamat belajar! (^_^)



Friday, August 23, 2013

Ulangtahun Pertama 2013



Alhamdulillah..hari ini genap 366 hr bersama, ulangtahun pertama pernikahan kami suami isteri.
Setinggi-tinggi rasa syukur kupanjatkan pada Illahi atas nikmat kebahagiaan dan kegembiraan hidup yang diberi, rahmat dan kasih sayangNya yang sentiasa melimpah, serta setiap ujian yang mendidik jiwa ini.

Buat suamiku yang tercinta, ketahuilah hanya dirimu yang bertakhta di hati ini. Setiap saat yang hadir tidak berlalu begitu sahaja tanpa rasa rindu yang sentiasa membara pada dirimu. Akanku cuba menjadi isteri yang solehah buatmu, insyaallah.

Semoga pernikahan kami ini kekal bahagia hingga ke syurgaMu ya Allah. Amiinnn.

Tuesday, August 20, 2013

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan 1434h

Tinggal hanya seminggu lagi madrasah Ramadhan kali ini. Mohon diringankan hati, minda, dan anggota badan ini untuk melakukan ibadah kepadaNya dengan penuh ikhlas. Sedih andai Ramadhan ini bukan yang terbaik dari sebelumnya, dan bertambah sedih andai tiada usaha untuk memperbaik amalan.